Lupa~ – https://iiumc.com/forumv2/
27.2.2016
6am
Berkumandang azan subuh aku pun menapak untuk menunaikan solat. pagi ni rasa alhamdulillah segar n bersemangat . Rasa penat pergi kelas, buat assignment rasa macam hilang tiba-tiba. Pagi ni rasa banyaknye cerita yang nk diceritakan kat mak. Tak sabar nak kol mak. Rasa happy sangat dapat masuk universiti alhamdulillah dapat roomate yang baik, lecturer semua best, Tak lama lagi mewakili Universiti untuk satu program di luar negara, results final exam sem lepas alhamdulillah lepas 3.0 jugak tinggi sangat dah bagi aku yang tak berapa cekap ni, banyak lagi nak cerita. Terdetik jugak rindu kat mak ni.
Rase lain jugak sebab mcm dah lama tak sengar suara mak. Tapi tak pelah nanti kejap lagi nak call mak. tak sabar nak balik rumah berborak dengan mak. Lambat nye cuti lagi. Baru je abes cuti sem. Biasalah anak perempuan kan rapat dengan mak. Banyak sangat rahsia dengan mak. Hehehe
Kawan dengan sape bagitahu mak, pergi mane bagitahu mak, rasa nak makan sesuatu bagitahu mak. Semua nak bagitahu mak.
Selepas selesai solat subuh lapar pulak rasa. Teringat mak kalau pagi-pagi selalubuat sarapan pulut makan dengan kelapa dan ikan masin goreng. Wah! Sedapnyeee. Banyak pulak benda rasa nak makan masakan mak. Aku pon menapak ke cafe mencari sarapan. Sambil menunggu oder siap aku pun duduk kat meja sambil pegang handfon nak call mak. Rasa rindu die lain macam sangat. Aku pon call mak.
Tapi kol asik tak dapat je. Operator kate nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan. Geram pulak rase hati kite ni. Sejak bile pulak mak tukar nombor. Lepas try call banyak kali tak dapat jugak, makanan pon sampai kat meja aku. Aku pon makan. Lepas habis makan aku bukak planner aku dalam fon. Baru aku perasan harini hari ke 123 mak aku pergi menghadap illahi. Ya Allah! Patutlah aku rasa rindu nya bukan kepalang. Patutlah terlalu banyak yang hendak aku ceritakan pada mak. Berjujuran air mata aku di meja makan cafe pagi ni. Mak dah tak de. Masakan aku boleh lupa! Mungkin kerana mak sentiasa hidup dalam diri dan hati aku. Aku mahu setabah dia.
Walaupun lepas dia pergi keluarga aku berubah banyak sekali. Abang-abang aku bagaikan hilang arah tuju, kakak aku bagai hilang pedoman diri. Adik aku pulak diam seribu bahasa sejak nak tiada. Papa aku tak payah cakap lah, sejak mak sakit sebelum meninggal dia dah bercinta dengan perempuan yang sering cuba merosakkan rumah tangga mak dengan papa. Dan dia bagaikan dalam dunianya sendiri. Aku? Aku masih cuba move on. Dan aku mengharapkan doa kalian semoga keluargaku seperti dulu memburu redha Allah di setiap malam-malamku.
Alfatihah buat mak.
– Setabah hati