Love Hate Relationship

Confession ini aku tulis ketika aku sedang perang dingin dengan suami aku 2 jam tadi. Aku dengar bunyi kaca pecah dan diiringi tangisan kecil anakku yang berumur 3 tahun.

Aku dan suami aku dah berkahwin selama 4 tahun dan kami sedang menunggu kelahiran cahaya mata yang kedua.

Sepanjang perkahwinan kami banyak kali kami bergaduh dan aku rasa ini kali keempat bergaduh yang agak besar.

Pergaduhan kali ni sebab aku emo sangat-sangat dan dia cakap aku biadap. Sebab aku letak tilam diluar bilik dan tak nak tidur bersama dalam satu bilik yang sama.

Ya, dari pagi tadi memang aku emo. Dengan tak bangun solat subuh, ajak pergi breakfast pun muka cemberut marah-marah padahal aku memang mengidam sangat nak makan siput sedut.

Ingatkan lepas breakfast boleh cari kat pasar. Aku excited giler lah nak bawa lokasi makan baru dan jalan shortcut tapi kena marah sebab melambatkan lagi perjalanan.

Terus terang aku kecil hati, susah sangat ke cakap baik-baik? Jadi aku membalas dengan nada yang sama. Biasalah mesti aku je yang akan salah sebab meninggikan suara pada suami. Biadap namanya tu.

Samalah bawa cerita hingga ke petang. Dalam pada rumah bersepah, nak basuh baju, sidai baju, mandikan anak dan bagi anak makan, tapi suami aku macam biasa layan tiktok.

Habis bateri handphone dia, sambung handphone aku. Aku jadi naik hantu sekejap. Kenapa aku kena buat tu semua?

Kenapa aku yang kena sediakan semua? Kenapa aku nak kena rasa bersalah bila baju laki aku basah tak kering, sedangkan aku dah inform baju baru basuh nanti sidai bawah kipas sebab aku nak tidurkan anak sebagainya.

Alih-alih setiap pagi, mana baju, mana stokin, mana spender?

Ya Allah benda kecil macam ni pun boleh buat aku stress.. Kenapa? Macam ada 2 orang budak yang aku kena preparekan setiap pagi! Semua benda yang aku tahan menerpa-nerpa ke otakku dan menjadikan aku lagi emo.

2 minggu lepas kami gaduh besar juga. Puncanya sebab aku tertidur dan tak ‘layan dia’. Aku masih dalam tempoh morning sickness masa tu.

Mood takde, penat, cepat mengantuk. Dan aku baru baik dari influenza (warded 3 hari) dan seminggu kuarantin dirumah dan nak dijadikan cerita lepas tu aku kena bisul dan rashes.

Tapi macam biasalah aku ni memang dicop sengaja taknak melayan. Lepas tu dia ugut aku cakap tak nak bagi aku duit next month.

Aku dahlah tengah runsing takda duit. Jadi aku jawab, taknak bagi duit takyah lah duduk sini. Dia claim aku biadap sebab halau dia.

Eh point aku kat sini adalah, kenapa aku pula yang kena menyara dia? Rumah, kereta, rumah sewa, taska anak semua aku bayar. Kenapa pula ugut pasal nafkah? Kecewanya aku.

Lepas tu kami berbaiklah juga selepas tak bercakap seminggu. Dan minggu seterusnya dia jadi baik je.

Tolong jaga anak, bila pergi memancing balik lambat, pujuk bawa pergi minum kopi.

Masa tu aku rasa dia betul-betul berubah. Boleh je cakap baik-baik. Boleh je tengok tiktok bila kami tidur. Boleh je tidurkan anak sama-sama dan baca buku, baca doa sama-sama.

Awal tahun hari tu pun kami bergaduh, lupa pasal apa. Tapi berbaik sebab nak pergi Langkawi bersama family dia. Mungkin sebab takda duit dia ok je berbaik dengan aku kot.

Sampailah aku gadai gelang sebab taknak dia miss important event family dia. Dan akhirnya aku juga yang simpan duit ambil gelang tu balik.

Pergaduhan paling aku tak boleh lupa ketika birthday aku, satu hari dia pergi memancing. Kita orang baru 2 bulan kahwin masa tu.

Dia balik pukul 7.30 petang selepas tu dia mandi sampai pukul 8.45 malam. Aku dah cakap dah nak special-special makan kat mall. Mall dah nak tutup dah ye.

Last sekali aku pergi sendiri je. Baru aku tahu rupanya memang habit dia mandi sejam lebih, tidur sampai tengahari, dan kaki hadap telefon. Berbeza dengan masa aku berkenalan dengan dia.

Soalan aku, ‘saya suka orang yang morning person dan kalau awak bukan orangnya mungkin kita tak sesuai. Are you a morning person?’

Confident tanpa hesitation dia cakap, ‘i memang morning person, rumah i kat atas bukit, pagi-pagi i akan minum kopi sambil tengok gunung-ganang, bila minum kopi terasa indah pagi-pagi.’ Begitulah aku tertipu.

Tapi masa gaduh tu aku cakap kalau rasa nak membujang je boleh lah keluar dari rumah ni. Sebab aku rasa macam giler sunyi kahwin tapi sunyi. Dia panggil abang dia angkut semua baju balik kampung. Cerita kat family dia, aku halau dia.

Sebenarnya ada banyak stages dalam hidup aku, aku rasa nak berpisah. Aku ada google, aku ada baca macam-macam. Tapi aku taknak semua tu.

Aku just nak bersuami yang pagi-pagi sapa aku dengan lembut, boleh tolong uruskan anak-anak sementara aku terkejar sana sini siapkan mereka, minum petang sama-sama sambil cerita pasal kerja, solat maghrib isyak sama-sama,

Tolong tengok anak sementara aku mengemas, bacakan buku atau bermain sama-sama, makan malam sama-sama, tidurkan anak sama-sama, plan nak makan apa, pergi mana (kenapa aku pula yang kena lead semuanya).

Bila aku utarakan benda ni dia akan cakap you pun tengok phone. Aku pun berjadual dalam hiduplah, aku make sure aku buat aktiviti, bila aku penat anak tengok tv aku tengoklah phone kejap. Bukannya sepanjang masa.

Dan kadang-kadang dia cakap i tolong u basuh pinggan, mana ada i tak tolong. Bolehlah seminggu pegang pinggan 2-3 kali. Adakah aku tak cukup bersyukur?

Tadi dia memang marah dengan aku sambil patahkan penyapu dan pegang penumbuk macam nak tumbuk aku, aku tanya hah nak apa? nak tumbuk ke? sambil berpeluk dengan anak aku.

Aku macam ingat nak lari kat depan pintu tapi banyak pula kaca terbarai kang tak memasal sakit lain pula. Dia tendang tilam yang aku letak kat luar dan tulis whatsapp status aku ni biadap.

Aku tak pernah cerita kisah hidup aku dekat orang. Ramai juga kawan aku yang ada tanya aku ok ke tak. Sebab aku pun tak macam aku yang dulu.

Aku tahu aku boleh je hidup dengan anak-anak dan aku serius tak suka bergaduh depan anak. Tapi serius aku buntu nak hadam, nak blah, nak buat apa…

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *