Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku JK. ‘student’ di salah sebuah universiti awam di pantai barat Malaysia. Kenapa ada (‘) dekat perkataan student tu? Nanti aku cerita. Aku mulakan dengan permulaan segala dilema aku.
Aku dari keluarga sederhana. Sejak dari sekolah aku selalu kena verbal bully terutama dari pelajar lelaki. Sampai tahap aku mula fobia dan bencikan lelaki. Aku takut dia buli atau judge aku dalam diam. Sampailah aku punya confident level menghampiri 0%. Self-esteem punah. Berkecai. Hilang. Vaporise.
Keputusan UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi aku cemerlang. Membawakan kepada keputusan UPU memihak kepada pilihan pertama aku. Iaitu universiti yang aku tengah belajar sekarang. Course pun teramatlah bagus. Kalau sebut course ni ramai yang macam “pergh budak bijak ni”.
Masalahnya bermula bila aku mula masuk ke universiti. Dengan self-esteem tak ada langsung. Dengan kawan-kawan tak ada. Kena survive sorang-sorang. Kau bayangkan. Bila kau cuba nak buat kawan. Otak kau automatik dah setkan “Kau tak ada value. Dia nak ke kawan dengan kau?” “Kau harta tak ada. Rupa tak ada. Apa tak ada. Kau tak layak kawan dengan sesiapa.” Aku betul-betul tak ada kawan. Aku mula bergaul dengan kawan sebilik pun lepas habis 2 sem. Barulah yakin sikit nak senyum, gelak dan gurau-gurau.
Bila aku naik jadi senior, dah kena start duduk luar. Masalah aku bertambah. Dengan tak ada kawan. Sebab aku terpisah dengan room mate dulu. Dengan masalah kewangan. Aku punya life masalah tu berterabur. Nak kejar kerja sebab nak bayar duit rumah sewa. Nak kejar belajar. Masa ni belajar tunggang terbalik. Dengan tak ada kawan nak tolong alert pasal assignment apa semua. Masa ni aku dah mula tak submit assignment dan datang test kecil.
Bayangkan result exam aku masa tu. Masa tu dah mula slowly depress. Campur dengan kisah silam masa kena buli dulu sikit demi sikit triggered emosi saya. Masa nilah aku disahkan ada major depression.
Ni part nak cerita pasal ada (‘) dekat perkataan student tu. Lama-lama aku dah tak ada hati dekat belajar. Aku mula rasa nak mati. Aku salahkan tuhan atas segalanya. Masa ni orang nasihat aku agama pun dah tak jalan. Sebab aku malas nak salahkan sesiapa. Aku rasa aku tak ada value apa-apa. Aku buat keputusan nak berhenti belajar.
Aku malu nak jumpa lecturer. Supervisor. Jumpa student lain (sama/tak sama batch). Aku tak nak jumpa sesiapa yang potentially akan kenal aku. Last-last aku cakap dekat lecturer aku nak berhenti belajar. Aku stress masa ni sebab semua macam tak bagi aku berhenti. Logik jugak sebab masa ni aku cuma ada setahun lagi nak habiskan belajar.
Aku half-hearted dengan keputusan aku ni. Sebab masing-masing macam menentang. Aku pun tak discuss dengan family lagi pasal nk. Sebab aku datang dari keluarga yang susah. Aku letakkan diri aku sebagai parent aku. Mesti depa rasa kecewa sangat-sangat dengan aku.
Sekarang aku bercuti. Aku kerja sementara nak fikir masak-masak pasal belajar aku ni. Masa kerja ni aku selalu pulak terserempak dengan kawan sekolah duku yang buat aku rasa aku makin teruk sebab aku compare life aku dengan depa. Aku rasa benda ni pun dah macam nak kantoi sebab lecturer aku nak jumpa parent aku. Aku rasa hidup pun dah guna kalau hancurkan hati mak bapak macam ni.
Thanks sudi baca sampai perenggan ni. Aku nak mintak pandangan ikhlas dari korang para pembaca. Sebagai netizen. Boleh tak kau komen seikhlas hati berkenaan soalan aku ni.
Teruk sangat ke kalau aku yang dapat result cemerlang dalam semua peperiksaan besar disekolah dan matrik but akhirnya end up kerja biasa taraf level spm? Teruk ke kalau aku punya SPM cemerlang tapi tersungkur masa diuniversiti? Teruk ke? Tolong komen seikhlas hati. Ada harsh words pun tak apa. Aku nak sangat tahu pandangan orang pasal keadaan aku ni.
Sebab dulu masa sekolah cikgu selalu bandingkan “ada student cikgu dulu, UPSR teruk. Tapi PMR cemerlang. Ada yang SPM teruk. Last-last jadi engineer. Ada yang SPM cemerlang. Last-last kerja dipasaraya je.”
Mohon komen seikhlasnya. Aku nak telan semua pandangan masyarakat dan aku nak mula masuk fasa penerimaan. Terima kasih.
– Jasad Kosong
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit