Musim Income Tax Dah Tiba

Assalamualaikum,

Maaf, bahasa sedikit rojak. Tapi harap semua dapat faham.

Hah! April is approaching soon. Dan aku nampak ramai yang share tentang macam mana nak isi e-filing semua. Sekarang ni semua mudah. Dihujung jari je. Tak macam zaman mak-mak kita nak kena hadap dan beratur dekat LHDN untuk buat tax reconcilation.

Tahun ni adalah tahun keempat aku buat reconcilation ataupun taksiran cukai. Bekerja selama 7 tahun. Hampir 2 tahun kerja admin yang dekat Engineering Firm. Alhamdulillah tepat tahun kedua aku dapat job offer sebagai Engineer dekat satu company . Aku terkejut jugak dapat offer tu memandangkan experience aku hanya sebagai admin. Boss aku cakap dia impressed dengan cara aku explain admin-Engineering process tu sebiji sebiji. Alamak. Out of topic pulak.

Okay, selepas aku dapat offer tu dan gaji bulanan aku masa tu dah melebihi RM2,500, maka aku telah termasuk dalam golongan rakyat Malaysia yang harus membayar cukai pendapatan. Pesanan mak aku sejak hari pertama aku mula kerja, jangan lupa buat taksiran! Dan jangan pernah bertangguh!

Cukai dan zakat adalah tanggungjawab seseorang yang bergelar rakyat. Kita selalu tengok keharmonian dan faedah di tempat orang tanpa menyedari yang setiap kemajuan itu ada harganya. Contohnya Norway, Germany, Denmark, Canada dan Switzerland. Ini adalah antara negara menyediakan banyak faedah kepada rakyat. Tapi rate cukai dia boleh buat kau nangis berguling. Melainkan kau dari negara yang ada banyak hasil bumi macam Brunei dan Arab Saudi. Kita memang negara pengeluar minyak, tapi tahap kita kalau dibanding dengan dua negara ni, macam kencing tikus je.

Tanpa cukai, aku tak kan dapat merasa check up bulanan di KK semasa mengandung dengan RM0. Arwah nenek aku yang duduk hospital dengan consultation dari 2-3 specialist selama 2 minggu tapi bil hanya 3 angka. Dan juga yuran pengajian dari sekolah rendah sampai lah ke Universiti yang berganda-ganda lebih murah daripada yuran pengajian swasta. Dan tanpa kau sedar, cukai/zakat kau membantu mereka yang tak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan/pendidikan.

Pasal salah guna duit cukai/zakat tu, aku malas nak komen. Yang aku tahu aku dah tunaikan tanggungjawab aku kepada negara. Aku tak nak bagi alasan tak nak bayar cukai/zakat sebab unreasonable doubt. Yang salah guna tu, kau jawab la nanti dengan Tuhan. Terutama sekali zakat. Kalau kau rasa berat nak bayar, kau fikir macam ni je, duit tu bukan hak kau pun sebenarnya. Duit tu hak fakir dan miskin.

Aku pernah bayar LHDN. Masa tahun pertama taksiran sebab noob sebanyak RM 1,900. Tapi lepas tu LHDN yang selalu kena bayar balik dekat aku. Return aku tiap tahun paling kurang RM2,500. Meh sini aku explain sikit cara aku urus taksiran ni. Kalau ada salah harap maaf. Feel free to correct me.

1. Buat satu file.
Ini benda pertama yang aku buat lepas aku dapat tahu kena mula bayar tax. Masa zaman aku, RM2500/bulan keatas. Sekarang tak pasti. Lambakan resit yang boleh dibuat pengecualian macam peralatan sukan, buku/majalah, statement insurans, statement derma pada NGO dan sebagainya aku sumbat dalam file ni sekali dengan EA Form. Clear file RM1.20 tu je pun. Asalkan semua resit ada dalam satu tempat dan tak mereput dalam wallet. Bila nak buat taksiran semua ada setempat. Jangan tak simpan! Kalau kau kena random audit dan claim benda yang kau tak patut claim, ‘selamat’ lah kau kalau kau kena random audit.

2. E-filing registration
Tahun pertama aku buat taksiran, aku buat di LHDN Jalan Duta. Memang mencabar.Dah la kena beratur. Pastu makcik kaunter muka kelat. Bila tanya soalan macam dia pandang kau dengan pandangan yang ‘kau ni bodoh ek?’. Aku insaf dan bertaubat. Terus register e-filing. E-filing ni sangat membahagiakan. Selain daripada kau tak payah berhimpit menunggu giliran dekat LHDN, dia dah permudahkan kiraan kau. Tak payah nak tambah tolak darab bahagi tubin semua. Key in je. Tak payah buat muka tebal tanya makcik kaunter muka ketat.

3. Derma,Derma,Derma
Penolakan dari cukai yang paling banyak adalah daripada derma. Dia akan tolak direct dari jumlah pendapatan kau DAN TAK ADA LIMIT YA. Lagi banyak derma, lagi banyak tolak. Derma dimana? Derma pada siapa? Pada NGO-NGO berdaftar yang boleh mengeluarkan statement untuk pengecualian cukai. “Tapi saya derma untuk saham akhirat. Saya tak mintak resit nanti riak.” Wei. Kau derma tu tak payah nak beritahu satu dunia pun. Mana datang riak nya. Resit dia bagi bukan atas pentas pun. Boleh request melaui email atau surat menyurat. Antara badan-badan yang kau boleh derma adalah :

-HOPE:Healthcare and education provider untuk golongan yang kurang berkemampuan. Bertumpu pada golongan homeless.
-NKF : National Kidney Foundation yang memberi dana kepada pusat-pusat dialisis satu Malaysia.
– Budimas : Memberi dana kepada rumah-rumah anak yatim
– WWF : Memberi dana untuk program-program alam sekitar
-UNICEF : Memberi dana untuk pendidikan kana-kanak yang kurang bernasib baik

Penolakan bulanan minimum adalah RM38/bulan – RM88/bulan. Boleh dibuat melalui kad kredit atau kad debit. Bila kau tolak bulan-bulan ni, tak rasa sangat.

4. Zakat.
Zakat pendapatan wajib ye kawan-kawan. Selain dari tu, zakat pun boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Tak silap aku tolak direct daripada jumlah pendapatan juga. “Tapi saya tak percaya institusi zakat kita! Saya bayar direct pada asnaf”. Aku bukan pakar fekah untuk judge sah ke tak zakat yang kau bagi. Tapi yang pasti, asnaf tu tak boleh keluarkan supporting document untuk taksiran kau. Tahun pertama taksiran, aku tak bayar zakat, tahun kedua aku bayar sebagai tunggakan maknanya untuk dua tahun zakat. Haaaa.Tahun kedua tu nak dekat RM5,000 jugak la tax return aku. Aku bayar kat zakat Selangor. Disebabkan oleh company aku tak buat tolakan bulanan, aku bayar sendiri online melaui FPX. Selalunya aku rolling duit tax return aku untuk bayar zakat. Kiraan zakat pun boleh buat online. Mudahkan. Kalau rasa berat nak bayar selepuk, bayar bulan-bulan pun OK. Selalunya, orang yang langsaikan zakat dia, memang tak akan perlu bayar banyak pada LHDN. Tak akan melebihi 3 angka.

5. Tolakan lain
Pastikan kau tahu apa benda yang kau boleh gunakan untuk tolakan! Tolakan lain macam ubatan lah. Yuran pengajian lah. Insurans lah. Buku/Majalah. Peralatan sukan. Laptop setiap tiga tahun, tanggungan dan banyak lagi. Ini penting! Kalau kau tak tahu benda ni, file yang kau sediakan tu takde makna pun. Tolakan lain ni ada percent dia. Jadi takdelah tolak banyak sangat dari jumlah cukai yang kau kena bayar.

6. Jujur
Jujur lah dalam taksiran cukai kau. Jangan overclaim. Aku perasan ramai yang suka menipu. Siap offer siapa nak resit, kawan dia boleh buatkan. Ingatlah. Kau mungkin terlepas auditor LHDN. Auditor kat bahu kiri kanan kau? Jangan pandang remeh hal ni. Perompak bank selalunya dia start mencuri kat kedai runcit dulu. Kalau kau harapkan pemimpin yang jujur, kau sendiri pun jujurlah. Setakat tuntutan barang sukan RM300 dengan buku/majalah RM1,000 pun kau nak tipu. Apa ntah lagi kalau kau pegang duit berjuta-juta. Pemimpin adalah cerminan rakyat ye kawan-kawan. Apa beza kau dengan si korup? Sampai bila Malaysia ni nak berubah kalau benda remeh ni pun tak boleh nak jujur.

7. Tolong jangan tangguh!
Ini adalah kesilapan besar. Bila kau tangguh, tetiba LHDN call kau, dan suruh kau settlekan sebanyak sekian-sekian, bersedialah untuk dia tolak lebih banyak lagi gaji kau bulan-bulan untuk kau bayar balik tungakkan cukai. Masa tu kalau kau update kat FB kata kerajaan zalim dengan guna Iphone 6S kau pun dah tak berguna lagi. Nasi dah hangus beb! Kalau jadi bubur boleh lagi makan dengan kangkung belacan dan ikan bilis goreng.

8. Lain-lain
Panduan taksiran ada kat website. Jangan jadi malas. Sila lah baca.

Aku harap perkongsian ini akan memberi manfaat untuk mengelakkan kesulitan di masa hadapan. Semoga kita semua dihindari daripada hutang. Apa jua bentuk hutang sekali pun. Aku doakan semua orang dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Amin.

– Advisortakbetauliah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit