Lepas nikah baru bercinta
Aku tak pasti ni confession atau tak. Tapi, sungguh aku nak bagi nasihat pasal kahwin. Atau spesifik nya kalau kau nak kahwin dulu baru bercinta. Orang sekarang kata, cinta lepas nikah.
Lelaki.
Kalau kau kahwin sebab umur, atau tengok kawan-kawan, sepupu, adik beradik kahwin, atau kau nak majlis grand, atau gambar kahwin yang cantik, baik lupakan terus. Kau kahwin jangan setakat rasa macam bolehla. Kau kena yakin, istikharah. Dan doa. Dan lepas tunang, tunjukkan kau berusaha supaya dia rasa secure. Kau lelaki. Ketua. Tapi kau jangan jadi diktaktor pulak.. Kau buat dia rasa dilindungi. Kau tahu kan yang dia bukan bahan ujikaji. Bukan benda, yang tiada perasaan. Dia makhluk Tuhan.
Kalau kau tak rasa yakin nak hidup dengan dia, nak anak-anak dgn dia, nak bagi kasih sayang kat dia sepenuh hati, nak bimbing dia sama-sama masuk syurga, nak berubah sama-sama, kau tolong jangan bagi harapan kalau kau kurang usaha ke arah itu sebelum tu. Kau nak judikan hidup dia dan hidup kau? Dan lepas kahwin kau kata kau takda hati/berubah hati/ rasa ni satu kesilapan pada dia. Kau ingat dia barang ke. Dah beli, taknak, lepas tu pulang? Kau pikir baik2 bro. Ni hidup orang. Kau pikir la masak2 sebelum kau terima nikahnya. Kau terima dia beserta tanggungjawab. Dia bukan barbie doll yang kau beli dekat supermarket tepi jalan.
Selembut-lembut dia, dia juga akan sakit kalau kau toreh perasaan dia. Hati dia pun boleh pecah. Macam kau pecahkan gelas, kau hempas kat lantai. Kau taktau dia kutip balik satu-satu. Kau taktau dia tampal balik, dengan air mata. Kau taktau hati dia remuk macam kereta proton kena langgar. Kau taktau. Kau ingat hati dia macam besi. Pecah hati dia. Kau tau tak ada broken heart syndrome? Kau Google sekarang.
***
Perempuan.
Tolong. Masa yang diberikan utk kau kenal dia (tunang), adalah masa utk tgk status kau dlm hidup dia. Kalau kau yang setiap masa mencari dia, kau lupakan. Kalau dia takda masa utk kenal kau, at least utk tunjukkan yang dia bersungguh nak kat kau, tapi dia dah merisik dan nak pinang kau, dia mungkin serius nak ada ikatan. Tp mungkin dengan sesiapa pun boleh. Kau jangan berharap. Kau, jangan letak harapan tinggi sangat. Kau kena kuat. Uji dia. Ugut dia, serius atau tidak dalam hubungan. Kau bergaduh sikit tengok, sabar dia macam mana. Tunjuk, kau bukannya murah. Kalau faktor umur lanjut (katakan) buat kau takut, kau fikir mati. Mati bila-bila masa je boleh. Bukan waktu tua je kau akan mati. Kau jangan redha sangat atas nama islam. Tunang tu proses perkenalan. Kau nak hidup dengan dia, kau kenala tengok sesuai ke tak. Tp still kau kena jaga batas syariat.
Lepas tu kalau kau rasa takda jalan keluar selain mati (extreme case), kau menangis pada Dia. Takkan kau nak masuk neraka sebab orang lain. Kalau semua atas dunia ni tolak kau, Tuhan takkan. Percayalah. Kau jangan lemah sangat. Sekarang ni kan terbalik, perempuan dilatih jadi kuat, dan lelaki pulak, manja (tak semua, aku tahu). Tapi tu topik lain. Dan kau kurangkanlah expectation kau tu. Dia bukan malaikat. Dia pun bukan superman. Janganlah kau harap dia sweet-sweet sampai kau kena cavity. Cth macam dalam cerita dilwale atau cerita korea yang kau tengok. Aku cakap tu drama je, kau tak percaya. Lepas tu kau buat drama sendiri, menangis sorang2 tepi almari.
****
Aku nasihatkan kau semua, kahwin ni bukan semata-mata pelangi warna warni, berlari dalam hujan, tangkap gambar tepi kek, posing atas jambatan atau pergi travel main salji. Kau, kalau fikir tanggungjawab, kau akan rasa terbeban. Apetah lagi kau ni jenis tak bercinta sebelum ni. Kau buat jugak atas dasar cinta, tapi kau kena belajar erti cinta kerana Allah. Bila letak harapan tinggi sangat kat seseorang tu, Allah cemburu. Jadi dia uji. Syaitan mmg suka cerai beraikan masjid yang dibina. Kau kena kuat, dan kuatkan rohani kau sekali. Tu penting. Solat dan quran jangan tinggal.
Dan, kalau kau tak bermatian usaha, doa, bangun malam dan ubah diri kau, jangan bagi alasan nak lepaskan dia, nak bagi pada orang yang lebih layak bagai.. yada yada.. padahal kau mampu cakap tak yang kau dah buat yang terbaik?
Tampar nak? baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
– Pemerhati jalanan