Assalamualaikum.

Lately ni aku ada baca confession pasal mak. Sebetul nya aku bukan nak aibkan mak aku, yang lahirkan aku, besarkan aku. Aku terpanggil nak share cerita lepas baca confession Cik Misteri. Tapi aku takde la seteruk Cik Misteri sampai kena tonyoh cili api, setakat kena sapu minyak cap kapak kat mata adalah tu pun sebab aku suka nangis masa kecil. Ok, yang aku tak berkenan pasal mak aku first mak aku tak hormat ayah aku. Mak and ayah aku kawin atas desakan keluarga, so bukan atas dasar cinta. Dan parents aku salah satu contoh bercinta selepas nikah tak seindah khabarnya. Walaupun dikurniakan 3orang anak, mak aku still tak rasa cinta kat ayah aku. Tu pun tahu time aku form3. Start tu aku rasa hidup aku dah kacau bilau. Time tu aku mc, sebab demam so biasanya mak aku takkan kacau waktu pagi time sakit or cuti sekolah. Tapi masa tu Allah nak tunjuk kat aku perangai sebenar mak aku. Aku terbangun pukul7.30, terdengar suara mak aku. Yang pelik ada suara lelaki, yang pasti bukan suara ayah aku. Aku gigihkan diri bangun, sebab memang tak sedap hati, jantung aku bukan main dupdap dupdap. Aku pun intai la disebalik lubang (dulu aku duduk rumah kampung). Terkejut hanya tuhan yang tahu, aku nampak mak aku dengan seorang lelaki yang aku kenal dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Tak sanggup aku cerita apa dorang buat, satu persatu sampai sekarang aku ingat. Masa tu aku cuma teringatkan ayah aku, dia tahu ke, apa yang dia rasa kalau tahu, aku kena report kat ayah aku ke. Aku tak sanggup lagi nak menyaksikan babak babak romantik seterusnya, so aku pun terus baring atas katil balik. Bodoh kalau ingat balik, kenapa tak terus terjah dorang kat ruang tamu. Tapi apakan daya atas beberapa factor, aku matikan niat. Hati kata pergi, kaki kata jangan. Nangis la sorang diri sampai tertido. Sedih tu jangan cakap la, mak yang selama ni aku sayang, yang aku sangjung duakan ayah aku. Sejak haritu aku dah tahu perangai mak aku, macam macam Allah tunjuk kat aku, satu persatu. Mak aku macam dah boleh agak yang aku tahu perangai mak aku belakang ayah. Aku anak no2, dan yang paling tegas antara adik beradik aku. Apa yang aku tak suka, aku terus sound cuma hari kejadian tu je aku jadi blur, sebab terkejut sangat apa yang aku nampak. Laki tu actually bau bau bacang dengan ayah aku, dan dia pun kawin atas desakan family. Lepas pada tu no more second chance, aku selalu sound mak dan laki tu. Dulu masa aku form5 aku sound mak aku, cakap nak report kat jabatan agama then mak aku ugut nak tinggalkan ayah ngan adik aku. Aku nangis, terbayang hidup ayah ngan adik tanpa mak. Lepas pada tu, aku tak mampu nak buat apa apa, tak bermaksud aku relakan segala perbuatan mak aku. Aku sound laki tu, mati mati tak ngaku, ingat aku ni budak lagi nak tipu. Aku buat apa yang aku termampu, hari-hari aku doa, minta Allah bagi petunjuk kat mak aku. Aku tak cerita kat adik aku, taknak dia tahu dan kusutkan fikiran. Kakak aku pulak, dia pun tahu cuma kakak aku ni jenis blembut tak tegas, so bab sound sound ni dia bagi kat aku. Aku ada jugak terfikir nak cerita kat ayah, tapi aku takut ayah tak percaya. Mak and laki tu depan ayah memang baik, so peratus ayah nak percaya aku memang sikit, plus aku tak berapa rapat dengan ayah. Tapi sejahat jahat mak aku, masak dan kelengkapan ayah semua dipenuhi sebab tu ayah tak boleh kalau mak takda.

Second, mak aku ni jenis suka maki anak anak time marah. Sepatutnya seorang mak ni kena lah bagi contoh yang baik, nak ajar anak bukan dengan cara makian. ‘Anak tak guna’, ‘anak derhaka’, ‘menyesal aku lahirkan kau’, ‘selalu susahkan aku’ memang kami adik beradik dah biasa, dah lali. Tiap kali marah salah satu ayat tu memang akan terkeluar dari mulut mak. Tapi mak aku ni cepat marah lepas tu bila dah ok cakap dengan kiteorang ibarat semalam takda apa apa yg berlaku. Aku antara yang rapat dengan mak even aku selalu sound kat mak and mak selalu maki aku, apa apa hal mak akan cari aku dulu. Moment paling happy bila aku dapat sambung study, jauh dari rumah, duduk hostel. Mak jenis suka cari pasal, ade je tak kena, sebab tu paling lama aku duduk rumah 2minggu even cuti sebulan. Sebab aku tau kalau lama lama stay kat rumah, mesti nanti ada yang tak kena at the end kena maki. Aku pulak jenis kalau kena maki, aku melawan sebab tu ayat yg selalu mak bagi kat aku ‘anak derhaka’, lain dengan kakak aku dia pilih untuk diam bila kena maki. Dan sampailah la sekarang perangai dua ni tak berubah, dan sampai sekarang jugak aku still sound dengan laki tu. Jenis tak makan saman dua dua, muka tebal, aku pun dah mati akal nak buat cara mana. Aku sayang sangat kat family, nak2 kat mak. Cuma perangai mak susah nak ubah, aku tak suka sebenarnya hidup dalam keadaan macam ni. Aku luaran je nampak jenis happy go lucky, tapi dalaman aku tuhan je tau masalah yang aku pikul selama ni. Doakan semoga mak kembali ke pangkal jalan, doa kan juga semoga aku sentiasa kuat. Sekian~