Luahan Hati Yang Tak Terluah

Hi dan Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Nama aku, A mestilah bukan nama sebenar. Aku nak meluah dan minta untuk korang pembaca doakan aku dan kawan-kawan. Aku mintak maaf kalau penulisan aku ni berterabur sebab aku memang tengah broken teruk.

Ok aku mulakan kisah aku. Aku belajar di salah sebuah negara Timur Tengah dalam bidang perubatan. Dah tahun 4 alhamdulillah. Aku dan kawan-kawan aku memang aku boleh katakan 98% datang dengan tajaan. Mostly kami dari kelas pertengahan dan ada yang B40.

Aku nak luah kenapa aku broken teruk. Kadang aku rasa dah hilang harapan dah. Tak tahu kenapa Allah takdirkan aku ada di posisi ni. Aku masuk ke universiti ni pada tahun 2015. Sepatutnya aku dah tahun 6 tapi aku terpaksa ulang tahun 2 kali.

Pertama kali aku nak merayu sangat-sangat tolong jangan kecam. Aku tengah broken sangat jadi aku takkan dapat terima kecaman saat ni. Aku tahu salah aku, mungkin nasib pun tak baik tapi salah satu sebab aku tak lepas tu pun sebab emosi aku broken waktu tu.

1st time aku fail 1 subjek menyebabkan aku tak dapat naik tahun, adalah subjek yang bagi aku sangat menguji aku. Topik genetic bagi aku adalah topik yang sangat berat untuk aku hadam. Jadi aku gagal 1 subjek dengan hanyak beberapa markah lagi je nak lulus.

Kali kedua aku gagal sebab aku emotionally broken. Sangat-sangat dan salah satu faktor rakan sekelas jugaklah. Ada kata-kata seseorang yang buat aku doubt diri aku.

1st exam aku gagal 3 subjek kesan dari emotional instable sampai sambil study pun aku menangis. 2nd exam alhamdulillah 2 subjek aku lulus tinggal 1 subjek tak lepas.

Ni pun tak sampai 10 markah lagi aku nak lulus tapi tulah. Masa jawab exam tu rasa ok tapi diuji lagi sekali. Takpalah semua tu dah berlalu. Sekarang aku tahun 4 dan berbaki lagi 2 tahun.

Sejujurnya bila dua kali aku gagal, memang aku sangat-sangat persoal diri aku. Mampu ke aku? Banyak kali aku doubting myself.

Tapi aku teruskan sebab aku bukan anak millionaire nak bayar balik biasiswa beratus ribu kalau aku stop tengah jalan. Ok uni kami ni memang dah tak ramai Melayu, jadi problem pihak uni buat kisah tak kisah.

Sepatutnya pelajar Malaysia akan belajar asing sebab kelas dalam Bahasa Inggeris tapi sadly, batch yang sepatutnya aku kat situ pun terpaksa campur dengan bangsa diorang (Arab) dan prof ajar banyak dalam bahasa Arab.

Bukan dalam arab fushah yang dalam Al-quran tu tapi Arab Pasar. Batch diorang ramai lah dari batch aku sebab kami 4 orang je. Diorang 20+++.

Batch atas aku pun dalam 20++ tapi campur jugak. Sadly bila diorang mintak diajar dlm bahasa Arab ada lecturer yang refuse sedangkan yuran kami mahal nak banding dengan orang local.

Maybe boleh tolerate lagi kalau professor boleh balance ajar dalam kedua-dua bahasa tapi bila diorang refuse, dan dengan apa yang jadi ni, aku tak tahu lah nak cakap nasib aku nanti macam mana bila masuk tahun 5 dan 6.

So ni memang buat aku broken. Kalau bawak benda ni ke pegawai bahagian Education Malaysia pun entah lah.

Macam aku dulu, kami bawak benda ni tapi menyedihkan pilihan yang tinggal hanya tukar ke mainstream.

Bila ada kawan aku yang cuba, pegawai suruh urus sendiri then pergi ke bahagian pengurusan, diorang cakap tak boleh ubah. Ye, yuran kami mahal dalam USD. kalau yuran orang tempatan tu dalam 400 ringgit je setahun.

Kalini aku jadi broken dan doubt balik diri aku. Aku dah utarakan hal ni ke penaja kami tapi sampai harini masih tiada jawapan.

Nak memandai transfer kredit balik Malaysia, boleh tapi kena ke IPTS dan terbatal perjanjian. Dah la yuran IPTS mahal dan aku tak mampu (mostly kami tak mampu sebab aku dah mention kami penerima biasiswa) kena bayar balik pulak tu beratus ribu ke penaja.

Walaupun kelas aku setakat ni full dalam English dan asing, tapi tengok nasib batch atas kami kemungkinan besar kami nanti akan mengahdapi hal yang sama. Aku jadi stress bila fikir dan rasa dah tiada semangat nak buat apa pun.

Harapan aku, penaja kami bolehlah bagi berita gembira walaupun dah setahun menanti. Perangai Arab tempat aku duduk ni, memang sedia maklum nak duit tapi, aku tak tahu lah nak describe macam mana. Ramai professor yang baik tapi racist ke? Nak cakap racist tapi macam keterlaluan.

Aku broken teruk. Mesti kalau yang kenal aku baca ni memang diorang tahu siapa aku tapi kalau tahu tu diam sudah. Tak payah nak tag atau mention aku. Sedih lah sebab kalau belajar tak faham, atau hanya berpaksikan buku tapi tak faham pensyarah ajar, patut ke?

Salah ke kalau aku doakan perkara tak baik atas apa yang diorang buat? Entahlah. Kadang aku terdoa sebab diorang ni sangat annoying dan menyakitkan hati. Ignorance tahap tak boleh bawak bincang buat kadang aku lable diorang semua sama, ‘******’.

Aku tak tahu nak mintak korang doakan apa, tapi doakanlah kami, pelajar melayu yang masih berbaki di universiti aku ni. Kami tertindas tapi bila kami suarakan pada pihak sepatutnya, tindakan tu…

Entahlah. Mungkin kalau antara kami anak pihak atasan baru akan ada tindakan yang lebih baik diambil.

Tak tahu nak mintak korang pembaca doakan apa untuk kami secara spesifik, tapi kalau confession aku ni admin approve, doakanlah supaya urusan kami dipermudahkan, semua naik tahun setiap dan semua batch grad ‘on time’.

Batch aku adalah batch terakhir pelajar melayu yang ikut agreement ni, jadi doakan semua orang dalam batch kami naik tahun setiap tahun dan grad awal tahun 2024 (sebab sistem kami 6 tahun).

Oh nasihat terakhir aku kepada yang bercita-cita nak sambung ke Timur Tengah, korang survey dulu ye sebelum apply mana-mana universiti. Sebolehnya cari senior yang masih belajar di sana supaya korang tak terkejut nanti.

Ikhlas luahan hati dari aku, A yang dah hampir hilang kekuatan berpaut pada tali kekuatan.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *