Luahan Hati Anak Angkat yang di Pisahkan dari keluarga kandung

Hanya di sini Mampu ku luahkan….

Aku adalah seorang Anak angkat yang dah di berikan pada keluarga yang kaya raya dan berada. Aku diberi sejak lahir. Keluarga asalku bukan keluarga terlalu daif tetapi diberikan atas sebab org ke 3 yang menjadi org tengah. Selepas aku meningkat dewasa aku telah di cari oleh keluarga asal kerana Bondaku telah meninggal dunia. Sepanjang hidup, bonda sentiasa mencari dimana aku berada. Namun aku tidak ditemui. Selepas beberapa tahun bonda meninggal dunia aku telah ditemukan dengan keluarga darah daging ku sendiri. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu. mengalir deras airmata jernih ku. sepanjang hidupku aku tidak tahu yang aku mempunyai keluarga besar . Yang mempunyai adik beradik yg ramai.. Berbanding aku yang hidup keseorangan menjadi nak tunggal Family ini… kami saling berpelukan dan saling menangisi.. Saling merindui.. kami melepaskan semua rindu dihati yang dah pun terbuku lama.. Sangat rindu walapun tidak pernah bertemu.

Setelah peristiwa itu, Hampir 7tahun lamanya…aku tidak ditemukan lagi dengan keluarga ku. . Langsung tidak… setiap hari raya , aku tidak pernah dibawa menjenguk pusara bonda, tidak pernah dibawa mengujungi kaum keluarga ku.. hatiku memberontak. siapa aku untuk mempertahankan hak ku. siapa aku untuk mengatakan aku rindu. Hanya hati memendam rasa. aku terlalu rindukan keluarga asal ku. aku terlalu rindu keluarga kandung ku dan adik beradik ku. Mereka memutuskan hubungian kekeluargaan kami. Aku diawasi hampir setiap masa dan ketika.

Aku dah di beri tahu berulang ulang kali. keluarga kandungku takkan merampas aku dari keluarga angkat ku cukup mereka mahu aku tahu , mereka sangat menyayangi aku. Aku tahu mereka hanya ingin bertanya khabar ku. bukan membawa aku jauh dari keluarga angkat ku. bukan aku tidak tahu segala penat jerih dan pengorbanan keluarga angkatku membesarkan aku. bukan aku tidak tahu bahawa mereka dh pun menjaga aku dengan sangat baik . yea….!!! itu sangat aku akui. tapi tolong paham. aku juga punya keluarga kandung. mereka sangat merindui aku. aku juga begitu. aku ada keluarga sedarah sedaging.. jangan kalian putuskan.. Kenapa kalian bersikap kejam.. Tidakkah kalian tau aku merindui mereka. Aku kecewa walaupun pada zahirnya segala kasih sayang dah kalian curahkan..

Tolong jangan rampas kebahagian aku . jangan halang aku untuk berhubung. jangan sampai aku memberontak. aku juga punya perasaan dan kerinduaan. aku ada keluarga. jangan kongkong aku . jangan halang aku. tolong fahami anakmu ini. kalian telah memutuskan pertalian darah aku dan keluarga ku.. kenapa perlu dibuat sebegitu? Allah sendiri murka apa yang kalian lakukan.. Kalian mengajar aku agama yang serba cukup. tpi dalam permasaalahan ini. kalian GAGAL. kalian PENDOSA. Apakah kalian mengerti ??

Kalau kalian paham jiwa ku, kalau kalian inginkan aku terus menyayangi kalian. jangan halang aku. aku tau kasih sayang kalian pada ku sangat sangat mendalam. Dan aku tahu kalian cukup takut kehilangan ku… tapi bukan ini caranya.. bukan ini yg patut kalian lakukan….!!!!

Mungkin sekarang aku belom lagi mampu berdikari. mungkin skrg aku belom lagi mampu hidup sendiri.. tapi jangan kalian terkejut kiranya aku sendiri akan pergi jauh bila aku dh biasa hidup sendiri. bila waktu itu , aku akan semakin jauh… kerana perbuatan kalian. kerana apa yang dah kalian lakukan.. ingat. aku juga punya hati punya perasaan.. Bacalah segalanya. biar kalian tahu dan mengerti.

Apakah ada lagi dan wujud ibu bapa angkat yang kejam seperti kalian pada batinnya??

MUHAMMAD

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Jgn mudah berprasangka buruk dgn kluarga angkat..saya pn anak angkat jgk..klu saya cerita ksh hdup saya, lg sedih tau..mls nak buka citer..hehe..bncangla baik2 n tnya family angkat awk apa sebab diorang wat cmtu..kdg2 kita x nmpak perkara sebenar sbb diorang pn x smpai hati nak citer..sbb mngkn akan aibkan family kandung awk..sbb tu mereka jauhkan awk dari diorang..apa2pn berdoalah mohon yg terbaik kpd Allah S.W.T and bersemuka dgn family angkat bncang baik2 ye..semoga berjaya :)

  2. Jika saudara berterus terang insyaAllah keluarga angkat faham. Keluarga angkat dah beri kasih syg dan membesarkan dgn baik, sebab salah faham awk dan awk x menyuarakan rasa hati awak terus blame keluarga angkat.

  3. Yang pasti diorang takut hilang kau. Tu makna nya dorg sayang kau sgt2.bawaklah bincang. Jangan ikut sgt emosi kau tu. Dorang pun ada hak utk risau kau akan pergi jauh. Plz jangan pertikaikan hak parents angkat kau

  4. Aku punya kakak, yg langsung tak pernah aku jumpa..tiap2 masa ma aku ingat kat dia..pernah ma sakit & iklankan di akhbar untuk jumpa…tp hanya ayah angkat kpd kakak aku yg hubungi kami pd waktu tu (aku drjah 6, skang aku umur 21)..namun ttp sama..hanya telefon bgtahu kakak aku masih hidup…itu sahaja..sehingga kini tiada khbar berita, tak pernah bersua muka…aku tak tahu apa yg diberitahu kpd akak aku..sdgkan hakikat sebenar, mcm kisah ko (trpaksa serahkan kpd keluarga angkat) ya, ma aku tak akan ambil anak itu dr keluarga angkat yg didik & jaga dia, kami masih sedar diri, pengorbanan keluarga angkat yg dah jaga dia..cuma ingin berjumpa…ntah, aku sendiri menangis tiap kali ingat, aku punya kakak yg aku lgsung tak kenal..kau jangan memberontak..cuma nasihat aku, bila kau dah bekerjaya, ada kudrat sendiri..pergilah jumpa ngan keluarga kandung…ziarah mereka kalau ko tahu tempat tinggal mereka…tak apa..sabar lah..aku ni, selalu cuba risik khabar pasal akak aku tu, dan kami masih usaha untuk cari & jumpa dia..kalau akak aku masih hidup umur dia dah 30+… bayangkan..sepatutnya dia boleh dtg cari kami, kalau x nak jumpa pon telefon lah…x apa..aku x nak sangka buruk ngan sape2…ko Muhammad, kuatkan hati…tp jangan lupa budi & pengorbanan keluarga angkat :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *