Horror Tak Berapa Horror

Hi readers sekalian. Aku nak ceritakan serba sedikit mengenai diri aku yang more kepada horror story.

Aku ni agak bad luck dalam romance story tapi tersangatlah luck dalam horror. Aku dari dulu memang menjadi podcast bergerak kepada kawan-kawan aku.

Aku dari kecil memang dan “dihantui” oleh hantu yang tak pernah penat untuk kacau aku. Bukan dengan hantu ja kena kacau dengan manusia pun kena ghosting.

Aku tidur kena kacau, aku mandi kena kacau, aku tengah broken pun kena kacau. Tah la apa yang best sangat kacau aku pun tak tahu.

Sehingga lah hidup aku dah mencecah 25 tahun, manusia pun dah penat melayan hyper aktif aku tapi tidak bagi hantu-hantu sekalian.

Kisah bermula apabila dahulu (5 tahun) aku balik dari rumah mengaji, aku ternampak suatu benda terbang yang bercahaya dari atas langit.

Btw tempat aku mengaji adalah typical tepat mengaji kampung. Haa korang bayanglah.

Aku pun balik lah dari tempat mengaji pada pukul 10 malam berjalan kaki berseorangan dari tempat ngaji ke rumah.

Semasa aku sedang seronok balik mengaji, mata aku tertacap kepada sesuatu seperti bebola api yang lalu diatas langit. Cerah dan menyala. Aku terkedu lalu terfikir.

Cepat-cepat aku berlari pulang ke rumah dengan bertemankan selipar jamban dan beg hello kitty yang dah koyak rabak, aku menjerit memanggil emak aku yang tengah menyiapkan makan malam.

“mak!! Kak nampak taik bintang terbang slow motion !!” YES! Aku teruja.

Nak tahu benda lagi bengap? Siap buat hajat kau haha. Alaa zaman kecik2 tengok cerita mat saleh kalau nampak taik bintang kena buat hajat. Syikin betul.

Ini lah permulaan kisah horror story dalam hidup aku.

Naik ke sekolah rendah, aku makin banyak diganggu. Bohonglah kalau tak takut. Budak2 lagi kut. Kemmon ah.

Korang ingat tak program sekolah rendah yang tidur dekat sekolah then ada program nangis2 tu? Alaa yang selipar banyak2 depan rumah tu.

Nak dijadikan cerita, pada waktu kejadian, program tu berjalan di kantin sekolah dimana ibu bapa akan turut serta. Acara “adik2 cuba bayangkan..” pun bermula. Aku tengok kawan2 aku dah ter esak2 menangis tapi tidak bagi aku.

Aku pura2 bunyi menangis tapi mata aku melilau ke arah bangunan lama sekolah aku yang terletak betul2 berhampiran kantin. Bangunan yang gelap dan suram sebabkan sekolah rendah aku memang sekolah yang tertua di situ.

Sambil buat bunyi menangis, tup! Mata aku tertacap pada seketul benda yang berwarna putih sedang melompat dari aras bawah kelas. Terus terhenti tangisan aku.

Aku pula sejenis yang kalau curious tu memang mata tak lepas pandang. Sehingga lah abang candy berhenti dan memandang ke arah kami semua. Situ baru aku start nangis.

Acara pun berlarutan sehingga semua murid diminta untuk pergi memeluk ibu bapa masing-masing.

Aku rasa mak ayah aku terharu tengok aku menangis teresak-esak.

“Tak apa kak, mak ayah sayang kakak.” ucap parent aku sambil peluk aku

“Kakak, nampak hantu, tu ada dekat depan kelas kakak dekat bangunan sana.” ujar aku perlahan.

Terus terhenti nangis parents aku.

Cukup untuk sekolah rendah even ada banyak lagi cerita.

Masuk ke alam sekolah menegah, disebabkan aku ulat buku yang tak berapa ulat. Aku akan stay dalam kelas sengsorang untuk study after habis waktu sekolah.

Sedang aku ralit membaca, tiba3 rasa nak terkencing. Terkedek-kedek la aku sengsorang ke tandas yang nun jauh di hujung bangunan.

Punya la tak sopan hantu ni. Waktu aku tengah melepas hajat. Boleh dia main tarik flush sebelum aku habis.

Gabra tak? Eh ofkos kau aku gabra. Tapi tak kan nak berhenti tengah jalan haha.

Sambil tutup mata aku buat apa yang patut. Perlahan aku keluar dari tandas. Elok saja aku keluar tandas, pintu tandas yang aku guna tadi terhempas kuat.

“marah betul” ujar aku. Aku sambung membaca dalam kelas. Dan aku decide untuk balik bila pintu kelas aku seakan dketuk kuat. Dalam hati terdetik “mesti masa hidup kerap ponteng kelas ni”

Di rumah pulak, aku sejenis yang akan stay up sehingga 3 pagi untuk belajar. Suatu malam yang hening, tiba2 kucing aku yang berada dalam sangkar belakang bilik aku bunyi seakan sedang bergaduh.

Aku dengan confident “aiip!! Diam2. Orang nak study ni” ujar aku.

Kucing aku betul diam. Tapi tak lama lepas tu, tingkap bilik aku seakan ada sesuatu yang cuba membuka.

Erm camne nak cakap eh. Kan tingkap aku old school punya tingkap yang tingkap biasa tu. Kan ada lock kan. Haa dia macam ada tangan tengah cuba untuk buka dari luar dan bunyi dia tersangatlah bising.

Aku agak terkedu sebab tiga pagi kut. Dah la jarak aku dengan tingkap tak sampai 500 meter pun.

Aku hanya perhatikan tingkap tersebut tapi dalam masa yang sama tinggal lagi 2 soalan sains berkenaan kromosom yang hampir complete.

Disebabkan aku terlalu takut. Aku baling kamus dewan bahasa edisi ke empat ke arah tngkap. Terus diam bunyi kopekkan tersebut. Aku tersenyum puas dan menyambung menjawab dan salah 3 soalan, haih frust betul.

Keesokkannya aku tengok cctv rumah, ada ternampak bayangan seakan orang tua sedang berdiri di hadapan sangkar kucing aku.

Naik tingkatan enam, aku kerap diganggu di tandas kolej. S3xual harrasement betul.

Disebabkan aku salah seorang pelajar yang perlu menghadiri ke tusyen pagi bagi student target, aku memang akan awal ke kolej sebabkan tusyen tu bermula sebelum sesi kelas bermula.

Apa yang aku buat? Aku akan lari menyorok di tandas :) sebabkan sapa je nak buat soalan quiz tiap2 pagi. Dalam masa aku tengah monyorok, aku ternampak seketul kepala yang berada di tandas sebelah.

Macam mana aku tahu? Aku mana tutup pintu tandas. So aku nampak di cermin tandas. Cuak juga sebab masa tu pukul 7 pagi tapi kalau aku keluar tandas, sah2 kena tangkap dengan cikgu.

Aku pura2 tak nampak dan kena timing, perut aku sakit. Dalam masa aku tengah melepaskan hajat, sekali lagi flush ditarik dan bunyi tarik tali flush tu seakan direntap kuat. Aku memang tak pandang dah. Pergi mampus ah.

Cukup untuk tingkan enam.

Masuk universiti, aku pikir dah habis episod dikacau rupanya tidak!

Kalini seketul dia kasi. Abang candy berdiri betul2 dihadapan aku sewaktu aku pulang dari cafe nak ke kolej kediaman. Demam ye aku esoknya.

Tak habis disitu, sekali lagi hantu tandas rajin tolong flushkan untuk aku. Assistant tak berbayar.

Erm cukuplah kut. Tu je nak share2 kan pengalaman. Nak share pengalaman bercinta, hmm single lagi. Cerita pasal hantu la kalau camtu. Hehe..

– Seketul Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *