Luarnya Sopan, Tapi Dalamnya?

Panggil saja saya ni Akak sebab umur Akak pun dan menjangkau senja, kalau dalam kerajaan tu dah berpencen lah.

Akak bekas guru besar, sekolah kerajaan. Suami Akak orang yang berpangaruh, YB orang panggil, Akak panggil darling hehe.

Semalam Akak terbaca 1 confession berkenaan seorang cikgu yang boleh dikatakan sopan, baik mempunyai ciri-ciri isteri solehah tapi mempunyai hubungan gelap dengan bapa kepada anak muridnya.

Maafkan Akak kalau ada tersalah fakta, malas Akak nak baca balik confession tu.

Lepas Akak baca tu, Akak tergelak kecil mengenangkan 1 cerita Akak sendiri tapi bukan Akak sebagai watak cikgu tersebut, tapi PA kepada darling Akak. Hehe.

Sumpah Akak langsung tak pernah sangka PA kepada darling Akak tu ada hubungan gelap dengan darling Akak. Kedua-dua mereka sampai sekarang tak tahu yang Akak tahu berkenaan hubungan mereka.

Macam mana Akak tahu? Bersedia ye untuk pecah otak. Akak tahu dari suami si PA. Kelakar kan? Kalau dia tak lampirkan sekali bukti, mustahil Akak nak percaya.

Manakan tidak, orangnya tudung menutup dada, cakapnya sopan, lemah lembut. Paling rajin join even keluarga Akak contohnya macam majlis hari jadi, rajin menolong.

Akak dah anggap macam adik sendiri. Tup tup, hampir nak jadi adik madu hehe.

Tapi hubungan mereka terhenti di situ selepas mereka tertangkap dengan suami si PA.

Darling Akak pun dah meminta maaf dari suami si PA. Mesti daring Akak cuak sebab dia kan YB, takut kena viral la tu.

Darling minta maaf dekat Akak tak? Mestilah tak sebab dia tak tahu Akak tahu. Akak malas nak besarkan cerita, Akak anggap dah selesai,

I’m too old for this. Dah bercucu pun, baiklah Akak fokus pada ibadat dan cucu.

Tapi Akak dengar cerita, suami si PA dah berkahwin lagi satu. Akak tak tahu sangat, malas nak ambil tahu. Kifarah agaknya pada si PA.

Akak terfikir mesti orang menyumpah seranah suami si PA dan pasangan barunya sebab sungguh si PA memang luarannya seperti isteri paling solehah, sempurna.

Tapi Akak yang tahu cerita ni hanya mampu tersenyum sumbing.

Semoga mereka bahagia dengan cara mereka. Semoga kita bahagia dengan cara kita.

– Hajah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *