luahan hati seorang anak

Aku bukan student uia tapi aku turut terkesan untuk share cerita aku disini.

Aku anak kedua dari 6 beradik .Dan adik beradik aku semua perempuan .ramai orang cakap anak kedua dia punya degil dia punya baran memang tak boleh ditegur . Tapi kisah aku, aku takkan mengamuk,baran tak tentu pasal kalau semuanya tidak menyakitkan hati.

Dan baru-baru ini aku bergaduh teruk dengan akak aku sebab aku dah memang tak boleh tahan dengan perangai dia yang kaki bodek. Dia selalu bodek mak aku, konon semuanya dia betul dan apa yg aku buat semua salah.Masa kami bergaduh mak aku masuk campur then time tu mak aku cakap aku macam-macam dan benda yang paling aku tak boleh lupa bila mak aku cakap dalam ramai2 anak dia aku jer belajar kat kolej swasta . Ya Allah perasaan time tu aku sendiri tak tahu macamna nak cerita , mcamna nak bagitahu aku punya perasaan. Allah jer yang tahu . Hina sgt ker aku belajar di Kolej Swasta?

Fyi,akak aku skrg keje govern dan sedang membuat PJJ untuk degree. Adik aku skrg pun sedang buat degree . dan aku masih diploma sebab apa yang mak aku cakap buat aku takut nak smbung belajar sebab aku takut aku makin mneyusahkan wlaupun sekarang aku juga sedang bekerja.

Aku masih igt lagi masa aku Form 3 aku dihantar ke kampung . bersekolah disana dan stay di asrama walaupun rumah nenek aku dekat dengan aku sekolah.Masa PMR semakin dekat aku diserang gastrik yang teruk dan dapat MC selama seminggu tapi parents aku hanya balik jenguk aku selepas nenek aku call diorang dan marah sebab tak balik tgk aku . sebelum2 ni kakak aku xcident tak teruk sgt pun tapi diorang terus balik. Terasa macam diabaikan sangat.

Masa belajar dekat kolej bila sampai sana dari kg aku call cakap dah sampai . Nak harapkan mak aku call memang tak lah. kakak aku kemana pon dia pergi mak aku selalu call tanya dah sampai ke, dah sampai mana dah dan aku selalu perasan semua tu.Mak aku pernah cakap aku tak pandai jaga adik2 aku.Sedangkan bila adik2 aku perlukan apa-apa aku yg mereka cari. Aku bukan seorang yang berkira bab duit.aku tak kisah habiskan untuk diorang. bila parents aku pergi mana2 aku yang jaga diorang. aku yg bagi makan diorang. bila mak aku tak masak aku yg bawak diorang keluar makan walaupun penat balik kerja . aku weh, aku..

Aku pernah ada masalah di ofis, aku serabut dengan kerja di ofis dan aku balik untuk bercerita dengan mak aku tapi aku dipersalahkan kembali.Aku perlukan nasihat dan semangat tapi lain yang aku dapat.Tapi bila kakak aku yang bercerita fuhh dia punya nasihat, bagi semangat bergunung2 tingginya.Terkilanny aku..

kakak aku suka melancong merata2.. tapi bila nak pergi mulalh pinjam duit ngan mak aku.Nak bayar bebila pon takpe tpi tang aku pulak bila pinjam sikit jer pon setiap kali aku dapat gaji selalu perli cakap bayar-bayar ler hutang tu. Allah sampai mcmtu skali.Kalau diikutkan gaji kakak aku lagi tinggi dari aku sebab dia keje govern tpi aku keje swasta walaupun dalam aliran pekerjaan yang sama. Sebab itu lah skrg walau terdesak sangat skalipun aku dh tak pinjam duit dengan sesape pun.

Dulu masa study aku LI di kl . stay kat kl sensorang jer.Heaven gila sebab itu semua yang aku nak.sakit bangun makan aku aku jer yang rasa. Dan abah cakap dia bangga dengan aku sebab aku boleh stay sensorang camtu. Abah hero aku dan dia orang yang banyak bagi aku nasihat.

last, aku sayang keluarga aku, aku sayang parents aku , aku sayang adik beradik aku tapi aku tak dapat terima orang yang aku sayang layan aku macamtu. pilih kasih sangat. thats why aku suka stay jauh2 dari family sebab aku tak kisah macamna skalipun layanan diorang sebab aku jauh. tapi sekarang aku kerja dekat dengan rumah sebab atas permintaan abah. Dah banyak makan hati , menangis setiap kali terpaksa terima dugaan.

Semoga Aku Semakin Tabah dan Kuat !

– ANONYMOUS

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *