Luahan Orang Penat

Maaf andai penulisan aku ni caca marba dan bercampur English ya. Ini cuma luahan orang penat dan untuk bacaan ringan je. 

Waktu menulis ni aku baru je membasuh pinggan mangkuk yang tak berhenti-henti wujud dalam sinki.

Basuhla berapa banyak kali sekalipun akan ade balik. Tak pun ade je sudu, cawan yang tiap kali nak guna ambil yang baru. End up, melambak balik benda – benda tu dekat meja makan. 

Satu lagi bab habuk. Sampai kalau ade orang bagi soalan ‘apakah perkara yang sentiasa wujud atas muka bumi ni (selain dosa)’ aku akan jawab habuklah. Tambah lagi aku berkucing. Lagi la bulu-bulu they all tu memerangkap habuk. 

Masa membersihkan rumah aku just merasa lelah ya amat. Tambah sekarang ni tak sedap badan hasil dari nak demam terkena hujan. Jangkit dari anak ku pun ada. Jadi buat kerja rumah macam marah nak mengamuk je. Badan tengah rasa sakit- sakit.

Ye aku ada anak 2 orang. Kakak umur 13 tahun tu mild Autism tapi die functional je cuma aku malas nak suruh die nanti buat sakit hati je.

Tahu sajelah orang Autism ni sume ikut angin die. Kadang buat kadang membantah lambat lah, penat la, kenapa kena sapu kenapa bukan lap, bla bla. Karang lama- lama aku pijat pula karang.

Yang adik (lelaki) actually ade je aku suruh tapi itulah umur die 11 tahun kadang kerja tak cermat, tak teliti. Ade je part yang tak bersapu. Cuci pinggan pun kadang tak bersih tambah periuk atau pinggan besar-besar tu die tak reti nak cuci. 

Aku ni bukannya perfect sangat tapi malam ni aku just penat. Penat fizikal penat emosi. Aku rase kebanyakkan manusia pun akan ada masa die rase fed up kan buat benda ape pun. Same lah macam aku. 

Sampai terlintas dalam otak aku, banyak nya bahagian diri aku yang aku sacrifice untuk diorang ni. Adakah ini yang aku mahukan? Ade kah ini berbaloi?

Tengok pulak laki aku tengah asyik tengok live kat shopee sebab nak kumpul coin (berapa sen la sangat coin tu adoi), kakak tengah terbongkang tengok tv, adik tengah main plastesin macam budak kecik (sebab dah tak bagi handphone tahun ni). Lagi lah buat hati aku menggeram. 

Kucing aku pulak lemak setiap meal nak wetfood. Berlari- lari kat kaki nasib tak tersadung. Kibble tak nak. Aku jerit juga panggil suami suruh bagi kucing makan. Boleh kata semua dalam rumah ini spoil. 

Last-last aku masuk bilik lepas semua kerja selesai. Baring sambil tulis semua ni. Setakat sekarang ini baru 5minit tulis. Level kegeraman dalam hati dengan cepat nya berkurang. Ye aku memang rase diorang memang lemak tapi kewujudan diorang pun membuat aku bahagia.

Tadi baru je aku persoalkan is it worthy. The answer is yes. Suami aku penyayang baik pada makhluk berkaki 2 atau 4. Selalu belai aku. Bergurau dengan aku. Anak- anak aku comel pada pandangan mata aku.

Aku pernah berazam yang aku akan jaga kakak sampai bila-bila andai dia tak boleh berdikari. Pasal autism die tu die sangatlah anti sosial. Kat sekolah mute kan diri.

Adik pulak walau lelaki tetapi manja, kalau aku penat ke moody ke die selalu offer urut kaki. For free. Pastu selalu cerita ape saje yang berlaku kat sekolah, dari balik naik kereta sampai sampai rumah. Maksudnya die trust kami untuk cerita ape saje.

Actually aku enjoy je dengar die cerita. Pasal anxiety die pun die cerita kat aku. Dan die bukan seorang pemarah seperti aku. Dan actually banyak sangat cara diorang yang membahagiakan diri aku. 

Is this sacrifice worthy? Yes it is.

Jadi aku keluar kejap dari bilik untuk intai diorang sekejap. Walau pun masing-masing ade kerja sendiri, tetap aku rase bahagia. At the end diorang la reason aku happy. Patut aku terima kasih kat diorang sebab teman aku dalam hidup ni. 

I mean apa yang aku rase ini normal dalam kehidupan seharian. Bahkan maybe kebanyakkan masa pun terasa macam ini. Tapi kena ingat balik masa-masa bahagia.

Jangan di sebabkan 1 2 perkara kurang senang, atau disebabkan kite stress sendiri, kite rase menyesal ade semua ni.

Lagi teruk kalau kite terus hamburkan ketidakpuas hatian kite tu terus ke dieorang. Mestilah diorang kecil hati. Kite kena ingat kite pun tak perfect mana. 

Entah aku tak tahu lah nak ending penulisan ni. I think I am ok now. Dah happy balik. Selamat malam semua. Hugs.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Aku tau kau bukan nak solusi pun, nak meluah je. Jd hadap jelah semuanya sambil mengira apa yg patut disyukuri. Ada je benda yg boleh dibuat utk kurangkan beban tu tp aku tak rasa kau nak terima cdgn aku so just be strong & keep going ok.

  2. Penat ni selagi kita hidup selagi tu takkan stop. Aku pn mcm kau kak..nak kata ada ocd, takde pun..nak kata perfectionist pun tak jugak tp aku sejenis suka berkemas, suka nak buat on the spot selagi mampu so bila org sekeliling tak mcm aku, memang hangin la kan..haha..sebenarnya dorg naik lemak puncanya kau jugak kak sbb aku pn sama..kdg aku dah malas nk bising² suruh org buat kerja (sbb dah byk kali suruh tp tak gerak or lambat buat), end up aku buat je sendiri tp dlm hati tu sakit la kan..kdg mulut pn terkeluar jugak ayat yg x sepatutnya didengar tp aku xnk biasakan sbb semua tu doa so kena byk sabar..so dari ketidaksabaran kita tu la dorg naik lemak..hahaha..aku pn sejenis sakit mata tgk habuk la, sepah sana sini la, buat kerja sambil lewa la sbb tu aku buat je sendiri selagi mampu..tapi memang penat & sakit hati..kahkah..pastu nnt bila anak² tak reti buat kerja, salahkan mak dia jugak..kau fikir la yg terbaik kak..ada masa kau rest la, jgn buat semua at one time, ada masa kau biar je anak² buat walau x perfect mcm kau..nnt kau betulkan la balik atau ajar dia mcm mana cara kau buat..ada masa kau join la lepak² dgn dorg nnt semua dh lena baru kau bersengkang mata buat semua kerja..kahkah..cmtu la life org mcm kita ni kak..penat yg xde penghujung..haha

  3. Sis share2 la keje ruman tu dgn suami n anak2… Dulu sy pom jenis hangin gak bila laki sy bt keje rumah ala kadar bagi sy… Then benda ni jd sy merajuk, then pillow talk dgn husband… Husband ckp sy xleh la letak standard dan piawaian cara dia kemas mcm sy… Of course la dia çkp perempuan ni lg kemas lg teratur sbb kepakaran perempuan… Lepas tu sy jd termanggu… Lepas dri tu sy biar je husband bt mana yg térmampu dan terbaik bg dia… Senang xsakit hati dan sy pom xpenat… Pastu lepas dia bt cuba puji2… Makin rajin dan makin teliti dia bt keje…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *