Luaskan makna sedekahmu

Ramai orang confess tentang kebaikan bersedekah kebelakangan ni, ye dok?

Sedekah memang banyak kelebihannya tapi tidak bermaksud hanya berkaitan memberi wang sahaja, tetapi meliputi segala jenis kebaikan kebaikan lain.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Kalau sedekah hanya berkaitan wang, orang kaya sahaja yang dapat kebaikan tersebut.

Pesanan untuk semua : Banyakkan juga jenis2 sedekah yang lain, kebaikan itu akan datang dengan cara tuhan.

Luaskan makna sedekahmu

– Alex misr

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *