luka semalam….

korang2… Aku ada problem. Sebenarnya tak mengganggu sangattapi benda ni setiap kali aku teringat mesti aku nangis.
Ceritanya, masa kecik-kecik dulu, aku selalu kena pukul. Sebagai anak sulung, salah adik-adik pun aku kena. Yang tu aku tak ada masalah sangat. Aku faham parents pukul untuk mendidik. Tapi masalahnya, ada satu, dua kejadian yang jadi masa kecik tu membawa kepada lebih kurang rasa trauma atau ketakutan atau kebencian atau dendam pada ayah aku. Aku sendiri nak cakap apa perasaan aku.

Ada satu peristiwa, aku beli jajan sembunyi-sembunyi. Aku simpan dalam beg dan nak makan masa aku pergi kelas mengaji. Adik aku lelaki masa tu kecik lagi mungkin 4 or 3 tahun, jumpa jajan tu. Aku tak bagi la dia ambil sebab kalau dia ambil confirm la parents aku tau. Dia bagitau dekat ayah aku, dan ended up aku kena pukul lagi.

Ayah aku memang jenis yang baran. Salah sikit kena tengking, salah sikit kena rotan. Salah sikit kena tarik telinga. Tapi malam tu, bukan setakat kena rotan (aku dah biasa sangat masa kecik-kecik) ayah aku sepak aku sampai aku jatuh.Tampar aku banyak kali, aku pun tak ingat. Peristiwa tu aku ingat sampai bila-bila. Sampai sekarang aku dah 27 tahun. Aku selalu kena penampar. Salah aku antaranya tak bawa air pergi sekolah, tak kemas bilik. Kalau dulu badan memang berbirat je.

Aku masuk asrama masa tingkatan 1. Aku rasa seronok sebab tak duduk dekat rumah. Rasa lega sikit boleh berdikari. Tapi aku selalu terasa dengan ayah aku. Kenapa tak boleh nak datang melawat aku dekat asrama, 2 jam je perjalanan dari rumah aku.Waktu tu mak aku tak pandai drive lagi. Aku pernah heret beg balik sendiri dari stesen bas sebab dia tak ada kat rumah training bola.

Dan aku kadang-kadang rasa macam ayah aku selalu pilih kasih. Kalau masa kecik dulu, benda apa-apa dia akan beli untuk adik lelaki aku je. Sebab? Sebab katanya aku dah besar tak perlu dah semua-semua tu, walaupun makanan. Dia akan assume yang aku tak makan benda tu. Ada sekali aku accident di UIA, sikit pun dia tak call tanya khabar aku. Macam mana aku, sihat ke, motor aku ok tak? Aku dah baiki ke moto aku? Tapi masa adik perempuan aku accident dia kalut call kawan-kawan dia nak mintak tolong adik aku. Sampaikan aku pernah terfikir aku ni anak angkat ke. Tapi aku berbintikan dia.

Kejadian-kejadian ni semua buat aku kadang-kadang rasa marah kalau aku teringat balik.Masalah aku sekarang, perkara yang jadi tu bila aku tengok video ada budak kena pukul, aku akan teringat kisah aku dulu. Aku jadi marah dan dendam dengan ayah aku. Setiap kali aku teringat, aku menangis. Sekarang pun dalam menaip menitis juga la air mata aku. Seolah-olah wayang dok bermain dalam fikiran aku semua-semua benda tu.

Aku tahu sebagai anak, berdosa ada perasaan macam tu. Aku tak patut berdendam dengan ayah sendiri. Aku layan ayah aku macam biasa. Sekarang dia tak berapa sihat, aku sedaya upaya nak jaga dia baik-baik. Tapi kadang-kadang saat aku teringat apa yang aku lalui dulu tu, hati aku jadi tawar. Macam mana aku nak hilangkan perasaan ni? Perasaan marah, dendam aku. Berdosakan aku macam ni. Aku cuba sangat-sangat nak lupakan. Tapi macam aku cakap, bila nampak ada iklan or video pasal child abuse, aku memang akan terbayang balik peristiwa tu.

Nak nasihat korang-korang, nak hilangkan rasa tu. Nak sayang ayah aku tanpa ada perasaan dendam walaupun secebis.

– nini

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *