Nama aku Kak Yong, Anak pertama dari 4 adik beradik..
Sebelum mula story, aku nak cerita serba sikit pasal family aku ni.. 3 orang dari kami dah berkhawin, sorang je masih bujang..
Aku n anak² jer tinggal dengan mak, yang lain dah ada rumah sendiri. Weekend aku balik rumah sendiri sebab PJJ..
Cerita ni mula bila Ayah aku join kumpulan tabligh..
Dari situ aku selalu tengok mak aku menangis.. Luahkan macam² sebab tak puas hati, benda yang selama ini aku rasa mak ak buat ikhlas, now dah tak ikhlas sebab selalu mengungkit..
Tah la, kami ni tak nampak mana yang baik dengan orang² tabligh ni.
Bukan kami benci dengan mereka, tapi tak nampak mana Akhlak baik yang mereka bawa..
Dengan merokok, tak bergaul dengan jiran (jiran pon tak kenal), bawa kereta macam nak langgar semua orang..
Haihh macam² lagi, tu belom bab kebersihan diri kawasan sekeliling. Bela kucing, biarkan lepas sampai kencing berak kat rumah jiran..
Kadang² terpikir ni ke yang deorang selalu cakap “SUNNAH & BUAT KERJA KENABIAN”
Yang aku nampak deorang akan duduk dalam group sendiri je, tak de nak bergaul dengan jemaah masjid lain..
Kalau masjid buat aktiviti /ceramah or kuliah, mereka tak join pon.. Duduk tempat lain or 1 sudut lain, dan bukak kitab mereka sahaja..
Sejak ayah aku join tabligh deorang ni selalu la keluar² ni.. keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan..
Selalu keluar 3 hari tu ayah tak pernah pon tinggal nafkah kat mak aku, pandai² la mak ak nak hidup, mintak duit mak aku lagi ada la..
Dengan ayat, KITA NAK BUAT KERJA KENABIAN KENA LA BEKORBAN MASA, WANG RINGGIT, NIKMAT DUNIA…
Ayah aku pernah keluar 40 hari ke miri sarawak, bila tanya buat ape kat sana.. Dia akan cakap BUAT KERJA KENABIAN, AJAK ORANG PERGI MASJID, DUDUK DALAM JEMAAH n BACA TAALIM..
Dah la pergi sana mintak duit mak aku.. Dia just bagi duit RM200 SAHAJA NAFKAH UNTUK 40 HARI, tu pon mak aku paksa bagi.. Kalau tak, ayat dia macam biasa..
Now konon nak up level sikit, so dia nak keluar 4 bulan pulak..
Nak keluar 4 bulan ni dari tahun lepas lagi kami dengar, tapi ayah aku tak pernah nak simpan duit ke, kerja lebih ke untuk dapat duit, yang dia tahu INSNYALLAH ALLAH ADE LA TU..
Dengan tak ada tinggal sesen nafkah, ayah aku pergi lagi kali ni. Dengan tinggalkan macam² masalah pada kami.. Mintak duit mak lagi ada la..
Aku tak paham, memang orang tabligh macam ni ke??? Betul ke orang tabligh ni tak payah kerja, hanya BERSERAH je pada ALLAH TANPA USAHA??
Apa sebenarnye yang disampaikan orang tabligh ni selain ajak orang ke masjid??
Tapi kenapa aku selalu nampak geng ayah duduk markas dia, tak solat kat masjid pon padahal dekat je.. Haihh tak paham..
Memang nafkah tak payah bagi da ke bila da join tabligh?? Dengan alasan REZEKI ALLAH DAH ATURKAN UNTUK SETIAP ORANG..
So doa n tunggu jer la.. Usaha?? Mintak bini, nanti bini bagi, tu kire usaha dia la kot ..
Mak aku selalu sedih n menangis bila tengok cara ayah aku ni, dengan nafkahnye culas..
Kadang² kami rasa mereka ni macam penunggang agama je.. Ambil agama mana yang sedap kat mereka.. Hat lain, abaikan n rasa diri tu hebat.. Confirm syurga..
– Kak Yong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit