lelaki tak sama

Aku seorang laki and aku merayu sangat pada admin untuk post even if admin rasa post ni inappropriate. And jujur aku taip ni dengan perasaan bengang yang membuak tapi aku still cuba fikir dengan rasional and cuba sampaikan dengan baik apa yang aku rasa. First sekali memang makin ramai perempuan yang makin berniqab walau apa pun sebab korang lantak la fesyen ke apa memang bagus pun tapi aku nak point out yang sebab taknak lelaki pandang. Apa yang menimbulkan kesedaran korang eh? Sebab aku sedar makin banyak post yang memburukkan lelaki. Katanya lelaki MATA XRAY lelaki NAFSU KUDA lelaki SEMUA SAMA lelaki BOLEH CARI even slightest opening of korang punya aurat. Weh aku lelaki jugak aku takde pun mata macamtu. Bapak best kalau ada mata camtu tapi beragak ah tak payah nak hiperbola. Yang paling tak boleh blah ada sorang ustaz ni kata sebab apa lelaki takleh semayang belakang perempuan? Sebab laki ni mata dia lain. Solat berapa lama pun dia tak kisah kalau dapat pandang punggung perempuan tu. Hotak kau laaa ustaz. Aku faham la korang semua termasuk ustaz tu nak perempuan ni menjaga aurat. Tapi kena ke burukkan lelaki to that extent? Bila perempuan tu amik inisiatif sampai bertutup litup which is bagus aku takdehal tapi satu. Diorang termakan kata2 korang yang lelaki tu camni camtu sebagaimana korang cakap. Dan pandangan mereka pada lelaki akan berubah. Tu yang aku tak suka. Aku tak suka dipandang seakan aku manusia yang ikutkan nafsu, yang tak boleh pandang perempuan, yang rasa perempuan tu objek seks. AKU BUKAN MACAMTU. Sebabtu aku bengang gila bila ada post2 macamtu. Apa salah aku? Kau kata takpayah kisah la kalau kau tak buat,kau tak macamtu tak payah kecoh2. Tolongla jangan jadi bodoh please. Aku cuba tekankan yang walaupun perempuan bertutup litup ni bagus, tapi apa yang menyebabkan diorang berbuat sedemikian adalah (disebabkan pandangan mereka pada lelaki berubah bahawa lelaki ni hamba nafsu) tak bagus. tu point aku. Ada satu kejadian di mana time tu cuma ada dua orang je which are aku and seorang perempuan berniqab dekat kantin. Anggapla aku pekerja kat sana and perempuan tu nak mintak something dari aku. Disebabkan suara dia yang tak berapa kuat and aku tak dengar aku gerak sikit ke dia and DIA BERUNDUR. Not a big deal kan biar je la dia undur sikit dia nak menjaga. Tapi sumpah aku offended. Kau ingat aku hadap kat kau ke. Ikut hati aku sumpah aku nak undur balik seratus tapak pun. Aku faham la korang nak menjaga apa semua ni tapi tak payahla sampai nak menyusahkan orang lain. Aku boleh cakap setitik nafsu pun takde la kat dia. Tak percaya? Lantak korang. Korang yang rasa semua lelaki sama, lelaki nafsu satu je. Macam jadi kewajipan untuk lelaki bernafsu kat setiap perempuan. Bodoh. There i said it. Astaghfirullah hal azim but i mean it. Sumpah bodoh buang la pemikiran macamtu. Sejak tu bila aku pandang perempuan berniqab aku rasa nak blah je. Even dengan sepupu aku sendiri time raya. Sebab aku macam dapat satu feeling yang i need to leave i shouldnt be around her. Sebab aku rasa yang betul2 berniqab ni pandang lelaki macam kitorang hamba nafsu. Tu insecurity aku ye bukan salah korang. Aku yang fikir camtu tapi aku nak tanya balik korang berniqab sebabtu la kan? Mohon segala jenis komen kritikan bimbingan

– man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

67 Comments

  1. To be honest,mmg saya selalu juga dgr drp “ustaz” yg kononnya mata lelaki ni sgt tajam. Pandangan dia terhdap wanita tu boleh tembus kain.
    Btw,thanks ya confessor. I’ll set my mind to cover my aurah because of allah taala.
    #bestfriend,korg jgn pelik komen aku ni.

  2. “The veil covers the man’s eyes, not the woman’s.” (Shaikh Abdal Hakim Murad)

    And.. pasal tatacara pemakaian perempuan ni tak berapa rajin lah nak ulas panjang, nanti ada orang ulas juga. Tapi kan bro, tak pun lah. You punya insecurity je tu. Kita ni kalau nak rasa hidup lapang dan tenang kena sentiasa sangka baik kat orang. Biarlah orang tu layan kita buruk sekali pun, hati kita.. jaga kemas-kemas. Orang nak fikir apa, terpulanglah. Tak perlu overthinking sangat.

    Lagisatu pasal BERUNDUR tu, memang patut la. Orang segan laaa hang tak tau ka..? Refleks. Hang rilek ja la.

    • Haha kan. Dah tetiba lelaki dtg dekat, of course la tekejut tak kira la berniqab ke tak ke. Itu namanya social boundary..acu confessor google

    • I like it when you mentioned shaykh abdal murad hakim. People should know and listen to him more than anyone else.. he’s a remarkable scholar and very open minded as well. Sesuai knowledge dan pendapat dia dgn malaysia yg multicultural. But, tak ramai orang Malaysia yg kenal and apatah lgi nak dgr pendapat dia. Pnjang plak haha

  3. TAK SEMUA lelaki tapi MOST lelaki pndg perempuan mcm tu. Pernah dgr ikhtilat? Jaga jarak dll? Ade yg bagusnya pun bila mcm ni awk pun xde sekelumit nafsu pun pd prempuan berniqab td kan? Terbuktilah pemakaian tu menjaga daripada seorang laki mendekati seorang perempuan. Pasal suara tu bukan pasal niqab, org lain pkai niqab elok je suara dengar. Dah suara dia halus awk ckp jela elok2 suruh dia cakap kuat sikit. Yang mendekati dia dah kenapa?? Btw kain niqab tu nipis je bukan tebal macam karpet. Takde isu suara tenggelam. Isunya skrg awk ni taknak dilabel lelaki yg pndg atas sebab nafsu kan? Rare species. Sbb Quran kata (bukan saya kata) suruh tundukkan pandangan tu kenapa? Agak2 awak la kenapa? Mestilaaa sebab kebanyakkan nye tak menjaga pandangan. Nature lelaki Allah dah cipta macam tu. You brother, are one in a million lah. Keep it up. Takyah dok kecam orang berniqab. Pakaian aje.

    • Biasa la tu tak berapa jelas kalu org berniqob cakap sbb kalau org tu xpakai nmpak gerak mulut dia selain suara. So, yg pakai niqob ni kene cakap kuat n jelas skit..satu lg pemilihan kain niqob tu pun mempengaruhi suara tak jelas.ni pengalaman saya.

  4. Tk pyh tunggu berniqob ..perem yg tk bertudung pun klu lelaki tk dikenali atau dikenali dekatkan diri mengejut atau tk mengejut atas sbb apapun mostly automatik kami mengundurkan diri sket sbb tu sifat semulajadi . Rilex lah.

  5. Ntah la…aku rasa memang lelaki melayu kebanyakkan memang emphasize diri dorang tu mata x-ray..klu kutuk perempuan free hair depan2 pon memang guna alasan ni so make sense klu perempuan jadi takut….sapa nak kena rogol weih…

  6. Betul aku setuju dgn kau, memang ada lelaki yg macam kau ni. Tapi disebabkan yg majoriti tu sehingga tafsir surah yusuf pun yg popular kata kalu tak kerana allah yg menjaga yusuf tentu yusuf juga nak pda perempuan aziz tu sedangkan tafsir sebenar, yusuf memang dah nampak dgn jelas akan kebaikan dan penjagaan aziz tu terhadap istananya (termasuk isterinya) dan nabi yusuf tak mungkin akan mengkhianati tuannya.

  7. Bagus lah klu x tgk perempuan.
    Sy percaya sbb ada jer lelaki mcm tu.
    Yg penting kite tau ape yg kite fikir.
    Semak klu nk fikir org. Lantak pi lah.
    Perempuan mmg mcm2 n kdg mudah terpengaruh.

  8. dapat mata jenis xde xray ni bagus. tp hati pon kene jaga la bang. ko penah dengar SEGAN? perempuan yg brniqab ni ko tau x segan dia tu ada sampai tahap infinity. ko kene faham tu. jangan la nak pertikai niat dia brniqab pulak. kita pikir baik2 je sekarang ni xde la buruk sangka sampai x suka org brniqab pulak.
    btw, selamat hari raya maaf zahir batin

  9. Uishhh dasyat sangat tu.Bukan semualah mcm tu sebahagian je..kalau betollah perempuan nih anggap lelaki mcm tu x de perempuan nk keluar rumah semua duk dalam bilik..cuma aku pernah gak dgar ada lelaki boleh khasyaf apa nama benda tu yg boleh tahu semua tentang kita dgn tengok muka je,betol ke??sampai skrg aku tertanya-tanya,ustaz pun ada cerita..tu kalau aku nmpak lelaki warak alim aku lariii..hehehe.sape boleh jawab betol ke dop.

  10. Kalau suara perempuan slow jgn gi dekat, ginilah,aku bg tips.
    Aku kalau cakap dgn lelaki yg jenis tawaddhuk suara slow ni, aku tak gi dkt, aku ckp terus,

    “Maaf, suara nta slow, tak dengar la. Blh tak cuba kuatkan sikit suara tu?”.

    Ha camtu. Tegaskan sikit suara tu. Lepas tu senyum la balik.

  11. mmg betul, aku setuju dgn tajuk post ni – lelaki tak sama. ada lelaki yg suka buat post dengan perenggan supaya senang baca. ada lelaki tak suka buat perenggan.

    betullah. lelaki tak sama!

  12. Pada pembacaan aku, confessor tak ada masalah pun dengan perempuan berniqab as in nak suruh jangan pakai ke apa since dia sendiri kata memang bagus. Dia ada masalah untuk berada di satu tempat yang sama dengan perempuan berniqab sebab dia punya insecurity je. Sebab dia rasa perempuan tu akan pandang dia semacam.

  13. Kalau suara pompuan tu x dgr…ckp je terang2…”Tolong ckp kuat sket bole x…awak ckp pelan sgt sy x dgr”…x yah gi dekat pon x pe…tindakan refleks pompuan mmg mcm tu…terkejut pon ade, bile tiba2 lelaki dtg dekat2… bkn nk kate awak tu ade nafsu kt die… sy pon ade gk kwn yg pakai niqab, sy x cam sape yg berdiri sebelah sy…smpai la die yg tegur sy…terasa mcm diri ni sombong lak…hihiii… lain org lain pendirian…lain pendapat…lain pandangan…bro pon ade pandangan bro sendiri… bro antara yg bijak mengawal nafsu…moga berterusan…harap ramai lg lelaki mcm bro… moga kita sentiasa dlm lindunganNya…

  14. Tahniah confessor sokong sgt2.even sy perempuan pn sy xsokong org yg anggap laki ni sbg hamba seks.perempuan pn ad.klw x.xadla dorg dok mgoda laki2 kt lua sana.bgantung pd individu tsbt

  15. orang lelaki yg cakap macam tu nak oooii….!! aunty yg dah nak mati ni baru tau. aunty terkejut dan takut kat orang lelaki. nasibbaik aunty dah tua. aunty ingat orang lelaki berjiwa suci bersih. lepas orang lelaki cakap mata depa ada X-ray. aunty pun takut. tapi lepas anak confess macam ni aunty lega sikit. makna nya bukan semua macam tu. jenih2 tak da kerja yg asik pikir tak senonoh aje macam tu. lega aunty. terimakasih la nak oi.

  16. Ini bukti kau baik& rapat dgn saudara2 perempuan kau. Sebab tu kau x ditunggang nafsu. #KeepItUp. Ajar anak2 lelaki kau nanti supaya jd mcm kau. Baru aman dunia dari kes2 rogol&cabul.

  17. ya sedara. tak semua lelaki itu sama. sy rsa sedara just nk bgthu yg perempuan2 yg menjaga aurat ni dh termakan dengan pemahaman yg salah (SEMUA lelaki suka memandang wanita dgn aurat2nya). tp sedara kena terima jugak yg tak semua perempuan yg bertutup litup itu sama. ✌

  18. Bro… aku cuma nak tegur ko sikit.

    Perempuan yang cover aurat dia ni… sebenarnya segan dia lebih. Bila bro datang dekat, dia memang akan tarik diri. Tindakan refleks. Sebab malu dia lebih.

    Aku bukan jenis berniqab. Pun…kalau ada lelaki datang dekat pun, aku akan berundur. Pernah kawan aku, sound aku… siap cakap..

    “Ko ingat aku nak pegang ko sangat ke?”

    Bukan pasal tu. Pasal, aku tak selesa. Dan aku terkejut. Automatik aku akan buat macam tu. Ada satu kes orang lelaki hulur salam pun, aku terkejut, automatik aku berundur dan mintak dia terus jalan ke belakang untuk salam orang lelaki di sebelah aku.

    Baguslah bro tak pandang pempuan macam tu. Memang tak semua pandang pempuan dengan mata x-ray. Tapi, ada jugak jenis yang pandang macam nak telan. Macam mana aku, seorang pempuan boleh tahu? Boleh rasa bro. Cara senyum, cara tengok, scan atas bawah berkali2… aku boleh tahu apa dia tengah pikir masa tu. Itu menyebabkan pempuan rasa tak selesa.

    Bro tak perlu offended la. Anggap je pempuan yang buat camtu kat bro, perempuan yang menjaga diri, malu dia lebih, dan jaga batas. Takde kena mengena bro mata scanner ke, x-ray ker, blue ray disc ke… takde kena mengena.

  19. Pernah je jd. Tetiba laky dkt kan kepala dia bila berckp dgn dia n tindakn refleks sy, sy berundur sbb terkejut. Klu xdgr, ckplh xdgr. Jgnlh tetiba dekatkn kepala.

    • Sukanya panggil orang bongok ??
      Confessor cakap perempuan tu panggil dia macam mintak something. Normal la kan untuk gerak sikit ke arah perempuan tu bila tak dengar. And point dia lain la cik kak kot ye pun takde perenggan takkan tak paham terus isi ?

  20. Bro…aku sokong…tp tlg susun ayat2 ko kpd bbrp perenggan…pnat jgk mata aku nk bc, nmpk complex…pmpn xde mslh kot nk bc…sbb diorg da biasa dgn bnde2 yg complex,complicated ni…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *