Pendamaian Perang Parent Aku

Sebelum ni aku ada buat confession tajuk Demi Anak-anak (https://iiumc.com/demi-an4k-an4k/).

Bila aku baca ada yang tanya kantoi apa? So aku nak jawab kat sini sambil cerita la sedikit macam mana mak bapak aku berdamai.

Untuk pengetahuan semua, bapak aku kantoi sama la sebab dengan Abam Sol tu.

Tadi bila aku tengok video Abam Sol post aku rasa macam déjà vu pula. Hampir sama la dengan kisah mak bapak aku.

Sama macam isteri pertama Abam Sol, bila bapak aku kantoi mak sku memang maki je bapak aku. Cakap sikit je melenting.

Bapak aku pula sama macam Abam Sol senyap je. Cuma dia tak block la mak aku sebab masa tu tak ada WhatsApp lagi. Tapi bapak aku still balik rumah la.

Mereka cuba berbincang tapi sebab bapak aku ni perangai macam Abam Sol, end up benda jadi gaduh besar bila bapak aku buka mulut.

Aku pernah cakap kat diorang jangan la gaduh lagi tapi jawapan diorang urmmm…

Bapak aku menyalahkan mak aku sebab bising-bising, maki-maki, peril-perli dia, kira tak hormat dia la sebagai seorang suami.

Mak aku pula cakap, dia bila cakap dengan bapak aku, dia jadi sakit hati bila teringat yang bapak aku ni ada perempuan lain tu yang menyebabkan dia marah-marah dan cepat melengting.

Kalau Abam Sol berkomunikasi dengan wife dia melalui bibik dan keluarga dia, mak bapak aku pula melalui aku. Stress weh jadi alat komunikasi laki bini bergaduh ni.

Aku rasa kalau tanya bibik Abam Sol pom dia akan cakap sama. Dekat 2 tahun jugak aku jadi alat komunikasi mak bapak aku.

Dipendekkan cerita, bapak aku berpisah dengan skandal dia. Aku tak tahu la bapak aku yang tinggalkan perempuan tu ke atau perempuan tu yang tinggalkan bapak aku.

Tapi menurut mak aku, duit bapak aku dah berpuluh ribu dah habis kat skandal dia, jadi aku dengan mak aku syak bapak aku kena scam la.

Pernah tanya bapak aku dia kena scam ke tapi dia tak ngaku, dia senyap je. Aku tanya berapa jumlah pun dia tak cakap.

Tapi dari kira-kira yang aku buat berdasarkan kesemua buku bank bapak aku, ada lah dalam RM70K ke RM80K macam tu.

Lepas dari bapak aku putus, mak aku dah lain dengan bapak aku. mak aku cakap bapak aku mengaku salah dengan dia lepastu minta maaf.

Bukan itu saja, bapak aku pun minta maaf dengan aku juga. Lepas tu aku bukan lagi alat komunikasi diorang.

Mak aku masih marah, masih merajuk tapi atonansi suara bercakap dah tak maki-maki macam sebelum tu Cuma masih dalam nada merajuk. Yelah benda bukan senang nak lupakan.

Bapak aku pun lepas tu banyak la mengalah dengan mak aku dan berusaha pujuk mak aku. Nampak la perubahan bapak aku.

Kalau dulu bapak aku keturunan Haji Bakhil lepas apa yang berlaku dah makin kurang bakhil dia.

Dia pun kalau mak aku peril-perli redha je tadah telinga sebab dia tahu dia salah. Makan tahun juga la hubungan mereka nak pulih.

Nasihat aku la untuk lelaki yang mengalami masalah yang sama macam Abam Sol dan bapak aku, awal-awal kantoi tu sila lah putuskan dengan skandal kalian. Balik ke bini anda, mengaku salah dan minta maaf.

Sebab perempuan ni jadi marah-marah, cepat melenting macam tu sebab dia sakit hati.

Yelah siapa tak marah, time sakit, time susah dengan bini tapi bila dah senang sikit kau cari perempuan lain. Memang mana-mana bini pun akan marah la.

Tak perlu nak berbincang tak perlu nak beri penjelasan bila dah kantoi tu. Putuskan terus, mengaku salah dan minta maaf.

Walaupun anda rasa diri anda tak salah atau anda rasa anda mampu, anda still kena buat macam tu juga. Lepas tu Pujuk bini lah tu sampai amarah dia reda. Lepas tu baru bincang dan bagi penjelasan.

Sebab Wanita ni penuh emosi kalau masa kantoi tu kalian buat macam Abam Sol, 10 tahun tak settle.

– PakmaBakawali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *