Berhenti Kerja, Jaga Anak Sendiri

Assalamualaikum..terima kasih saya ucapkan jika sekiranya confession saya ini diterima dan disiarkan. Saya cuma ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya selama ini.

Pernah tak anda semua dengar ungakapan seperti ini? “Sila berhenti kerja dan jaga sendiri anak tu!”. Ungkapan ini biasanya diucapkan kepada ibu-ibu yang bekerjaya bilamana terdapatnya kes budak-budak yang kena dera dengan pengasuh.Ungkapan ini kadang-kadang boleh membuatkan kami yang bekerja ni berasa kecik ati lebih-lebih lagi yang biasanya melemparkan ungkapan sebegini adalah dalam kalalangan mereka yg menjadi surirumah.

Cuba anda semua bayangkan..kalaulah semua wania berhenti kerja,wujudkah lagi jawatan misi,doktor atau guru wanita dalam dunia ini? Kalau nak bersalin nanti,jangan pulak nak request nurse atau doktor perempuan sebabnya kan kamu jugak yang suruh perempuan-perempuan ni berhenti kerja dan jaga sendiri anak tu.

Lagi satu,saya lihat..dah jadi satu fenomena pulak untuk orang yang berbisnes..diorang akan target orang yang bergaji untuk beli barang mereka. Sebagai contoh,ramai peniaga yang duk buat status yang berbunyi sebegini “Hari ni hari gaji kan?Apalagi..beli lah barang saya”, “Hari ni hari gaji kan?Apalagi..kita pulun post iklan banyak-banyak”..So..korang boleh faham tak apa yang saya maksudkan disitu.. Saya bukan apa..saya nak tanya la..kalau semua orang berhenti kerja..ada ke orang yang nak beli barang awak tu?Sebab biasanya yang jadi surirumah ni tak bergaji,jarang sgt nak beli barang online..sebabnya mereka akan utamakan benda yg menjadi prioriti dulu dalam kehidupan mereka..

Cuma kat sini saya nak tekankan..janganlah mudah nak menyebut benda ikut sedap mulut kita je.Kehidupan kamu kadang-kadang tak sama dengan kehidupan orang lain. Ada orang dia perlu kerja untuk bantu ekonomi keluarga.Lebih-lebih lagi anak-anak semakin membesar..yuran pelajaran pun semakin meningkat.Kita pun perlu invest sesuatu untuk pelajaran mereka. Ingat,rezeki masing-masing tak sama.Bila orang dah ada keja yg elok-elok tu..janganla kita senang-senang duk sruh dia berhenti kerja..Apa kata dari duk suruh orang berhenti keja tu,apakata kamu doakan yang baik-baik untuk mereka.Apakata doakan keselamatan anak mereka apabila duk ngan pengasuh nanti.

Terima kasih.

– Aku yang bernama Seri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit