Doa Yang Dimakbulkan

Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih jika confession ini sudi disiarkan.

Tak ada apa yang menarik tentang confession ini, cuma ingin berkongsi tentang sesuatu kepada kalian yang sedang menghadapi perkara yang sama seperti aku.

Nama samaran diberi sebagai Nur dan berusia lewat 20an. Aku mula mengenali lelaki pada usia 26 tahun.

Sebelum itu, aku sangat fokus kepada belajar dan bekerja. Jadi, pengalaman dan pengetahuan aku tentang selok belok percintaan ini sangat lah sedikit.

Tahun 2022 adalah tahun yang mengajar aku erti ‘broken’ dan ‘move on’.

Selalu nya aku akan dengar dan lihat pengalaman broken ini dari masyarakat luar. Tapi, kali ni aku benar-benar merasai sakitnya.

Memang sukar untuk meletakkan hati di tangguk redha. Kerana itulah juga nikmat redha ini adalah salah satu nikmat terbesar bagi seseorang mukmin.

Untuk meredakan apa yang telah terjadi. Untuk mengikhlaskan pemergian M, sejujurnya aku masih tak dapat memberikannya lagi sepenuh hati.

Kesan yang ditinggalkan amat dalam sehingga membuatkan aku hilang rasa pada setiap lelaki.

Ucapan manis yang ditaburkan oleh dia pada waktu itu masih terngiang lagi di telinga dan justeru memberikan aku harapan tanpa henti.

Aku ingin hentikan semua drama dan air mata bodoh ini. Tapi, jiwa aku masih tak kuat.

Hati aku masih rapuh dan berdarah. Mengenangkan semula apa yang berlaku pada kami 6 bulan yang lalu.

Aku hiraukan salah satu red flag yang ditunjukkan pada aku waktu itu.

Ayat yang sering diulanginya adalah, “jika ada lelaki yang lebih baik untuk sayang, silakan pergi kepada dia”. “sayang terlalu baik utk abang”. “abang tak nak sayang hidup susah dengan abang nanti”.

Walau sekuat mana aku meyakinkan dia yang aku sanggup untuk hidup susah dan senang bersama, dia tetap tidak memilih aku. Dan pada awalnya, aku kira itu adalah tanda bahawa dia sangat mencintai aku.

Setelah sekian lama, aku baru faham. Jika dia benar mencintai aku, dia akan memperjuangkan cinta ini dan tidak sabar untuk memperisterikan aku.

Akhirnya, aku akur untuk melepaskan dia walaupun hati ini masih sayang.

Pelbagai cara aku cuba untuk memujukkan hati. Mengatakan dia bukan insan yang terbaik untuk aku.

Namun, apakan daya. Aku tidak mampu mengawal rasa yang sewenang-wenang nya hendak pergi dan kembali. Dan tibalah satu hari, aku teringat kembali asbab perpisahan ini.

Adalah kerana asbab doa dari seorang ustazah yang aku kenali dan sahabat syurga ku dimakbulkan oleh Allah.

Ketika itu, aku masih menjalinkan hubungan cinta dengan M.

Hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas agama itu, seraya mereka semua menadahkan tangan dan berdoa agar aku dikurniakan seorang suami yang beriman.

Kemudian doa diaminkan juga oleh malaikat-malaikat yg berada di majlis ilmu tersebut. Selepas beberapa hari, kami putus dengan secara tiba-tiba atas alasan M tidak mahu teruskan lagi hubungan ini.

Seharusnya aku perlu bersyukur bukan, kerana Allah melepaskan seseorang yang tidak baik untuk aku.

Boleh jadi, dia yang aku anggap baik untuk aku. Ternyata tidak baik di pandangan Allah. Allah lebih Mengetahui. Alhamdulillah.

Untuk mereka yang sedang melalui proses move on dan broken, carilah hikmah di sebalik rasa kecewa dan sedih itu. Jangan pernah salahkan diri atas kekurangan kamu.

Bersederhanalah, dan lihat siapa yang mampu bersama mu waktu itu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *