Luahan Hati Seorang H4mba Korporat

Hai. Sebelum saya teruskan, saya perkenalkan diri saya May. Berusia pertengahan 30s dan sudah bekerja selama beberapa tahun dalam bidang engineering.

Saya mula bekerja sejurus selepas saya tamatkan pengajian ijazah sarjana.

Alhamdulillah, lepas 2 bulan menggangur saya dapat tawaran untuk bekerja dengan sebuah syarikat engineering kecil dan gaji bermula RM1,200.

Walaupun agak rendah tapi saya terima dengan minda yang terbuka dan positive bahawa ini cuma untuk permulaan dan tempat saya untuk menimba pengalaman.

Boleh dikatakan saya pun terus bekerja di situ selama 4 tahun. Gaji tak naik banyak. Bonus langsung tak dapat dan duit raya cuma dapat RM300-RM500 dan bukan setiap tahun. Bergantung kepada prestasi kewangan syarikat.

Secara jujurnya, saya sangat gembira dan selesa bekerja disini.

Walaupun gaji sikit tapi sentiasa cukup dan saya dikelilingi dengan rakan-rakan sepejabat yang boleh saya anggap sangat rapat dan macam keluarga saya sendiri. Alhamdulillah, tak ramai diberikan rezeki yang saya terima.

Pada tahun terakhir saya bekerja disitu, saya mula rasa peer pressure.

Tengok kawan-kawan lain sebaya saya gaji dah besar dan mampu beli rumah/kereta walhal gaji saya masih dibawah RM2,000 dan duduk di rumah parents. Saya mula mencari kerja-kerja kosong di ibu kota.

Sebelum ini pun ada pernah cari dan apply tapi tak pernah dapat.

Mungkin Tuhan tahu isi hati saya yang sebenar yang cuma apply nak sedapkan hati dan sebenarnya saya dah selesa dengan kerja sekarang dan tak mahu pindah.

Hinggalah suatu hari saya bertekad untuk keluar dari comfort zone saya. Walaupun saya sedih tapi saya tak nafikan saya juga tak mahu hidup dengan gaji RM2,000 selamanya hingga saya pencen.

Alhamdulillah, saya dapat tawaran bekerja di syarikat engineering MNC terkenal di Kuala Lumpur dan dibayar 3 kali ganda dari gaji saya.

Saya terima tawaran tersebut dan bermula lah episode baru dalam kehidupan saya.

Tak lama saya bekerja di situ, saya tender resignation saya selama 2 minggu notis sebab kerja terlampau stress dan long working hours. Saya seorang yang suka pentingkan work-life balance.

Kerja stress, seorang kawan pun saya tak ada. Dalam kumpulan saya semuanya berbangsa lain dan cuma saya seorang Melayu buatkan saya rasa lagi terasing dan sunyi.

Hampir 2 bulan saya tak bekerja. Waktu itu cuma Tuhan je yang tahu perasaan saya. Setiap kali selepas solat saya menangis dan berdoa kerana saya terdesak nak kerja untuk saya teruskan kelangsungan hidup di KL.

Akhirnya saya dapat satu tawaran bekerja di sebuah syarikat kecil di sekitar Ampang.

Gaji tak sebanyak yang ditawarkan oleh syarikat MNC tapi lebih RM1,000 dari syarikat pertama saya bekerja.

Tapi kerja disini juga agak stress dan waktu off day atau weekend pun kadang-kadang saya kena standby dengan phone atas urusan kerja. Saya tiada kawan di office.

Bukannya saya tak cuba bergaul tapi masing-masing sudahpun berpunya kumpulan masing-masing. Sekarang saya cuma datang kerja, buat kerja dan balik.

Makan lunch pun seorang diri. Tak ada teman bergelak ketawa atau teman gossip di office dan saya constantly on the look out for new job openings.

Orang sekeliling dan keluarga saya tak faham. Sejak saya berpindah keluar dari syarikat pertama saya bekerja, saya seolah-olah ada masalah untuk adapt dengan environment dan orang baru.

Mereka asyik kata saya kerja mana-mana ada saja tak puas hati. Tapi orang tak faham situasi yang saya alami.

Bayangkan anda pergi kerja tak ada kawan. Tak ada teman berborak. Sehari boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut.

Setiap hari saya bangun rasa murung untuk pergi kerja. Rasa berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu waktu balik dan selalunya saya antara orang yang terawal akan punch out.

Setiap hari saya menangis dalam hati dan berdoa dengan harapan Tuhan permudahkan urusan kerja saya kalau betul ada rezeki saya di tempat lain.

Ataupun kalau tidak supaya Tuhan berikan saya kesabaran dan kecekalan untuk terus bekerja di sini. Saya cuma rasa sedikit frust sebab tak ada siapa yang cuba fahami apa yang saya sedang lalui.

Kalau kerja stress tapi anda ada kawan-kawan sepejabat yang baik dan satu kepala, mungkin stress itu tidak terasa tapi lain dengan saya.

Sudahlah kerja stress, di tempat kerja tak ada kawan. Saya rasa keseorangan setiap hari.

Sekarang saya dalam proses mencari kerja lain. Tolong semua mohon titipkan doa untuk saya dan semoga doa yang baik-baik itu berpaling kepada anda semua juga. Terima kasih..

– May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *