Luahan Hati Seorang Mama II

Untuk part I, (https://iiumc.com/luahan-hati-seorang-mama/).

Alhamdulillah luahan hati mama tersiar juga. Terima kasih pada IIUM Confession. Segala komen2 yang positif diambil dan yang negatif diketepikan..

Maaf, mama tak bercerita sepenuhnya sebelum ini kerana mama ringkaskan perjalanan hubungan Edi dan Sarah. Ada beberapa perkara yang tidak boleh dinyatakan disini.

Tak mengapa mama boleh terima akan anggapan netizen yang mengatakan Edi anak mak. Hanya yang menanggung perasaan ini sahaja lebih mengetahui.

Sebenarnya Sarah dn Edi bercinta secara PJJ n Sarah yang memulakan salam perkenalan dan menunjukan keterujaan untuk mengenal Edi dengan lebih dekat lagi.

Sarah mengenal Edi melalui kawannya kebetulan ketika itu Sarah sering mengadu masalah tentang bfnya yang dahulu pada kawan Edi dan memberi cadangan untuk mengenalkan Sarah pada Edi.

Tak lama kemudian Sarah menghubungi Edi dan bermulalah kisah mereka.

Mereka berhubung hanya melalui telefon sahaja kerana ketika itu PKP sedang dilaksanakan dan mereka tidak dapat bersemuka.

Adakala Sarah turut bercakap dengan mama sekadar berbual biasa dari situ kemesraan Sarah dengan mama terjalin.

Jun..

PKP berakhir dan dibenarkan merentas negeri. Mama sekeluarga pulang ke kampung dan kebetulan Sarah duduk dinegeri yang sama.

Inilah kali pertama mama seisi keluarga berjumpa dengan Sarah dan kami menerimanya dengan baik kerana Sarah mudah menyesuaikan diri serta ramah dan Edi mengambil kesempatan itu dengan mengenal lebih rapat lagi Sarah dan ibunya.

Mama mengatakan pada Edi kalau mahu berkawan secara betul jumpalah ibunya dahulu agar ibunya memberi izin berkawan dengan anaknya.

Alhamdulillah ibunya senang dengan Edi, kerana mama tak suka anak mama berjumpa anak dara orang tanpa izin ibunya.

Begitulah seterusnya bila Edi ada cuti panjang akan pulang ke kampung dan bertemu dengan Sarah. Biarpun jarak memisahkan mereka, Edi tetap mengambil berat tentang Sarah.

Mama sentiasa ingatkan Edi agar jaga hati Sarah dan hubungan PJJ memang akan ada ujian dan kena kuatkan hati kerana Allah yang pegang hati kita. Semuanya berjalan dengan. lancar hinggalah pada awal Ogos.

Ogos..

Edi mula merasakan perubahan pada diri Sarah kerana sentiasa mencari kesalahan Edi. Kebetulan ketika itu mama pulang ke kampung tanpa Edi.

Mama mengambil kesempatan berjumpa dengan Sarah dan bercerita hal biasa2. Dan mama juga menanyakan hal utk bertunang pada tahun hadapan.

Sarah memberi banyak alasan tidak seperti sebelum ini, mama anggap Sarah tak bersedia lagi untuk next level dan mama pun tak mendesak. Sarah ada menanyakan pada mama, Edi ada bercerita apa2 tentang mereka?

Mama hanya kata Edi tidak cakap apa2. Hanya Edi ada meluahkan rasa terkilan kenapa Sarah tiba2 hidekan post gambar mereka.

Sarah mengatakan nak privacy dan tak nak heboh2 takut tak jadi antara mereka, mama tetap bersangka baik dengan alasan itu dan itulah kali terakhir mama berjumpa dan bercakap dengan Sarah.

Sikit2 timbul perbalahan antara mereka. Mama hanya dapat menasihati Edi supaya bersabar dan tenangkan diri.

Tapi itulahkan.. orang dah tak suka sekecil2 benda pun nampak salah dimata Sarah dan bila kerap kali minta untuk putus maka Edi dengan berat hati terpaksa akur akan kehendak Sarah.

Mama harap dengan penjelasan ini, kepada yang memberikan komen2 negetif sebelum ini dapat menilaikan semula. Adakah Edi ini anak mak? Dan salahkah seorang anak lelaki lebihkan ibunya?

Sepatutnya seorang yang wanita akan bersyukur jika mempunyai seorang lelaki mendahului ibunya tanpa mengetepikan tanggungjawab pada yang lain.

Mama tidak pernah memaksa Edi kerana Edi sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *