Luahan Anak Pada Ibu Yang Tiba Tiba Muncul

Assalamualaikum wbt.. Saya Mimi (nama samaran) ada adik beradik 3 orang.. Semua dibesarkan oleh ayah kami.

Ayah menceraikan ibu dan hak penjagaan anak anak diserahkan pada ayah kami.. Ketika ibu ayah bercerai, Mimi baru berusia 5 tahun.. Kakak 9 tahun dan adik lelaki 2 tahun..

Mimi membesar tanpa sosok seorang ibu.. Kini juga seorang ibu pada seorang anak perempuan 5 tahun..

Usia anak ku sama seperti usia ku ketika aku kehilangan ibu akibat penceraian.. Anak aku macam belangkas, dimana mana kena ada aku.. Pergi kedai sejam dua pun dah menangis..

Aku terfikir, kenapa masa aku kecil.. Aku tidak pernah sekali pun rasa rindu pada ibu..

Aku cuma cemburu pada kawan kawan yang ada ibu.. Tapi aku tidak merindui ibu ku.. Mungkin netizen paham maksud yang aku hendak sampaikan..

Aku tidak mahu memburukkan ibu ku.. Tapi aku ingin netizen faham bagaimana mahkamah memberi hak penjagaan anak anak kecil pada ayah dan anak kecil yang tidak merindui ibunya..

Sekarang aku dah berumur 30 tahun.. Aku tidak pernah bertanya kenapa ayahku menceraikan ibu ku.. Ayahku selalu memburukan ibu ku tidak bertanggungjawab pada anak..

Tapi bila aku besar, ada satu rahsia besar yang aku baru tahu.. Kenapa mereka bercerai.. Dan itulah penyebab kenapa ayahku tawar hati dan hak jatuh pada ayahku..

Sungguh aku tidak berdendam.. Aku juga tidak menyalahkan..

Di umur 30 tahun, ibu ku hadir kembali.. Ibu yang sudah tua dan tidak bekerja, aku terima bila ibu ku hadir kembali dalam hidupku..

Tapi kalau anak sekecil 5 tahun tidak pernah merindui ibunya.. Bagaimana aku ingin pupuk rasa sayang pada ibu ku.. Sangat susah… Seperti orang yang kita tidak kenali..

Aku juga tidakla kaya.. Tapi alhamdulillah mencukupi walaupun aku hanya bekerja sebagai kerani di kota.. Ada juga rezeki untuk bagi ayahku tiap bulan..

Ayah ku tidak pernah sekali meminta duit dari anak anak.. Tapi kami anak anak tetap masukkn duit untuk ayah..

Kadang kami terlupa berbulan bulan kerana kesempitan duit.. Ayahku hanya senyap dan telepon untuk mendoakan dimurahkan rezeki..

Sebaliknya tentang ibu ku.. Sejak dari awal berhubung.. Setiap bulan ibu ku pasti meminta duit.. Memang tanggungjawab anak memberi duit..

Tapi kadang datang perasaan menyampah.

“Adakah ibu cari aku balik sebab nak duit?”

“Kenapa ayah yang jaga aku dari kecil tidak pernah minta duit tapi ibu ku kerap meminta duit”

Mesej ibu sebulan sekali hanya lah meminta duit…

Kadang aku rasa menyampah.. Tapi aku tetap bagi.. Aku rasa berdosa bila geram dengan ibu sendiri.. Tapi terus terang kadang aku kecewa, sedih..

Memang ini ujian aku sebagai anak.. Cuma kadang datang persoalan begini ke benak ku..

“Adakah wajib seorang anak perempuan memberi duit setiap bulan kepada ibu yang tidak menjaga nya?”

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *