M4k Aku Janda Yang Selalu Check In Hotel

Rentetan daripada cerita “Mak Aku Curang” (https://iiumc.com/m4k-aku-curang/), aku terbuka hati hendak berkongsi kisah juga.

Cuma bezanya confessor itu berani berhadapan dengan emaknya. Tetapi aku sebaliknya.

Nama aku Arman (bukan nama sebenar) dan berusia awal 20-an. Aku nak minta pendapat semua terutama yang berstatus mak janda atau makjan.

Sebabnya emak aku pun seorang makjan selama 10 tahun dan umur lagi setahun dua nak masuk pertengahan 40-an. Aku namakan dia, Puan Zu.

Masalah aku sejak beberapa tahun ini iaitu sebelum covid pandemik lagi, emak aku ada berkawan dengan seorang lelaki bujang. Muda 2 tahun daripada emak aku.

Aku dapati lelaki itu bekas rakan satu kerja emak aku dahulu. Mungkin jumpa dalam reunion atau emak aku yang mencari lelaki itu.

Sebab emak aku ini bukan jenis pemalu dengan kawan lelaki dan tempat kerja terdahulu banyak dikelingi lelaki.

Bagi aku itu tidak menjadi masalah kerana aku yakin emak aku tahu menjaga batasan.

Ini kerana sebelum mengenali lelaki itu, emak aku sempat juga berniqab, bersarung tangan dan kaki juga.

Mungkin kesan daripada penceraian dengan ayah aku buat emak aku hendak berubah menjadi lagi bagus. Aku dalam diam bersyukur sangat dengan penampilan emak aku.

Berbalik semula kepada kawan lelaki emak aku itu. Bila emak aku keluar dengan lelaki tersebut, mestilah aku siasat. Kereta apa dia guna, dia duduk mana, kerja apa dan sebagainya.

Sampailah satu hari, aku ada kawan yang bekerja di hotel. Aku pergi ke hotel itu untuk berjumpa kawan aku.

Tetapi yang aku temui itu adalah awal daripada segala masalah yang aku hendak minta pendapat semua pembaca.

Kereta lelaki itu ada betul-betul depan parkiran hotel itu. Emak aku dan lelaki itu rupa-rupanya check in hotel itu. Ini hasil siasatan aku dengan kawan aku.

Aku minta kawan aku ambil gambar mereka juga bila check out hotel itu. Malah, kawan aku cakap sudah banyak kali dia perasan mereka ini check in.

Walau ketika itu sedang pandemik dan mereka memakai pelitup muka, tentu sahaja aku kenal pakaian dan bag sandang emak aku.

Sejak daripada itu, setiap kali emak aku keluar dengan lelaki itu, aku pasti akan mengekori mereka untuk pastikan mereka ada check in hotel atau tidak.

Sememangnya hampir setiap bulan mereka check in hotel kawan aku kerja itu atau hotel bersebelahannya (hotel bajet).

Ada juga aku pernah nampak kereta emak aku di depan kawasan hotel itu juga. Seingat aku, waktu itu emak aku beritahu hendak keluar jumpa kawan.

Mati-mati aku ingat kawan perempuanlah. Memang emak aku ini rajin juga hang out dengan kawan-kawan perempuan dia, samada untuk makan-makan, pergi hiking, berbasikal dan bercuti pun ada juga.

Tetapi entahlah selepas tahu aktiviti check in mereka ini, aku jadi mudah curiga. Sekali memang betul sangkaan aku kan.

Untuk pengetahuan semua, sudah 3 tahun juga masalah emak aku check in hotel ini aku pendamkan.

Aku ingat mereka akan berkahwin tetapi sampai sekarang tidak pernah pun lelaki itu datang jumpa nenek aku untuk beritahu hasrat menikah dengan emak aku apatah lagi hendak mengambil hati kami adik-beradik sebagai bakal ayah baru.

Datuk aku pula sudah 6 tahun meninggal dunia jadi memang tiada siapa yang boleh mengawal emak aku.

Mungkin semua tertanya kenapa aku nampak ‘cool’ bila tahu emak aku perangai macam ini. Sebelum daripada kes emak aku, aku ada kawan yang emak dia jenis check in hotel.

Tetapi kawan aku ini non-muslim dan tiada agama. Ibarat kata kawan aku, ‘makjan’ bila sudah lama tidak dapat mana boleh tahan.

Kawan aku itu tidak kisah sebab dia sendiri pun hanyut juga dengan teman wanita dia. Aku ini serba salah sangat. Emak aku makin hanyut juga.

Tudung pun dah makin pendek, lilit atas dada saja. Niqab, sarung kaki dan tangan sudah lama hilang ke mana.

Aku bukan tak nak tegur emak aku. Emak aku ini macam ada masalah jiwa atau psiko. Mood sekejap baik, sekejap tidak. Kadang-kadang dengar dia bergaduh sampai terjerit-jerit dalam telefon. Mungkin dengan lelaki itu.

Bila bahagia, bahagia sangat sampai up status di media sosial. Status mengalahkan orang muda bercinta. Wish birthday pada lelaki itu pun emak aku up juga.

Emak aku tidak tahu yang aku follow dia guna fake akaun sebab emak aku private kan akaun medial sosial daripada anak-anaknya.

Perangai emak aku semakin teruk. Solat itu depan kami saja dia tunjuk. Tetapi bila dia keluar dating duduk minum kopi mahal, daripada sebelum asar sampai ke isyak langsung tidak solat.

Dekat nak tengah malam barulah dia balik rumah. Kalau check in hotel, pukul 2 pagi paling lewat dia pernah balik. Jenis check in petang, malam check out.

Kadang-kadang mereka bermalam juga. Aku sekarang ini buntu. Emak aku ini macam syok sendiri. Aku sebagai lelaki pun boleh rasa yang lelaki itu tiada perasaan pun pada emak aku.

Lelaki itu boleh dapat yang jauh lagi muda dan cantik dari emak aku. Emak aku pun biasa sangat orangnya tapi sejak kenal lelaki itu, emak aku bersungguhlah nak bermekap.

Aku syak mungkin lelaki itu hanya menghabiskan masa terluang pada emak aku sebab biasalah makjan ini pandai cari perhatian dan melayan kan. Aku tahu sebab dalam drama-drama atau realiti kehidupan pun banyak kisah makjan ini.

Bagi aku hubungan cinta terlarang ini tidak bawa ke mana pun. Daripada emak aku invest waktu, duit dan perasaan dia kepada lelaki itu, baiklah emak aku invest kepada kami 4 beradik ini.

Adik bongsu aku pun masih bersekolah lagi dan itulah seorang perempuan. Aku berharap sangat adik aku itu tidak tahu emaknya perangai seperti perempuan jalang.

Aku faham apa yang emak aku lalui daripada sebelum dia bercerai hinggalah selepas bercerai, sebab aku adalah anak yang paling besar.

Tetapi sampai bila? Ramai makjan selepas bercerai boleh hidup tanpa lelaki dan bahagia juga dengan anak-anak.

Terakhir sekali sebelum aku habiskan tulisan ini, untuk pembaca-pembaca, silalah beri komen-komen yang membina dan murni. Terima kasih juga sudah sudi membaca.

– Man (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *