Kisah Awal Perkenalan

Salam semua. Terima kasih IIUM Confession kalau sudi siarkan cerita ni. Ini cuma sebuah perkongsian cerita.

Alhamdulillah, aku dah kahwin 10 tahun dan direzekikan dengan empat orang cahaya mata. Aku cuma nak kongsi kisah perkenalan dengan suami aku sebab aku rasa agak menarik untuk dikongsi hahaha.

Aku memang seorang yang introvert dari zaman sekolah dan jenis tak berkawan dengan lelaki. Aku dulu sekolah agama dan agak strict tentang pergaulan (ikhtilat) lelaki perempuan.

Jadi, memang dah wired untuk tidak ada interaksi dengan lelaki di luar lingkup kerja dan aku pun memang selesa hidup macam tu.

Bila masuk universiti pun sama. Ada juga orang kacau-kacau tapi aku memang tak rasa nak berkawan dengan mana-mana lelaki, Mindset masa tu kalau sampai masa nak kahwin, nanti mak abah aku akan carikan.

Dekat universiti aku jumpa dengan suami aku, H, kawan satu fakulti yang sama.

Kitorang tak pernah berborak langsung seingat aku, melainkan bila ada kerja yang aku satu kumpulan dengan dia. Itupun short interaction yang langung tak bermakna. Bila hal kerja aku boleh berinteraksi dengan lelaki macam biasa.

Pada satu hari masa cuti semester (2nd year), aku bangun tidur dan dapat mesej dari H. Mesej dia straight forward dan bagi aku menakutkan sebenarnya sebab tiba2 bagitahu yang dia suka dan nak kahwin dengan aku.

Tak beragak betul laki aku ni. Walaupun terkejut tapi aku masih boleh balas dengan rasional dekat dia yang aku tak berminat untuk kahwin dengan siapa2 waktu tu. Dia pun balas mesej tu baik2 cakap yang dia faham.

Mesej tu aku tak bagitahu sesiapa kecuali mak abah aku dan room mate yang sama2 baca mesej tu masa aku terkejut. Dekat kelas pun tak ada tanda2 lain dari dia. Tapi bezanya selepas kejadian tu, aku jadi notice lah si H ni lebih daripada selalunya.

Daripada tak ada rasa kat lelaki, ada lah sikit debar2 macam tu setiap kali terserempak dengan dia. Dan baru perasan yang dia ada banyak kualiti yang bagus.

Satu contoh; setiap kali ada assignment berkumpulan, semua yang kerja dengan dia akan kata senang kerja dengan dia – dia akan lead team, ada banyak idea, bukan jenis meniru kerja orang, punctual dan kerjanya sangat organized.

Bukan aku tak pernah kerja dengan dia tapi lepas kejadian tu baru aku lebih notice tentang kualiti2 yang ada dekat dia.

Beberapa bulan lepas rejection tu, H ada mesej aku sekali lagi dan aku bagi jawapan sama juga. Cuma kali ni dia tambah strategi dengan mesej mak abah sekali.

Kena gelak je aku dengan mak abah aku bila dia asyik meroyan mesej diorang. Hampir hari-hari juga lah dia mesej diorang. Maluuuuuu sangat aku rasa. Nasib baik mak abah jenis sporting, diorang balas je baik-baik mesej2 dia.

H ni walaupun dia macam tu dalam mesej dengan mak abah aku, tapi bila jumpa depan2 macam tak ada apa2 langsung behaviour yang tunjuk macam dia suka aku.

Aku jadi confuse sorang2. Kawan-kawan pun aku tak share kecuali dua orang, sebab aku pun tak tahu ending cerita kami macam mana. Tapi taktik dia tu sebenarnya buat aku notice dia sahaja dan tak consider pun orang lain.

Fast forward, selepas setahun (Tahun 3)… dia masih tanya aku soalan yang sama. Dan masa tu aku pun bagi jawapan yang positif.

Sebenarnya aku pun tak tahu aku rasa apa. Bukan suka, lebih kepada respek dan dia pun ada kualiti2 yang baik untuk jadi suami.

Sepanjang tempoh pertunangan, aku masih kekalkan cara interaksi kami yang sama. Tak ada mesej2 yang tidak perlu, tak keluar sama2.

Dia selalu datang rumah jumpa mak abah. Kadang-kadang dia belikan hadiah untuk mak abah tapi tak pernah pulak beli untuk aku.

Selalu jugak dia tanya mak abah betul ke aku ni nak kahwin dengan dia sebab macam tak berminat. Banyak roller coaster emotion yang ada masa fasa ni, lebih kepada masalah aku sendiri yang tak tahu apa aku rasa.

Kami bertunang dalam setahun juga dan akhirnya bernikah lepas tamat belajar. Minggu pertama kahwin memang krik krik sebab aku tak tahu nak borak apa.

Aku panggil dia Tuan sebab nak panggil nama macam tak sopan, bro macam tak kena pulak, sayang memang tak lah.

Begitulah lucunya aku di awal perkahwinan.

Alhamdulillah suami aku penyabar orangnya. Sekarang ni aku kalau bercakap memang tak berhenti dengan dia. Dari bukan sesiapa, sekarang dialah kawan baik aku.

Aku bersyukur sangat walaupun aku tak berapa kenal dia sebelum kahwin, aku tak tersilap kahwin orang yang salah.

Ada cerita lebih kurang aku juga yang aku dengar, cumanya lepas kahwin baru tahu lelakinya baran, tak bertanggungjawab dan lain lain.

Lepas kahwin, suami aku ada cerita nak pikat orang kena berstrategi. Macam cara dia tu- dia tahu aku jenis tak kawan lelaki, jadi dia bagi mesej pertama tu untuk aku notice kehadiran dia.

Lepastu dia try masuk dengan mak abah aku sebab dia tahu aku tak akan selesa kalau dia approach aku berlebihan. Jadi boleh lah adik2 lelaki yang suka orang jenis macam aku ni try method ni. Aku tak jamin berkesan.

Untuk adik2 perempuan yang mencari lelaki2 yang ada kualiti yang baik, mungkin boleh tengok cara keja dia.

Tak kisah di universiti/tempat kerja, kalau dia seorang yang bertanggungjawab, jujur, dan amanah dengan kerja dia- insyaAllah dalam perkahwinan pun dia akan amalkan benda yang sama. Tapi bukan semua begitu juga.

Kadang-kadang terfikir jugak- aku tak kenal betul suami aku sebelum kahwin dan bahayanya kalau perangai dia lain dari apa yang dia tonjolkan. Ini semua rezeki daripada Allah. Semua perkahwinan pun ada turun naiknya.

Bergaduh tu memang akan ada, cuma jangan lama2. Kita masing2 tak akan sempurna. Masing2 akan ada kekurangan dan kelebihan dan bertoleransi lah dengan kelebihan dan kekurangan tu.

Tak lama lagi dah nak ulang tahun ke 10 kitorang. Itu yang aku pun throwback kisah awal2 perkenalan yang lucu. Sekarang kami hidup berenam, sederhana, tapi bahagia. Doakan kami sampai syurga bersama.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *