lelaki psycho, tolong hargai isteri kau! – 10:23 AM

lelaki psycho, tolong hargai isteri kau!

Assalamualaikum.
Macam mana nak mula ye. Okay. Aku kenal lelaki ini sejak umur aku 17 tahun. kami pernah bercinta selama 5 tahun dan putus selepas itu. aku masih belum jumpa pengganti lagi. 2 tahun lepas, dia cari aku balik. so aku anggap dia nak get back dengan aku sebab dah bagi ayat ayat manis semua kan. aku pulak pesen mudah tersentuh plus bodoh. aku menyesal layan dia balik masa tu.

lepas sebulan "get back". aku dapat tahu dia sebenarnya nak kahwin lagi seminggu. aku dah macam gila kejap. serious ah weh dah NAK KAHWIN. aku ingat memang tuhan nak jodohkan dengan dia gak sbb dia datang balik kan. aku patah hati kali kedua dengan lelaki ini. kau dah nak kahwin lagi seminggu tapi cari ex-girlfriend nak buat apa weh? siap cakap rindu semua. aku lepas dapat tahu terus aku tak layan dia, block segala sosial media dia. lepas seminggu dia kahwin camtu, dia still text aku. aku tak block number dia lagi masa tu. whatsapp dah block. dia cakap nak gi honeymoon dengan wife dia apa semua. kenapa eh kena bagitahu aku? aku taknak tahu dah pasal hidup kau. tengah nak honeymoon dengan isteri tapi still contact perempuan lain ni laki jenis apa eh. haih.

aku seriously ignore semua text ke call dari dia. aku malas la nak tukar number sbb lelaki gila ni. aku dah pakai number ni since sekolah kot leceh nak tukar-tukar. dia still text aku hari hari. at least good morning or sekadar "you sihat" dan paling sakai ialah "i miss you". KAU LAKI ORANG KOT? walaupun aku pernah menaruh segala harapan kat dia, tu semua dah terpadam since aku dapat tahu dia nak kahwin. aku taknak kacau rumahtangga orang. wife dia pulak macam baik je alumni iium juga.

macam macam cara dia buat utk contact aku. dia try add fb aku guna fake profile. cara dia pm aku pun aku dah tahu tu dia. Ya Allah aku tak sangka dia still kacau aku. lepas beberapa hari lepas tu, dia call office aku. dia tahu aku kerja mana, duduk mana sbb aku duduk dengan family lagi. boleh kata hari hari dia call number office aku. seriously lepas dah setahun lebih kahwin kau still cari perempuan lain? kenapa tak fikir perasaan isteri? kenapa ada lelaki macam ni!!!!! aku pulak yang jadi psycho sebab dia selalu tunggu aku balik kerja. dia tunggu dalam kereta je. dia tak tegur aku pun just tengok dari jauh. kau rasa??? creepy nak mampus kot. kadang-kadang aku jadi takut nak kerja gi balik kerja. takkan aku kena korbankan kerjaya aku sbb lelaki gila ni! dia juga pernah call papa aku cakap nak jadikan aku isteri kedua dia. cakap nak datang rumah bagai. papa aku beria marah aku sebab aku layan suami orang. btw, family aku kenal dia dan family dia kenal aku.

sampai sekarang, 2016. dia still call, text dan tunggu aku. bulan 1 haritu, aku nekad nak jumpa dia sbb taknak dia kacau aku lagi. dia merayu nangis-nangis cakap rindu. nak kahwin nak jaga aku. kenapa buat aku macam ni weh :( ya Allah.
kau dah kahwin, isteri kau dah baik dah. lagi cantik dari aku, lagi berkerjaya dari aku. tolong hargai dia. kalau ikut hati, aku nak cerita kat isteri dia tapi tak sanggup nak lukakan hati seorang perempuan lain sebab suami sendiri. mesti sedih si isteri kalau dapat tahu suami cari ex-girlfriend kan. aku harap aku dapat jodoh yg baik cepat-cepat supaya dia tak kacau aku lagi dan bahagia dengan isteri dia. aku nak sgt kahwin sebab nak elakkan fitnah aku layan suami orang ni. tapi takde jodoh lagi. tolong doakan aku ye kawan-kawan.

tolong ya semua lelaki, suami or bakal suami. tolong hargai isteri masing-masing. lupakan kisah lama. janganlah sakitkan hati isteri anda. mana silap aku, tolong tegur. thank you for reading my confession.

– that girl.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *