Horror Yang Tak Berapa Horror II

Ada permintaan eh untuk cerita horror ni haha. Untuk yang tak baca lagi part 1 boleh tekan sini, (https://iiumc.com/horror-tak-berapa-horror/).

Maaf, aku pikir ramai tahu term “Abang Candy” sebabkan aku memang tak suka address kan benda ni dengan nama betul sebab orang kan cakap kalau kita asyik sebut nanti dia datang.

Untuk pengetahuan, aku memang hijab terbuka dari kecil cuma makin besar makin teruk.

Penat lah asyik takut setiap kali nampak. Untuk pengetahuan korang, orang macam aku akan cepat penat if aku keep on takut and nampak this hantusss.

Jadinya aku akan turn kan ketakutan kepada something yang funny. Sebab aku pun jenis tak suka berfikir dan redho haha.

Aku ada terbaca komen yang akak tu cakap kenalan dia diganggu dengan barang di alih kan?

Aku pun kerap benda ni terjadi.

Ini jadi masa zaman-zaman spm dulu. Aku lebih suka bilik yang sempit berbanding bilik yang luas. Sebab pernah sekali aku tidur, then aku terjaga pagi2 buta.

Aku nampak ada satu susuk tubuh sedang peluk kaki sendiri. Alaa macam orang yang sedih acah healing yang kaki angkat atas tu, susah la nak explain haha. Faham2 lah.

Bohonglah kalau tak terkejut, tersentak jugak tapi bila aku fikirkan lagi 3 jam untuk aku bangun pagi aku decide untuk sambung tidur lepas aku baling bantal aku ke arah susuk tubuh tu..

Ingat! Tido is important untuk mulakan hari yang bertenaga.

Ohh ya pasal barang. Bilik aku memang sentiasa dibaling barang.

Aku tengah study di meja study. Rak pensil aku yang terletak elok di tepi aku boleh jatuh nun jauh di hujung katil secara tiba2. Awal2 memang aku takut lama2 aku jadi geram sebab sapa lagi nak kutip selain aku?

Sebabkan selalu diganggu sebegitu rupa. Korang pernah merasa zaman atuk2 nenek2 kibas penyapu lidi di dinding untuk halau hantu?

Arwah tok aku selalu buat macam tu if aku dan sepupu lain kerap nangis waktu kecil dulu. Ni bukan syirik ya ini mainan psikologi.

Tiap kali barang jatuh aku akan terus capai penyapu then libas ke arah kedudukan barang yang dibaling.

“Ha!! Amek !! Aku libas kau biar sampai cirit!! Sapa nak kutip ni hah?!”

Ye la, nampak macam orang tak betul disitu. Dengan baju kelawarnya aku pegang peyapu lidi then libas. Hantu pun confuse ni manusia ke pawang gila.

Oh btw jangan risau aku tak buat benda2 syirik ni sebab tak baik menyekutukan tuhan. Apa aku buat aku akan banyakkan baca ayat kursi dan istighfar.

Pernah korang tengah study, then ada some of kepala keluar dari tirai bilik korang?

Tapi ketakutan akan dapat diatasi dengan kekuatan dan bukan kesombongan.

Aku pernah diganggu akak sunsilk (pontianak) waktu balik dari kerja dalam pukul 10 malam.

Sebabkan aku hanya seorang budak kampung, jadinya boleh agak kan jalan rumah macam mana. Tengah aku seronok membebel sorang2 atas motor, mata aku galak nak tengok side mirror.

Lah nampak akak sunsilk pandang aku melalui side mirror tu. Eh ter eyes contact!

Tapi jangan panik sebab akan sunsilk akan tau kita takut. Apa yang aku buat, aku sekuat hati kibas belakang aku then jarakkan badan aku ke belakang. Ala2 nak merempit gitu.

Sampai je rumah, aku ludah kiri tiga kali then baca surah2 yang patut. Barulah masuk rumah then makan hehe.

Aku pun pernah tegur hantu yang tengah mencangkul sebab aku ingatkan tu jiran aku. Confident teruk aku sapa pakcik tu yang tengah mencangkul waktu azan maghrib tengah berkumandang.

“Pakcik oii, apa dicangkulnya maghrib2 ni” tapi pakcik tu tak pusing pun. Aku pun masuk rumah then aku bagitau mak aku. Biru muka mak aku.

“Pakcik tu dah meninggal 3 hari lepas” mak aku cakap.

Kawan-kawan aku pun tak berani datang rumah aku sebab pernah waktu zaman study, diorang datang ke rumah untuk siapkan assigment beramai-ramai. Kitorang pun duduk la di pondok luar rumah aku sampai malam.

Tiba2 kitorang dengar satu bunyi dentuman yang kuat then bergolek dari arah bumbung jiran aku. Panik kawan2 aku.

“Kucing buat backfilp tu” ujar aku sambil menyambung menaip. Dah la crush aku pun ada.

Baru nak buat laki, lah dia pun lari belakang aku. Tak jadi lah. Harap je muka hensem.

Masa bunyi golekkan tu, aku ada la nampak sesuatu yang seakan bentuk bulat dan berbulu bergolek jatuh ke bawah tapi palaukan je asalkan assigent siap. Tak kan aku nak kata punca aku tak siap assigment sebab hantu kacau.

Aku pun kerap kena hon dengan kereta or kenderaan yang lalu saing dengan aku. Bila aku turun untuk tengok apa yang tak kena, then aku faham lah. Diorang hon benda lain.

Pandai2 korang lah. Asalkan aku tak nampak.

Hantu tandas memang sentiasa ada ya sampai sekarang. Jahat korang kata aku berak busuk sangat. Hantu tu yang suka main flush.

Tapi, aku sekarang tengah cuba nak beza kan realiti dan hantu. Penat woo asyik salah tegur.

Setakat ni memang banyak kali aku salah tegur “orang”. Tapi alhamdulillah tak dak lagi yang ikut balik.

Kalau luar rumah, aku akan kena ganggu bila aku akan sentiasa dengar seakan ada sesuatu yang berat berjalan atas syiling. Like bunyi pasir. Orang cakap itu akak sunsilk.

Tapi before aku tau itu akak sunsilk, tiap kali bunyi aku akan ketuk syiling pakai batang mop. Sebab aku pikir kucing.

Korang tau cerita makmum?

Disebabkan aku memang solat malam, pernah sekali aku tengah solat, aku rasa macam ada bayang di belakang aku tengah ikut aku solat. Orang cakap jin islam.

Tapi islam ke tak ke. Solat aku hauk. Terus tak khusyuk. Habis je aku bagi salam. Terus aku libas sejadah ke belakang. Jantung aku jangan cakap la, laju macam baru habis lari marathon.

Setakat ni alhamdulillah lah tak ada gangguan yang teruk sampaikan kena rasuk atau apa. Sebab kalau dah sekali kena rasuk, kemungkinan untuk dirasuk lagi akan tinggi.

Yang jenis acah2 kena rasuk ni, aku cukup tak faham. Waktu aku di asrama dulu ada orang siap acah-acah dirasuk tau. Macam mana aku tahu?

Orang yang dirasuk kan memang tak tahu kan apa dia buat tapi lain dengan orang yang sengaja merasuki diri sendiri ni.

Aku kalau nampak orang yang merasuki diri sendiri ni . Aku akan jerit satu ayat je. “Bogel kan dia!!”

Ni bukan sexual harrasment ya. Tapi tips ni berkesan. Kalau orang tu kasi reaction terkejut memang dia sengaja tapi kalau kau kena smack down time tu, cabut lari la.

Lepas je aku cakap macam tu, terus aku pegang baju orang yang kononnya dirasuk tu.

Lah kena maki “eh bodo ke nak bukak baju orang”

See? Kan kantoi situ. Sampai sekarang budak perempuan tu benci aku.

Mungkin sebabkan hantu terlampau banyak kacau aku, jadinya aku tak ada masa nak mengorat orang. Lahh kan dah single.

By the way aku ada tips yang aku dapat.

If korang kena kacau dengan abang candy, untuk hilangkan abang candy tu, korang kena cabut kain ikat kepala dia. :d

Okay la cukup share harini.

Hopefully korang punya life sentiasa diberkati dan doakan juga aku untuk jadi muslimah yang disayangi ilahi. Bye2..

– Seketul Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *