Lelaki pemalas part 2 – 11:38 AM

Lelaki pemalas part 2

Terima kasih buat semua yang komen dekat confession saya pasal lelaki pemalas. Sebenarnya jujur, hati saya dah lebih pada nak putus tunang. Saya confess sebab saya nak pastikan dari pandangan umum wajar atau tidak saya putus tunang supaya saya jadi lagi yakin untuk putus tunang.

Putus tunang sebab alasan lelaki malas. Bukan senang semua ahli keluarga nak terima alasan saya ni. Dan bukan senang jugak untuk saya decide nak putus tunang. Macam alasan yang dibuat buat. Mesti semua orang akan rasa macamtu kalau dengar. Tapi sebab saya tahu level kemalasan dia. Dari sebelum kawen lagi saya dah rasa tak puas hati, rasa panas je dengar bila dia cakap semua kerja isteri yang uruskan. Macam mana nak jadi isteri yang solehah kalau macamtu. Andai kata hantaran 100 k sekalipun kalau tak bahagia untuk apa. Tak ada nilainya. Lagi pulak tak ada jaminan dia akan berubah selepas kawen. Saya takut nak ambik risiko. Memang saya boleh buat semua. Memasak pun saya tahu. Tapi bila fikir balik takat mana je kemampuan dan kesabaran saya nanti. Lagi2 bila dah ada anak.Takut jadi nusyuz pulak lepas kawen sebab melawan suami lepastu tak ikhlas pulak buat kerja rumah. Takut sampai bercerai berai.

Pada saya, perkahwinan biarlah untuk seumur hidup, sampai syurga. Bukan kawen kejap cerai. Saya tak sanggup. Lagipun saya dibesarkan dalam keluarga yang lelaki rajin. Ayah dan abang2 semua rajin tolong ibu. Pun saya boleh tengok kepenatan ibu. Apetah lagi nanti kalau suami tak tolong lansung.

Hati rasa sedih. Nak tinggalkan tunang sebab dia jujur bagitahu dia malas. Semoga dalam dunia ni hanya tunang saya sorang je lah yang malas. Semoga dah tak ada lelaki pemalas macam ni lagi. Saya harap dan saya doakab semoga satu hari nanti tunang saya berubah dan jumpa perempuan yang jauh lagi baik dari saya lepas ni dan bahagia bersama.

– nely

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *