LGBT Yang Tersakiti

Salam sejahtera semua. Sekadar kisah benar yang aku harap tidak akan berlaku dalam hidup orang lain. Aku L. Aku perempuan dan dah terjebak dalam dunia songsang secara senyap selama lebih 10 tahun. Lebih tepat sejak aku berada di menengah atas.

Dan apa yang aku nak kongsi sisi gelap aku yang tiada siapa yang tahu melainkan aku dan Tuhan (dan bekas bekas aku).

Yang sangat menyakitkan dan menderitakan. Yang sekali kau dah terjebak, susah nak berubah secara kekal. Sebab bila dah berubah tidak lama lepas tu kau akan kembali songsang.

Aku dah ada pasangan (secara senyap) sejak menengah atas. Waktu dulu, mana ada media sosial, mana ada terdedah dengan dunia internet.

Jadi aku tak berapa fasih dan faqih kalau orang yang aku anggap bestfriend tu adalah kekasih gelap aku. Yang aku jaga dengan sehabis baik dan kami juga berhubungan lebih dari sekadar bestfriend.

Macam aku cakap, dulu konon naif dan anggap ringan ringan itu hanya sekadar perkara biasa. Tapi lama lama, yang ringan sekadar sentuhan boleh bergelora juga n4fsu.

Tapi lepas habis sekolah, masing masing bawa halatuju ke alam IPT dan mula terputus hubungan. Pedih juga waktu tengok Friendster dia yang dah ada steady partner. Tapi sebab ada study sebagai satu distraction aku cuba move on. Dan aku clean. Tuhan pelihara aku.

Cumanya tidak lama lepas tu, bila di IPT, duduk rumah sewa. Aku mula ada partner sendiri dalam aku makin sedar itu juga hubungan terlarang. Waktu di menengah atas aku masih denial.

Tapi bila di IPT, aku dah tahu dan pasti aku ini cenderung pada yang sejenis. Aku mula explore lebih lanjut dalam dunia dosa ni dan memang aku hanyut jauh.

Bila aku sebut hanyut jauh tu faham faham ajelah bahwa hubungan terlarang tu dah sampai ke tahap yang macam mana.

Tipulah tak taubat dan menyesal. Nama pun manusia. Kemudian buat lagi. Lama juga hubungan aku dengar partner yang kalini. Tapi sejarah berulang.

Habis IPT, partner aku pun bertunang dan berkahwin dan move on terus dengan aku. Ya, partner aku semuanya normal aja. Aku saja yang merosakkan hidup mereka. Dan susah jugak untuk aku move on kali kedua.

Masuk hubungan aku yang ketiga. Ya ketiga. Tak serik selagi tak kantoi. Manusia kan. Ini yang paling lama, tujuh tahun aku dengan yang ketiga ni. Tujuh tahun! Kalau ada anak, dah masuk darjah satu.

Yang ni hubungan yang paling aku attach dan sangat terkesan, masih susah nak move on sampailah sekarang.

Yang ketiga ni aku sebut sebagai K la ya. K sangat caring, sangat jaga makan minum, jaga sakit pening aku. Sanggup travel beratus kilometer hanya sebab nak jumpa aku. Tanpa ada sebab musabab kukuh.

Katanya rindu. Geli kan. Aku pun geli. Itulah dosa kan. Sampai satu masa memang aku dapat rasa dia obses dengan aku. Apa apa akan utamakan aku. Lebih dari keluarga dia sendiri. She puts so much effort in this relationship. Aku bagi dia 200% markah untuk ini.

Dan disebabkan perhatian yang aku dapat dari dia, tentulah aku tak dapat nak balas balik. Pertama sebab kami dipisahkan jarak. Bila dia yang sanggup travel hampir setiap hujung minggu untuk jumpa aku.

Tapi aku tak. Aku guna alasan kerja. Memang kerja aku busy. Dan aku tak boleh nak travel sepertimana dia.

Kedua, sebut apa saja hadiah yang dia tak beri pada aku. Hari jadi aku takkan pernah dia miss untuk raikan sekali. Dia yang akan book holiday, google mana tempat nak pergi. Aku? Ikutkan saja apa yang dia mahu

Semua perhatian dan kebaikan dia aku tak mampu balas. Tapi macam aku cakap, hubungan aku dan K pun adalah hubungan terlarang.

Bila masa iman aku naik dan teguh. Aku akan cuba kurangkan contact dengan K demi menjaga batas. Tapi aku akan explain pada K kenapa aku tak dapat datang jumpa dia sebab setiap kali jumpa mesti akan terlanjur.

Kenapa aku kurang call dan mesej K sebab nak kurangkan rasa attachment tersebut. Sebab semua tu hanya dosa. Tujuh tahun aku dengan K memang hidup kami penuh dengan dosa. Tersangat penuh dengan dosa.

Ya. Tuhan masih sayang aku dan K. Atau mungkin aku boleh kata, kami ni dapat istidraj dari Tuhan.

Kalau kami travel jauh jauh pun dalam tu mesti akan ada maksiat. Tapi tak malu, tetap juga solat jamak macam biasa. Walhal tujuan travel tu memang untuk bermaksiat secara tidak langsung.

Tujuh tahun aku dengan K selain daripada toxic dengan dosa, toxic juga dengan keobsesan K pada aku. K memang akan kawal 500% dengan siapa aku berkawan, perempuanlah terutamanya. Kalau dia kata no to someone, aku harus follow. Yup.

Mula mula aku akan rebel juga, tapi sebab aku tak boleh dia menangis dengan teruknya bila aku forbid apa dia cakap. Jadi, aku pun saja kehendak dia.

Tujuh tahun aku memang tiada siapa kecuali K. K buatkan aku sangat bergantung pada dia. Semua benda.

Tujuh tahun ni juga tak indah mana untuk K. Sebab aku ni jenis panas baran. Bila baran, memang mulut akulah yang paling laju dan celupar. Semua benda kesat aku lemparkan pada K.

Dan aku akui, marah aku ini memang tak bertempat. Ini memang kelemahan besar aku. Baran. Dan ada juga disebabkan aku ni dikawal teramat sangat oleh K.

Banyak kali juga bila kami bergaduh, aku keluarkan kata kata kasar (disebabkan isu aku berkawan juga dengan orang yang dia cemburukan) aku akan terus pergi dan tinggalkan dia untuk aku bertenang.

Tapi walau macam mana pun kami bergaduh, akan berbaik semula. Dan tetap berhubungan secara terlarang juga.

Ada je tempoh kami clean, tapi tak lama. Mungkin bertahan dalam dua ke tiga bulan saja. Lepas tu terlanjur semula. Dan taubat, janji satu sama lain taknak buat. Tapi janji manusia, sejak bila boleh pakai.

Akhirnya, sampai masanya Tuhan terbalikkan dunia aku bila K yang aku rasa takkan beruba hatinya untuk aku sampai kiamat datang. Tinggalkan aku. Begitu saja.

Sakit ya. K yang selalu beri aku perhatian, jaga aku, ambil tahu apa aku buat, beritahu apa yang dia buat. Tinggalkan aku tak ubah macam kain buruk

Aku mula perasan bila dia sendiri kurang telefon aku. Dan dah jarang angkat call aku. Tapi sebab aku juga sibuk dengan kerja aku. Aku tak banyak soal, dan teruskan hidup seperti biasa.

Sampai aku sendiri boleh rasa K dah berubah. Aku cuba confront dengan dia. Apa jadi? Kenapa dia lain? Tapi dia tak mengaku.

Sampai satu hari, aku confront jugak pada dia, kalau dia jauh hati dengan aku sebab dia nak berubah dan tak nak aku terus rosakkan lagi hidup dia, aku cakap aku boleh terima, dan aku cuba akur.

K tak mengiyakan atau menidakkan apa yang aku cakap. Sebab itu apa yang aku assume kenapa dia jauhkan diri dari aku. Tapi itulah, K yang sebegitu obses dengan aku berubah dengan amat sangat buat aku tak puas hati

Jadi, aku pun hack telefon K. Satu hari, balik dari holiday dengan K (holiday yang kami masih terlanjur ya). K dah selamat sampai rumah. Aku pulak yang teruskan perjalanan balik.

Aku terus buka phone aku yang aku dah connectkan dengan phone K yang aku dah hack. Memang terkejut dan hancur luluh hati aku bila K mesej ‘ Sayang, kawan saya dah balik.. awak dekat mana?’

Terus laju dada aku. Demi Tuhan aku tak tipu. K yang selama ni hanya aku yang dia panggil sayang, dah panggil sayang pada orang lain.

Aku terus screenshot mesej tersebut. Tambah aku tak puas hati, mesej sayang tu adalah pada rakan sekerja dia yang juga seorang perempuan. Ya perempuan!

Jangan tuduh aku paranoid dulu ya.

Satu sebab kawan perempuan ni yang dulu pernah flirt dengan K dan K mengadu dekat aku sambil aku suruh K ignore. Dan waktu tu K memang follow apa yang aku suruh.

Dua, tujuh tahun aku kenal K, dia bukan jenis yang senang nak taip sayang secara sembarangan. Tiga, inilah sebab kenapa dia dingin sungguh pada aku.

Aku yang kecewa dan hancur luluh. Sebab baru je kami habiskan cuti bersama sama. Rupanya dia bersayang dengan orang lain. Aku telefon K dan terus minta penjelasan kenapa panggil kawan dia tu sebagai sayang. Semestinya K terkejut dan cuba beralasan macam macam.

Hidup aku semenjak K kantoi memang tak terurus. Dari aku ikhlas nak lepaskan dia sebab sangka baik dia nak berubah. Dan juga sebagai peluang aku tuk berubah. But at the same time we still have for each other. Aku silap besar. Rupanya dia dah bersayang sayang dengan orang lain.

Aku bersemuka dengan K. Aku merayu kalau nk tinggalkan aku, jangan mulakan hidup yang salah lagi dengan orang lain.

Sebab sepanjang aku hack phone K, aku dapat baca yang mesej K pada kawan perempuan dia tu sama macam waktu kami mula mula berkawan dulu dan akhirnya terjebak terlanjur selama tujuh tahun

Ya, kawan perempuan K tu pun memang aku dah selidik. Walau aku tak pasti apa s3ksual orientasi dia, tapi aku boleh sense orang yang songsang ni macam mana. Hancur hati aku sebab sangkaan baik aku diawal tadi meleset. Tujuh tahun aku hilang dan ranap macam tu saja.

K kata,

‘Saya pilih nak hidup dengan dia, tapi saya tau awak tak boleh terima. tapi saya nak dia ada dengan saya’.

‘Awak boleh hidup tanpa saya, saya tahu awak boleh’

‘Saya taknak awak, saya dah banyak sakit dengan awak, awak buat saya tawar hati’

Memang aku mati kejung kat situ bila K sebut macam tu. Aku menangis merayu dengan K jangan tinggalkan aku. We can start fresh and better. Tapi K memang langsung tawar hati dengan aku.

K pilih perempuan yang aku sendiri tak pasti keabsahan orientasi s3ks dia, tapi bila aku kata orang orang LG ni boleh sense someone yang seorientasi dengan mereka.

Dan aku tak rasa aku silap, mesej mesej K dengan perempuan tu penuh dengan sayang, i miss u, i love you. Padahal jumpa setiap hari ya di tempat kerja. Sakit ya. Memang sakit.

K tak pandang belakang langsung aku. Dan aku terperuk sampai saat sekarang. Terpaksa jalani terapu untuk aku kekal waras.

Sakit patah hati ni memang tak boleh buat main. Memang jangan buat main. Aku masih lagi sakit. K. Aku tak pasti dia beruntung atau tak

Kalau K dengan perempuan tu clean. Aku bersyukur. K mampu hilangkan obses dia pada aku. Aku bersyukur. Tuhan selamatkan K dari aku. Tapi aku? Aku masih macam ni. Tersakiti

Solat taubat, bangun malam, tahajud, solat sunat. Sebutkan apa saja. Masih belum Tuhan benarkan aku untuk move on. Satu saja aku fikir, jika Tuhan selamatkan K. Kenapa bukan aku?

– agitu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *