M4k Ay4h Bukan Orang Gaji Jaga Cucu

“Mak Ayah Bukan Tukang Jaga Cucu”

1. Alasan biarkan cucu duduk dengan nenek atuk untuk teman biar tidak sunyi ini sangat tak relevan.

2. Anak dah seperti majikan pada ibubapa sendiri. Anak jadikan ibubapa sebagai ‘pekerja’ & penjaga cucu sendiri.

Hanya kerana mereka bekerja dan belanja sebahagian dari keperluan rumah, sanggup gunakan ibubapa sendiri sebagai penjaga cucu2.

3. Tak ubah seperti orang gaji. Malah, saya kira gaji orang gaji sebenar lebih mahal dari upah/elaun yang diberikan anak kepada mereka.

4. Orang2 di luar sana, faham, nak besarkan anak agak sukar kalau tidak bekerja, tetapi, kalau tak mampu hantar ke pusat jagaan kanak2, salah seorang berhentilah kerja.

Buat kerja dari rumah, atau cuba cara lain. Bincang suami isteri. Bukan ibu bapa yang disusahkan, walaupun mereka redha sahaja.

Bertahun2, sehingga anak sudah masuk sekolah.

5. Kalau tidak mampu menyewa diluar, cukuplah ibubapa hanya bantu yang remeh2. Bukan jaga sepenuhnya.

6. Menumpang rumah ibubapa itu satu, ada pula semua kena ikut cara dia. Anak2 mereka sendiri buat kotor, tak diendahkan utk cuba mengemas atau membersih.

7. Kadang sudah ada rumah sendiri, tapi demi kesenangan dan kepentingan sendiri, sanggup tinggal di rumah ibubapa. Iya, demi kesenangan sendiri.

8. Kalau masing2 bekerja, apatahlagi gaji sudah naik, sayang nak berhenti; bukan ditambah bil2 kehendak, tetapi asingkanlah gaji untuk hantar anak ke pusat jagaan, atau apa cara saja yang tidak menyusahkan ibubapa.

9. Dan hakikatnya, nenek atuk dibiarkan menguruskan cucu2 biarpun saat ibubapanya cuti atas alasan untuk bagi mereka puas berehat dan tidur setelah penat bekerja, juga sangatlah menyedihkan.

10. Apatahlagi, urusan runahtangga yang lainnya seperti makanan juga disediakan, kain baju sedia siap berbasuh berlipat oleh ibubapa.

11. Mereka juga yang berhujan berpanas untuk hantar dan ambil cucu2 dari sekolah biarpun sudah berstatus warga emas. Sungguh, tak sampai hati melihatnya. Sesekali mungkin okay jika berkeperluan.

12. Mungkin sebab itu, orang kata, anak2 jika sudah berkahwin, pindahlah keluar, apa guna temankan ibubapa kalau hakikatnya  menyusahkan dan menggajikan ibubapa.

13. Bersusah payah kerna menjaga anak2 sendiri, lebih baik dari memperhambakan ibubapa.

14. Malu melihat warga emas yang lain dapat melaksanakan ibadah dengan tenang, bisa berehat tanpa memikirkan tanggungjawab berat2, dapat ke sana sini dengan mudah,

Sedangkan ibubapa sendiri masih ‘stuck’ dengan menjaga cucu yang masih kecil.

15. Ya, ibubapa kita mungkin kata tak mengapa, tapi sebagai manusia yang ada ‘common sense’, sampai bila kita mahu mengerahkan kudrat mereka untuk kepentingan kita?

Sekian..

– Rendang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *