Luahan Kakak Senior

Assalamualaikum semua, first saya kenalkan diri saya sebagai kakak Melati. Kakak salah seorang pelajar universiti di salah sebuah universiti di utara. Kakak cuma nak buat luahan hati terhadap sikap sesetengah para pelajar universiti kakak ni. Dan korang juga pun bolehlah ambil iktibar dari apa yang kakak nak sampaikan ni.

Pernah tak korang bayangkan mak cik -mak cik cleaner, pakcik-pak cik tukang kebun tu ibu atau ayah korang? Humm mestilah tidak kan, korang ni semua kebanyakan di lahirkan dalam golongan yang kaya raya, ada pembantu rumah semua. Basuh pinggan pun tak pernahkan, tu la sebab bila korang masuk belajar di universiti awam ni korang kurang pengetahuan di dalam bab ni. Tak pe kakak faham!

Kakak cuma kesal dengan sikap sesetengah budak-budak yang sama aras dengan kakak ni, diorang ni rajin memasak. Baguslah macam tu, selain dapat memantapkan skill yang ada, dapat juga jimat duit. Tetapi sisa makanan yang diorang masak ni semua dihumban terus didalam sinki. Sinki dekat aras kakak ni tak boleh dikira dah berapa kali tersumbat. Tapi, tu laaa nak salahkan diorang ni tak boleh juga, maklumlah kat rumah semuanya pembantu rumah yang buat. Mana laa diorang ni tahu kan yang sinki tu tak boleh nak sedut semua sisa makanan diorang tu.

Satu lagi, bekas pinggan yang dorang makan. Mungkin diorang tunggu pembantu rumah diorang datang dan tolong bersihkan kot. Ye laa berminggu-minggu diorang biarkan berkulat tepi sinki tu. hummm.. Entahlah. penat hidung kakak ni tahan bau yang wangi sangat tu.

Dekat universiti korang, tempat kerja korang pun mesti ada juga golongan macam ni kan.? Sudahlah diorang sumbat dengan pelbagai sisa makanan, bertakung la air tu dengan warna yang menjijikan. Mak cik – makcik cleaner tu datang kena bersihkan pula. Korang bayangkan kalau setiap aras ada macam tu? Apa perasaan mak cik tu, tapi itu sumber rezeki dia. Tapi tak salahkan kalau kita mudahkan urusan orang lain? Yang lagi kakak pelik, aras kakak ni semestinya semua perempuan! Kalau tengok dari rupa paras, cantik bergaya semua dah macam Neelofa beb. Tapi sayang bab kebersihan kurang pengetahuan!

Bayangkan kalau makcik-makcik tu ibu korang? tak de perasaan simpati ke korang ibu korang kena bersihkan sisa kotoran anak orang lain. Pernah sekali kakak berbual dengan seorang makcik ni. Kebetulan hari tu, paip dekat sebelah blok ni rosak, jadi air tu kadang-kadang ada, kadang takde. Makcik tu pula dah basuh dengan sabun dan terpaksa ulang alik bawa baldi air dari aras lain untuk bersihkan, katanya takut student jatuh sebab lincin.

Makcik tu boleh anggap yang student ni anak dia, takkan kita tak boleh nak anggap diorang ni macam ibu kita? Janganlah tambah beban kerja diorang. Kita ni pelajar universiti bukan pelajar tadika yang tak tau apa lagi. Sama juga kalau kat mall, bersepah sampah di buangnya. Terutama dalam cinema, cuba korang keluar last2.. Boleh dikatakan setiap baris seat tu mesti ada yang tinggal bekas air/popcorn. Kalau benda yang senang macam tu pun korang tak boleh nak buat, jangan mimpi korang akan dapat anak-anak yang pandai jaga kebersihan.

Benda ni semua nampak simple je.. Tapi kalau kita hanya memandang ringan, hiduplah anak cucu kita nanti dalam persekitaran yang kotor. Kakak harap lepas ni, korang tolonglah walau pun sampah plastik coklat korang tu kecil je, korang buangla dalam tong sampah yang disediakan. Kalau takde, korang simpan dalam poket ke beg korang dulu.

– Kakak Melati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit