Assalamualaikum, warga IIUMC sekalian. Saya berharap admin dapat approve luahan saya pada waktu yang genting ini. Kebanyakkan daripada kita dalam persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal tiba nanti, kan?
Untuk pengetahuan semua, saya merupakan mahasiswi CFS IIUM 1st year dalam bidang yang boleh tahan mencabar saya untuk pass exam EPT dan APT pada minggu taaruf week 1617 yang lalu. Pada awalnya, saya berasa sedih dan agak kecewa kerana tidak exempted EPT dan APT lalu menyebabkan tempoh pengajian saya dipanjangkan setengah tahun lagi. Namun begitu, setelah diteliti, ternyata mengikuti subjek LEM dan LQM tidaklah seperti dalam sangkaan saya. Melalui subjek itu, saya dapat memperbaiki lagi segala kekurangan saya dari segi tatabahasa, penulisan mahupun pertuturan memandangkan bahasa perantaraan sewaktu kuliah ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Saya amat bersyukur dapat menuntut ilmu ini.
Akan tetapi, saya mempunyai masalah untuk memahami subjek Islamic Revealed Knowledge serta Islam and Other Religions sejak daripada awal kuliah lagi. Saya amat risau kerana subjek ini menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Walaupun keputusan bahasa Arab saya baik untuk peringkat SPM yang lalu, tetapi untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran tidak memadai. Saya takut jika saya mengalah pada awal perjuangan ini kerana saya merupakan anak sulung di dalam keluarga memandangkan keluarga saya bukanlah berlatarbelakangkan yang kuat beragama. Mereka amat mengharapkan saya untuk berjaya kerana saya sahaja yang berjaya menjejakkan diri ke gedung Ilmu yang menerapkan nilai Islamik di dalam diri. Sudah semestinya tekanan yang amat hebat terkena pada diri ini. Menjadi harapan yang utama dalam keluarga kan? Hmm.
Tambahan pula, ketika saya kembali bercuti raya ke tempat kelahiran saya, hampir kesemua sepupu saya bertanyakan soalan yang amat mengguris hati saya.
"Ok kah juga kau sana?"
"Kenapa kau balik sini?"
"Best juga kah sana?"
"Tidak juga kau nangis kan?"
Siapa juga tidak rasa rendah di mata mereka dengan soalan-soalan yang diajukan oleh mereka kerana saya dianggap manja dan tidak boleh survive di negeri orang. Walaupun masalah saya cuma tidak dapat memahami bahasa Arab sepenuhnya, saya dapat menyesuaikan diri. Seronok rasanya dapat hidup berdikari.
Oleh itu, saya berharap sesiapa yang terbaca luahan hati saya mungkin dapat berkongsi tips agar cepat untuk memahami bahasa Arab. Hakikatnya, saya terlalu lemah juga untuk mengarang karangan bahasa Arab kerana kekurangan kosa kata. Terima kasih yang tidak terhingga bagi yang sudi menolong saya. Salam Aidilfitti buat semua. Minta maaf sekiranya luahan hati saya kurang difahami huhuhu.
Salam sayang…
– Gadis Perantau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sy juga dulu menghadapi masalah yg sama… malah ada subjek yg kna resit. Alhamdulillah berkat sokongan rakan2 n pensyarah sy blh grad. Kena kuatkan semangat. mula2 mmg rasa susah tp lama2 insha Allah.. sbb b.arab sy x brp baik sy amik comparative religion yg byk menggunakan b. inggeris.. jgn give up… good luck n tahniah
Naluri sabah aku mengatakan kau ni orang sabah, betul ke?
Sebab komen cousins dia kan? ?
Hha iya, sabah mari. D kl ni senang btl mo tau org sabah ka ndak. Pekat ba rupany loghat sabahan ni. Hha.