Lelaki Yang Menunggu

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan artikel tak seberapa ini.

Sedikit perkongsian aku tulis rentetan beberapa siri “wanita menunggu”. Sebenarnya bukan perempuan sahaja yang hadapi masalah “takut meluahkan”, ia turut terjadi pada lelaki.
Dan inilah kisah dari aku. Seorang jejaka setia yang menunggu.

Bermula dari zaman persekolahan. Masa tu tingkatan 5. Aku pelajar lelaki yang boleh tahan nakal walaupun aktif kepimpinan. Tak tahu lah macam mana, aku yang kayu ni boleh jatuh hati pada seorang budak perempuan ni.

Kisah bermula aku baru keluar bilik disiplin kena tangkap kes ponteng. Malas nak mampus belajar time tu. Time tu, aku yang aktif dengan pengawas sekolah ni kena pandang serong habis buat kes. Tapi dalam tengah down takde orang tegur, tiba-tiba si dia datang tegur seolah-olah macam takde apa berlaku.
“Kau ni apahal pengawas buat kes bla, bla, pengawas kena tunjuk contoh yang baik”

Ok, aku pun tak faham macam mana boleh terjatuh hati dengan bebelan dia.Tapi tak dinafikan, Yes, memang diakui, dia gadis yang baik, comel, dan of course oen of the best student.

Dipendekkan cerita, aku mula suka dia. Tapi, cara aku meluahkan berbeza. Kalau waktu jumaat pergi masjid, balik tu aku singgah beli goreng pisang then aku letak dekat guard suh dia ambik.(Tapi aku cakap sebab aku beli lebih, tak habis, malu nak mengaku beli untuk dia hahaha). Kadang2 buat tak faham soalan semata2 nak minta dia ajar. Padahal tujuan nak jumpa jae.

Sampai satu tahap, aku mula sedar aku takut hilang dia sebab rapat. Disinilah bermula kesilapan pertama aku. Masa nak habis belajar akhirnya aku meluahkan

“Aku rasa aku selesa giler kawan dengan kau, aku harap kita ni besfren sampai bila-bila”
Dan dia pun cakap dia pun selesa berkawan baik dengan aku. Aku takut nak mengaku perasaan sebab aku tak percayakan pada “couple” “bercinta” pada usia muda. Masa tu memang fokus belajar bhai. Korang apa tahu. Ustaz pulak duk cakap couple haram!! Haha

Masa berlalu pantas, aku dan dia masih lagi berkawan rapat. Besfren la. Cakap pun “aku-kau” sempoi punya. Selalulah contact tanya khabar. Aku? Masih belum berani meluahkan disebabkan dia ni pandai sangat belajar nuh jauh dkat Australia sana sbb SPM straight A’s. Aku cukup-cukup makan dan melalui fasa-fasa seperti kebanyakan orang lain di universiti tempatan di Utara Tanah Air sahaja. Kami berkirim-kirim kad ucapan raya, kadang-kadang bagi hadiah cenderamata. Jauh dari sudut hati aku, aku tak rasa dia ada perasaan cinta pada aku, tapi elemen-elemen persahabatan inilah yang membuat aku merasa aku punya harapan.

Sepanjang aku berada di Universiti, aku pasakkan niat untuk berjaya. Aku nak kejar dia dalam pencapaian akademik. Selalu memang dia banyak bagi nasihat melalui sms, whassapp dan fb kata-kata semangat untuk berjaya. Sampai aku niat, jika aku berjaya baru aku akan luahkan perasaan pada si dia. Aku tolak beberapa gadis-gadis yang meminati aku dengan alasan fokus pelajaran. Jauh dari sudut hati ku masih menunggu si dia. Tapi positifnya, dengan perasaan inilah aku selalu push diri aku. Aku nak jadi cemerlang untuk buktikan aku layak untuk dia dari segi akademik sebab aku sentiasa rendah diri dengan dia. Rasa itu yang jadikan takut untuk meluahkan. Hilang seorang sahabat. Hilang rasa cinta.

Tahun ke 4 pengajian, Alhamdulillah, aku berjaya cemerlang di universiti. Menerima anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dengan pencapaian dekan semua semester serta seimbang dalam kepimpinan dan sukan. Pada masa yang sama aku mula serah kepada Allah S.W.T berkenaan urusan hati dan perasaan. Aku tidak terlalu mengharap namun pada masa yang sama aku turut titipkan harapan kecil. 6 tahun menunggu aku nekad untuk meluahkan kepada si dia. Confident dah ada sebab dah cemerlang (rasa macam layak untuk dia) huhu

“Nak cakap something, aku minat kau sejak awal-awal kita kawan lagi, tak tahu macamana boleh wujud perasaan ini”

Jawapannya : BLUETICK

“Damn it”. Hati aku mula gundah gulana. Jauh dari sudut hati rasa lega sebab segala rasa yang terbuku bertahun tahun tersimpan dengan kemas sudah diluahkan. Jiwa meronta bersedia akan kelhilangan sahabat baik. 2 minggu aku tak berani contact lansung. Malu. Segan. Akward semua ada. Betul lah orang cakap, pilihan yang kita buat untuk meluahkan mendatangkan risiko kita kehilangan orang tersebut.
Aku gagahklan diri tebalkan muka, call si dia terangkan elok-elok. Aku nyatakan yang aku bukan memaksa dia untuk membalas perasaan aku. Aku cuma meluahkan kerana aku sudah tak boleh pendam. Aku faham jika beliau tidak menerima aku. Aku jelaskan semoga pengakuan aku ni tak menjejaskan persahabatan kita.

Jawapan yang aku terima agak menghampakan seperti yang dijangkakan. Beliau anggap aku tak lebih dari sahabat baik. Macam yang aku agak, pompuan kalau suka dia akan cakap yes terus. Dia tak akan bluetick kau sampai 2 minggu. Aku sedar aku berada dalam zon yang menjadi mimpi ngeri bagi kaum lelaki : “The Friendzone”. Aku tanya jugak memang dia x berani ke nak bercinta lepas kahwin?
Lagi frust bila dia cakap “Aku pernah ada hati dkt kau, dulu. Tapi tak sekarang, 2 bulan lepas, aku baru je terima lamaran orang lain, dah lama dia tunjuk effort dia”

Masa tu hujan renyai-renyai, aku memandang ke luar tingkap, termenung jauh sambil layan tergantung sepi” oleh Haqiem Rusli. Oh sungguh syahdu.

Kesimpulannya?
Kalau kita suka seseorang, mengapa perlu tunggu kita untuk jadi sempurna untuk meluahkan? Walauapapun, pada akhirnya kita perlu yakin akan ketentuan Allah S.W.T. Kalau korang Tanya aku dah move on ke belum? Ya aku ambil masa 2 minggu untuk move on. Alhamdulillah, mungkin sebab aku tak letakkan pengharapan lebih dari aku harapkan tuhan. Aku dengan dia? Sudah tidak menjadi sahabat baik. Masih berkawan. Aku tak contact sangat sebab rasanya bopren dia jeles ada kawan baik lelaki. Menyesal meluahkan? Tidak. Sebab perancangan Tuhan tu dah cantik. Percaya padaNya. Dont Worry.

*Doakan aku juga bakal bergelar suami. Dah jumpa peganti. Lebih baik, lebih melengkapi. Kita cerita lain kali hehehe.

– Encik Sudah Move On

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit