Lately ni banyak confession pasal lesbian, gay, pedofile, adik zina, akak abang zina, dan macam2 penyakit berkaitan nafsu. Aku yang baca ni pun duk termenung. Apa dah jadi dengan umat zaman aku ni. Actually secara live nya, dah banyak berlaku depan mata aku. Aku sekarang baru je graduate. Seorang lelaki. From my observation, hal2 ni dah banyak berlaku zaman sekolah aku dulu sebelum keluarnya smartphone lagi.
Aku pernah bercampur dengan budak2 motor zaman sekolah dulu tahun 2000++. Dorang ni bab sosial memang maju. Clubbing, minum arak, ragut, mencuri memang rutin dorang. Setiap hujung minggu mesti bawak budak perempuan balik rumah bujang dorang. Di cerita pulak apa yang dorang buat kat perempuan2 tu kat kitorang budak sekolah ni. Kitorang campur just layan tengok dorang racing kat highway je. Benda lain semua just hear & observe je. Dorang tak pernah paksa ikut buat sekali.
Dekat sekolah pulak, di sajikan pulak cerita pengalaman2 kawan + senior main dengan awek dorang. Dorang kata, sekolah cluster ka, sekolah agama ka, anak imam ka,perempuan ni kalau dah couple, memang senang nak dapat maruah dorang.
And banyak lagi pengalaman2 yang dikongsi since aku ni memang suka berkawan. Aku pulak, entah macam mana seolah olah diberi kesedaran dari awal lagi. Pernah la berapa kali cinta monyet time sekolah dulu tu pun sekejap2 je. Pun terbukti memang senang nak ringan2 kalau tengah bercinta ni. Then ada satu masa tu lepas tamat sekolah, aku duk muhasabah diri. Aku tanya diri aku, hidup yang macam mana aku nak di masa depan nanti. Dengan hidup sosial yang serba bebas time tu, apa yang aku boleh achieve? Aku berangan nakkan seorang isteri yang baik,pemalu,solehah, rupa yanc cantik, & macam2 lagi. Aku tanya diri aku lagi, dengan keadaan diri macam ni, layak ke aku dapat? Aku fikir lebih jauh lagi, kalau aku sendiri kalah dengan dugaan zaman aku, macam mana dengan anak2 aku nanti. Bila dorang berhadapan dengan benda yang sama, siapa dorang nak refer? Layak ke aku nak marah dorang nanti. So kat sini aku decide aku tak boleh nak control semua benda, apa yang aku boleh control adalah diri aku sendiri. Aku decide, aku akan bercinta lagi bila dah sedia nak kahwin ataupun lepas kahwin nanti.
Zaman pre-U berlalu dengan baik. Ada la sorang dua kawan minat, nak jadi girlfriend, aku tolak dengan baik je. Lepas tamat pre-U, balik hometown je dapat berita kawan masa kecik, zaman main guli dulu, kena tangkap basah. Umur 2-3 tahun bawah aku. Kena tangkap dalam surau di stesen minyak kawasan tempat tinggal aku. Kat sini aku terfikir, memang tepat pilihan aku untuk jaga diri.
Zaman U pun berlalu dengan baik. Ada jugak junior, senior yang request nak jadi girlfriend. Tu pun silap aku jugak layan baik sangat kat dorang sampai dorang ni salah sangka. Nasib dapat tolak dengan baik. Yang bagi hint berkenan lagi ramai sebenarnya.
Tahun 2013, aku sempat kerja part time kat pasaraya di KL masa cuti sem. Ada la sorang Pakistan kerja kedai sebelah. Selalu aku berbual dengan dia. Dia complain
'Malaysia ni terkenal dengan negara islam yang maju,tapi dari segi praktikal islam, tak kemana pun. U tengok la perempuan2 ni (sambil tunjuk customer yang lalu lalang) pakai tudung, baju seluar ketat. Yang tak pakai tudung pun ramai. Kalau di Pakistan macam ni langsung tak ada. Mereka islam sangat bagus. Kalau ada macam ni memang kena pukul dengan family mereka.'
aku pun angguk je la memang tak dinafikan pun. And then datang soalan cepumas
' U sudah kawin?'
"Belum"
' ada girlfriend?'
"Tak ada"
'U takmau kahwin ka?'
"Mau la. Nanti ada duit cari girlfriend la"
'Mana boleh itu macam, kena ada girlfriend, baru kahwin. Saya dulu pun suka ini perempuan, dia pun suka saya. Baru kami kahwin'
Aku cakap kat diri " eh kau ni. Tadi beriya cakap nak islam yang baik. Suruh aku cari girlfriend pulak"
Then aku termenung dan berfikir. Mungkin ada betulnya si Pakis tu. Aku yang tak ada girlfriend ni, dengan siapa aku nak kahwin nanti. Soalan yang aku takda jawapan.
And then minggu lepas seminggu sebelum raya, kat tempat kerja aku, dapat soalan yang sama jugak. Tengah aku duduk kat kerusi depan surau, sorang Bangladeshi tanya. Orang Islam. Aku jawab tak ada girlfriend pasal tak ada duit. Ada duit baru cari satu. Dia ketawa kata aku tipu. Dia sendiri ada pasang 2. Satu kat Bangladesh sana nak buat kahwin, satu kat sini buat suka2, orang Indon. Eh ada kelas kau bangla.
Selang berapa hari, sorang lagi tanya. Nepal agama Hindu. Handsome budak ni kulit putih. Still jawapan yang sama aku bagi. Pun dia tak percaya. Aku tanya dia balik, dia kata 'mesti la ada'.
Still tak tergugat pendirian aku. Cuma kadang2 terfikir siapa la bakal pasangan aku tu, macam mana la aku jumpa dengan dia nanti. Rata2 sekarang ni isu ber bf/gf dah jadi public opinion. Become too common. Budak2 tak rasa bersalah pun nak bercouple.
Aku menulis ni sebenarnya nak reply pada confessor2 lesbian, gay, zina kat sini. Ada satu common thing pada ketiga-tiga penyakit ni yaitu naluri. Naluri remaja. Naluri ingin berkasih sayang. Naluri ingin berseronok ingin bersedap2. Setiap orang ada naluri ni cuma lain cara dorang handle. Actually Allah dah bagi solution dalam surah AnNisa. Kita ada dua pilihan je. First, kahwin. Percaya lah, naluri2 korang ni akan tertunai dengan berkahwin. Kalau tak mampu, go to second solution, bersabar. Ini lah yang aku tengah buat sekarang ni. Mula2 ikut pakai akal je rupa rupanya baru tau Allah pun suruh buat benda yang sama. Dalam bahasa lainnya ialah Self Restriction. Kalau korang boleh bersabar, insyaallah boleh keluar dari masalah tiga serangkai ni.
Lastly, banyak banyakkan lah berdoa pada Allah untuk dikuatkan hati untuk berubah. Satu doa yang selalu aku mintak, mintak dikurniakan pasangan dan zuriat keturunan yang dapat membahagiakan aku bila aku melihat mereka. Dengan doa ni aku dapat maintain tak bercouple bertahun tahun. Aku jadikan doa ni motivasi aku. Ye la nak pasangan yang baik diri mesti la kena baik dulu kan? Mungkin jodoh aku dengan yang pernah terlanjur. Apa boleh buat, terima la seadanya kalau dia dah bertaubat nasuha. Bukan taubat then ulang dua tiga kali lagi. Mungkin jodoh dengan yang lebih baik dari tu, aku syukur sangat sangat. Apa pun, dunia ni cuma tempat sementara. Akhirat sana tempat tinggal sebenar.
– Jimbei
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tips. Lelaki sejati takkan tanya kisah silam pompuan *tgn kebahu mata keatas
Terbaik
Bgsla ko bro. Xgunakan cinta utk dptkn seks. Bkn cam sesetgh org tu, dh rosakkn ank org pastu nk pompuan suci, puih
Haiza Kah confessor ni nama Jimbei
Alhamdulillah…ada kesedaran dlm diri dan kekuatan menjaga maruah….pengalaman sendiri akak…masa form 1 dgr ustz tafsirkan 1 ayat alquran ‘Ghairu muttahizina akhdan’ tolong betulkan jika salah….ustaz tu kata lelaki or perempuan yg baik tidak ambil pakwa makwa…mereka terus nikah…sejak itu akak doa dan niat utk tak mahu bercinta monyet …biarlah org pertama yg akak cinta tu suami akak….alhmdulillah…Allah makbulkan …tak de pakwe sampai umur 27….kenal dgn suami sekarang ni…kawan aturkan dn kami bernikah…dialah pakwe pertama dan semoga hingga akhirnya…
aku setuju ngan confessor , ape yg jadi kat confessor nie pernah jadi kt aku dulu , bahkan sekarang pon aku tgk kat sekeliling aku , benda yg mcm confessor ckp nie terus meraja lela , dan merebak , sampaikan adik2 bawah aku pon dah terpengaruh ngn abng2 dye , dah mcm takda agama asl lepak je cite pasal pompuan , nak bawak balik lah apelah , ape nak jadi zaman sekarang ni , sape yg ade adik terutama adik pompuan tu , jagalah elok2 , kalau bleh pantau pergaulan adik tu , tpi jgn control sgt , tu je #peace
Ishak Mohd Ali Ariff Syafiq
Dua bui bangle aa. Bleh than eh.
Say No to couple
Mesti ko jnis lyn pmpn sopan nih . Tgk gaya tulis pon da taw . Huhukkk . Pm ak . . Ada bnde nk tnye .
Salah 1 nya, remaja dipupuk semangat drama melayu adaptasi novel cinta di TV3 pukul 7 malam .
Kena pulak, mentaliti orang kita lebih suka berfantasi seperti dalam drama melayu tuh .
Ibarat “ajinomoto” laa . Kena lak, time nak maghrib adalah waktu pagi bagi setan .
alhamdulillah..semoga dikurniakan jodoh yg baik utk awk…
Satu je yg aku pegang dlu, aku takkan keluar dgn mana2 lelaki berdua. Full stop. Mmg selamat. Xde la nk brkawan dgn lelaki sgt kcuali kalau ad urusan smpai satu point tu rsa mcm xkan kawen je. So sape2 yg nak jaga diri, restrict yourself drpd keluar berdua-duaan. Setel.
Tak de gf bagus la…..
Tak de kawan perempuan pun lagi baik kan…….
setujuu..✌️
Nice one. Tergelak baca yang “eh kelas kau bangla”
This is. Brilliant. Aku ingat takde dah laki camgini hahahahhhaa maybe sbb aku banyak sangat baca and see with my own eyes laki ni semua sama.
Xpe.. Nnt2 taubat la.. X elok ungkit kisah silam.. Kalau kita lelaki baik, mesti sanggup terima dia tanpa ambl tahu kisah silam dia.. Komen2 bernas camni antara faktor jgk jd camni.. Sbb org skrg supportive melampau..
Muhammad Abid Sabri..
In the end…..”dunia ni cuma tempat sementara.akhirat sana tempat tinggal sebenar”….tu point utama kot…papehal, all the best bro….
Doa senjata mukmin…bykkan doa agar Allah jauhkan diri maksiat dan fitnah….
Fatimah Azzahra Shafie
pergh…bgos gile insight ko bro. bkn calang2 laki nk pk mnde cmni. mostly laki jarang nak b’pk. most of them just think about having fun or not think about anything. at all. mknenye ko ni bkn typical laki weh. bgos2
Thank u for speak up my mind