Sekarang ni isu 18K tu kan. Saya harapkan bro tu tabah. Penat kan bila kita dah berkorban segalanya untuk yang kita sayang jadi camtu. Maafkan dia. Lepaskan dia dengan redo kerana Allah. In shaa Allah, akan ada bahagian kita nanti. Jika tangan kita ni boleh menadahkan tangan berdoa untuk kebaikkan orang lain dan Malaikat pun mengaamiinkan doa tu bukan saja untuk yang kita doakan tapi diri kita (doa tanpa pengetahuan yang didoakan) kenapa harus tertahan hati dan tangan untuk berdoa?
Saya pun pernah. Tapi tak adalah sampai 18K . Macam-macam buat untuk dia. Dia sakit, saya masakkan. Dia tak faham soalan past year saya tolong carikan jawapan. Assignment saya tolong buatkan.Padahal petang tu migrain+demam panas. Makan ubat dengan panadol soluble+100plus then tudur. Pukul 11 malam bangun, saja tanya assignment dah siap ke belum. Ok, tak siap. Last sekali tolong sebab kasihan. Tak tidur. Assignment sebulan yang lecturer dia bagi saya buat dan esoknya siap dalam pukul 2 petang.
Pernah dia sesak duit. Saya hulurkan RM 100 kat kawan dia,jelaskan hutang A ni sebab ni A ni cakap ada berhutang RM 50 dengan kawan dia. Saya buat tanpa pengetahuan A.
And you guest what? Masa minggu kritikal nak exam, dia suruh saya neutralkan hati. Dia tak nak dia sakit bila saya ada orang lain(padahal ayat tu sebenarnya dia dah orang lain). Bila call minta explaination, ayat makian tak usah cakaplah. Dia cakap perempuan kampung lagi baiklah padahal saya ni orang kampung jugak. Sepupu perempuan dia lagi baiklah. Classmate dia lagi baiklah. Ungkit hal ex saya jemput saya kat karnival lah. Dalam hati nak menjawab pleaselah..bukan berdua. Ada ajak akak-akak senior kot. Turun satu blok yang sama.Hujan lebat. Asrama jauh, dah tengah malam tak kan nak jalan kaki lepas penat jaga gerai. Ex saya yang datang sendiri,bukan saya call. Tapi jenis saya dengar jelah orang cakap. Nak-nak saya berdepan dengan "ustaz".
Allah je Tahu perasaan tu. 2 hari nak exam jumpa dalam keadaan yang betul meremukkan hati. Tahan je air mata bila lalu depan kereta dia. Sebab nak exam , fokus untuk exam. And alhamdulillah, keputusan still dalam target.
How to move on? Memang payah. Sebab teringat jugak. Tapi one day, bila ex dulu mesej throw back kenangan and dia ungkit siapa yang tinggalkan siapa. Then saya sedar, saya tinggalkan ex saya sebab budak pondok. Sebab rasa budak pondok lagi baik tapi al kisahnya budak pondok yang syadid tegas tu call supaya saya maafkan dia. Dia kata saya kena maafkan dia. Dia tak tahu camne dia nak contact yang lagi sorang yang dia buat macam kat saya jugak. Tahan air mata. Tambah sakit minta kita hadir ke majlis dia and nak kita jadi adik angkat dia.
Then, bila muhasabah baru faham . Agaknya apa yang saya rasa sekarang mungkin itulah ex saya yang B rasa dulu.
Kadang apa yang jadi kat kita supaya kita muhasabah balik diri kita. Kita mungkin tak sedar dosa kita kat Allah dan orang lain. Allah ni tak suka kita lebihkan lain dari Dia. Kita mungkin ralit sangat dengan manusia. Lupa mak bapak kita, kawan-kawan kita.
A pun datang mintak maaf malam raya baru ni. Nak cakap mungkin time ni orang ni tak sedar dia buat salah tapi bila Allah bagi hidayah, tak ada sapa yang mampu menghalangnya.
But perempuan, bila dah move on memang taklah nak baik-baik. Nak kawan pun tak nak. Bukan dia berdendam. Penat dia kutip hati yang pecah berderai tu takutlah pecah lagi. Cukuplah banyak masa yang saya bazirkan selama ni.
Kalau nak kata orang lain nak, memang ada. Tapi hold on. Takut tersilap lagi. Banyak benda saya kena fix untuk diri saya. Sebab bila berkahwin bukan untuk rasa bahagia je tapi saya fikir kita kena jaga dunia dan akhirat pasangan kita nanti.
Ujian kita tak sama. Tuhan kita Allah Yang Esa. Tak kira laki atau perempuan, please get strong kerana Allah. Letakkan hati kita harapan kita pada Allah supaya bila ada ujian,kita mampu mengharungi.
Saya bukan baik sangat. Saya dah lalui macam-macam zaman. Saya harap apa yang saya confess ni bermanfaat buat kita semua. Doakan saya.
" 2 benda yang kita kenang adalah dosa kita dan kebaikkan orang. Yang kena lupa dosa orang dan kebaikkan kita ".
Kerana Tuhan-Mu bersabarlah. Keep qowiy.
Thanks admin.
– iris
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Alhamdulillah i feel u. Dah rasa situasi macam ni. Dan sebenanrnya mencari kehidupan lebih baik adalah sangat menyenangkan.
Tengok nama awak ni teringat pulak cerita chandramukhi
Ha. Betul la tu. Si Chandramurkhi rajnikan ?
Kalau chandramukhi awak tengok. Manichitrathazhu awak tengok?
Astaga dh mcm kaunter pertanyaan. Kk selamat hari raya
Haha. Tu pon tengok. Kanchana pon tengok. Annamalai pun tengok. No prob. Slamat raya
Hahahahaha
tu la..cinta menyakitkan…kalau boleh pemuda pemudi jgnla bercinta…kalau nak .kawen ja terus…
Nnt dah kahwin pun perlu bercinta :)
yala..cinta time tu okey..ygsaya maksudkan..sebelum..mmg mnyakitkan..apa2 pown…hope jgn brcinta lagi…serius bahaya..tapi kalau ada jugak..n susah nak halang..nak buat camna..fitrah manusia..
Ada ikatan sah dulu baru bagus
ya betul..selagi tak ikat..selagi tu la..ase sakitnya..haha..
So, prmudahkn la bila ada org nk khwin tu. Jgn mnyusahkn, tetapkn itu ini
betul..harap time saya nak kawen nnti tak minta byk benda..haha..
Yup! Setuju! Hehehe…pernah kene mcm tu, sia2 je…lps tu muhasabah diri mmg ada silap sndiri juga…sakit tu, huisshhh, x yh habaq la…to be strong again bukan senang, it needs a lot of efforts…maafkan is the best solution sbb kite hidup nak kan ketenangan….ap yang dh jadi jadikan pedoman hidup. :)
Hazirah Khairudin …forget n forgive…ingat kan apa yg acik pernah nasihat dulu…letakkan Allah yang pertama sebelum yg lain2…insyaAllah kita akan jumpa kebahagiaan hakiki. :)
Inshaallah acik..tq atas nasihat ☺
.. Betul.. Jaga hubungan dengan Allah dulu . insha’allah . Allah jaga hubungan kita sesama manusia ;)
Hm..tp ada tau jenis pmpuan yg still tak blh let go, still nk kawan2 dgn ex bf dia walaupun diri dah ada suami dah..siap wish birthday bagai kat fb ex bf tu sambil panggil panggilan mesra yg pd fikiran sy patutnya hanya layak utk suami dia. Apa kejadah org2 muda skrg…
Teruk betul perempuan mcm tu
Yup. Yg bestnya, ex bf dia pun dgn mesranya menerima wish itew dan mengucapkan terima kasih dgn smiley tanpa awkward sedikit pun..maka bertambah2 la sakit kepala yg melihatnya