Hal Hebat

Assalamualaikum s semua. Saya benar2 down ketika ini & perlu luahkan kepada dunia.

Terlalu banyak perkara yang berlaku keliling saya yang membuat saya tertanya-tanya apakah yang diperjuangkan ini sesuatu yang berbaloi. Sejauh mana nak berkorban.

Saya tak tahu nak mulakan dari mana kerana fikiran begitu berkecamuk. Saya cuba..

Saya telah berkahwin, suka sama suka, ada anak-anak dan kami semua nampak ok. Segala perkara asas ada, semuanya sihat.

Esok saya kerja, suami saya pun sama. Bezanya ialah saya kerja untuk membiayai semuanya. Dia kerja untuk diri dia. Dan perkara ni dah lama.

Masalah utama saya sekarang ialah perubahan perasaan saya. Tak tahu apa yang timbulkannya.

We fell in love but now as if we are falling apart. Kami buat hal sendiri. Perkahwinan sekadar rutin. Tak berbual lagi. Tiada manis, tiada seri, walau tiada gaduh.

Saya lihat kawan² dah boleh berhenti kerja, ada yang dari awal jadi suri rumah sepenuh masa.

Saya tengok kawan² bercuti luar negara. Saya nampak kawan saya ditanggung suami mereka. Saya jadi sedih, jadi hiba.

Bertambah parah, saya lihat lelaki² yang pernah meminati saya begitu berjaya. Isteri mereka pun jadi senang lenang.

Saya asyik cakap ni kerja syaitan nak hasut. Jangan banding hidup kita dengan kehidupan orang. But I can’t help it.

Selama ni redho sahaja. Tapi bila masuk umur 40, jadi rasa lain. Saya mula² kerja di sektor kewangan sebelum dapat pendedahan di Oil & Gas.

Tak lama at both places sebelum saya pilih semi government kerana lebih terjamin & tak kerja sampai malam.

Ketika di University & awal pekerjaan, ramai yang approach saya. Tak lah cantik sangat, tapi ramai kata saya cute, pandang tak jemu.

Tapi entah kenapa saya setia & nak kat mamat yang biasa² ni aje.

Bila fikir balik, saya langsung tak faham apa lah yang saya terpikat sangat dengan dia.

Bila saya fikir esok kena masuk office, saya terbayang kalau kawin dengan Ali, dah jadi bini Professor.

Kalau kawin dengan Atan, boleh duduk overseas jadi isteri engineer posting luar negara.

Kalau kawin dengan Aziz, dah jadi wife pegawai tentera boleh masuk Istana Negara (gara² saya tengok FB dia dpt pingat).

Kalau kawin Arif, dah dapat gelaran Mak Datin…

Bukan saya berangan. Tu semua real characters, mereka yang pernah minat saya, hingga ada datang jumpa mak bapak saya. Tahu, sedar, tak baik berkalau. Tapi hati ni kenapa meronta.

They’re doctors, scientists, engineers, kenapa masa aku umur 25 yang patutnya dah matured tak nampak bukankah bagus dapat suami dengan profession yang steady.

Saya pergi pilih orang meniaga. Saya fikir itu digalakkan agama & rezeki ada di mana sahaja asal berusaha.

Memang saya pilih orang yang tak sama taraf pendidikan & kedudukan. Asal dia solat cukuplah kerana bukankah agama paling utama? Saya kira pertimbangan saya cukup sempurna.

Saya nasihat kepada semua anak & mak dara yang sedang mabuk bercinta, kemaruk asmara, tolong ketepikan kejap hati & perasaan, guna akal fikiran waras & fikirkan dengan rasional apa masa depan yang akan anda tempuh dengan kekasih skrg.

Cuba ingat dia ada tak ciri selfish. Ada tak dia naik suara, cepat angin. Tanya kawan rmh sewa perangai dia mcm mana.

Cuba recall ada tak keluarga dia pamer kriteria tak baik seperti jenis mengumpat, mengata orang. Jangan pikir soal hati, waraskan diri & fikir dalam², masak² what you’re in for.

You know.. masa cinta kita akan yakin cinta itu cukup. Tapi beranak, berumah, nak makan pakai, semua perlu Wang.

Engkau boleh cari wang tapi bila cari sorang², lama² hilang keikhlasan. Kerana pada masa yang sama baru engkau tahu laki yang kau kawini macam mana.

Dah serumah sebantal, tahulah penangannya – merata kentutnya, masam ketiaknya, kuat irama dengkurnya, bahasa mulutnya bila angin, perangainya macam mana bila tak dapat apa dia ingin.

Dengan semua tu engkau nak hadap, it can be really unpleasant especially bila tang duit pun prestasinya malap.

Saya ni sedih. Sebab saya rasa silap pilih. Tapi jodoh kan takdir. Berlawan perasaan saya. Qada’ & qadar atau saya cari pasal?

Sebenarnya ahli keluarga saya memang tak setuju. Dua kali saya mintak break off tapi saya kecundang sebab hari² dia akan cari saya pujuk rayu.

Bengong.. bingung rasanya saya tak nampak saya je yang selalu bagi dia hadiah. Dia hanya bagi saya kata-kata indah.

Semua perancangan masa depan saya yang buat, nak kawin, rumah sewa saya yang cari. Kereta saya yang sewa. Kenapa bodoh ye tak nampak dia bukan Ketua.

Ada tak korang dalam relationship begini? If yes, please quit before it’s too late. Saya nak tulis lagi tapi cerita ni nanti pusing² menghala kepada semuanya kesilapan saya sendiri.

Orang kata takpelah, suami tak duakan kita.. tapi kalau dia buat hal ketika saya dah menopause, tak ke menyesal saya tak undur diri lebih awal lagi?

Isyh.. keliru dengan perasaan ni. Hal hebat saya dulu ialah cinta saya suci, sepatutnya hingga mati..

Sekarang entah apa hal.. saya tidak mempunyai perasaan yang sama lagi. Perlu saya semarakkan semula cinta kami? Perlu saya bagi dia kata dua? Perlu saya pergi pejabat agama?

At this point, saya tak rasa nak bersama dia lagi but untuk minta cerai, saya rasa terlalu besar halnya.

Saya risau masa muda bodoh, dah tua masih bodoh. Normalkah pikiran saya? Logik tak perubahan hati saya. Tolong lah saya. Tolong saya demi agama. Saya nak jadi isteri yang baik, ikhlas, hormat & sayang suami sepenuhnya.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *