Luahan 1steri Yang Bekerja Dari Rumah

Nama aku Aqilah dan aku dah setahun lebih mendirikan rumah tangga.

Aku tiada tempat mengadu sebab ini melibatkan hal dalam kain, aku harap bila berkongsi di sini ada pembaca yang boleh beri nasihat serta pandangan mengenai masalah yang aku hadapi sekarang.

Aku bekerja dari rumah dalam bidang teknologi, dan aku sekarang sedang sarat mengandung anak pertama. Ramai orang cakap aku beruntung tak perlu hadap jem dan habis minyak serta masa di jalan.

Aku bersyukur, tapi bekerja dari rumah tidak juga mudah. Waktu kerja aku flexible, tak perlu cukup 8 jam tiada office hours.

Tapi kadang aku akan busy siang dan kebanyakkan masa aku akan busy petang sampai malam disebabkan teammate aku dari EMEA dan US.

Pernah ada masa aku duduk depan laptop dari jam 9 pagi sampai 10 malam, hanya bergerak untuk makan, solat atau ke tandas.

Sebagai seorang yang berbadan dua, kudrat aku memang tak kuat untuk bekerja macam ni.

Aku tak keluar rumah jumpa orang dan masa dihabiskan dari isnin sampai jumaat di rumah.

Kadang teringin nak keluar makan malam kat luar, tapi ada meeting yang memerlukan aku untuk bercakap. Jadi memang terpaksa tunggu hujung minggu.

Tapi bila sabtu tiba, suami kata dia nak pergi main bola dengan kawan. Katanya itu sahaja benda yang boleh buat dia happy.

Aku memang terkilan, keluarga aku jauh apetah lagi kawan-kawan. Aku cuma ada suami sahaja di sini.

Pernah ada suatu masa aku terlampau penat bekerja duduk di kerusi join training sepanjang hari jadi aku mengadu pada suami. Aku rasa aku burnout, aku letih kerja dari siang ke malam.

Aku ingat suami aku faham akan kepenatan yang aku luahkan tapi malah dia ajak bersama pada malam tu. Aku berkali- kali cakap badan aku terlau letih dengan bawa perut lagi. Tapi suami aku merajuk, marah dan terasa.

Dia siap berkata lagi “ada bini tak nak layan, patutlah orang cari janda” aku terkilan dengan kata- kata dia. Jadi aku layankan sahaja kehendak suami.

Di sudut hati aku yang paling dalam, aku takut suami aku makan luar sebabkan kekurangan aku dalam melaksanakan nafkah batin.

Selepas suami aku lena, aku menangis sendirian memikirkan tiada siapa yang faham beban yang aku rasa. Kepada pembaca aku ingin bertanya, adakah berdosa seorang isteri jika menolak ajakkan suami?

Baru- baru ni aku ke klinik disebabkan pening kepala dan tak sedap badan. Aku fikir mungkin disebabkan oleh pembawakan bayi. Sampai di klinik aku masuk jumpa doktor sendirian dan suamiku menunggu di luar.

Jadi bila doktor mula bertanya tentang keadaan aku, aku tiba-tiba rasa sebak dan terus menangis.

Aku cakap aku penat terlalu penat. Aku cerita kan tentang kerja aku dan doktor memandang dengan muka serius dan berkata aku mungkin terlalu stress.

Aku perlukan rehat secukupnya, doktor kata stress bahaya untuk bayi dan terus aku diberi cuti 3 hari.

Sewaktu keluar klinik aku tidak ceritakan kepada suami apa yang berlaku. Mungkin sebab aku rasa suami aku tidak ambil serius tentang apa yang selalu aku adukan padanya.

Bila jadi begini aku mula rasa aku perlu buat sesuatu supaya aku dapat kurangkan stress ni dan cara untuk menghadapi sikap suami aku.

Aku harap ada pembaca yang sudi memberi nasihat dan pendapat supaya aku dapat perbaiki rumah tangga kami. Terima kasih.

– Aqilah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *