M4k Tiri

Assalamualaikum, aku terpanggil untuk menghantar confessions di sini lepas baca confession seorang bapa tiri, (https://iiumc.com/ohh-an4k-tiriku/).

So, aku Mak Tiri kepada seorang anak tiri perempuan. Aku (bujang) berkahwin dengan bapanya ketika anak tiri ku sekolah rendah.

Hubungan kami macam hubungan Mak – Anak. Aku bantu jaga anak tiri sama macam aku jaga anak anakku.

Lepas kahwin, aku dikurniakan anak. Layanan tetap sama rata.

Cuma bab kerja rumah, aku nampak dia malas. Banyak berdalih, buat kerja asal boleh dan pernah dia macam macam lagi. Dia tak membentak bila disuruh, tapi memberontak dalam diam.

Start buat perangai bila di sekolah menengah. Langkah kaki makin panjang, dengan alasan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Aku iyakan aja sebab kita dulu pernah laluinya dan biasa kan, pasti ada hari yang balik lewat dari biasa.

Oh lupa nak bagitau, aku bekerja office hour. Time pregnant, akan ada hari untuk check up. Lepas check up, aku balik rumah untuk rehat.

Kantoi, anak tiri ku melepak di kedai makan berdekatan rumah.

Habis SPM, makin banyak pulak peel dia buat. Aku cuma mampu luah ke suami, tapi tu la.. Anak dia kan, tak de apa sangat la yang dia buat.

Bapanya selalu balik lewat atau pun outstation. Aku yang selalu ada, dan aku la banyak perhatikan perangai dia.

Tapi, biasalah. Kita ni cuma mak tiri je. Tak banyak pun yang boleh dilakukan.

Sakit mata sakit hati tengok peel pemalas, pengotor tapi kalau keluar berjalan paling tip top, paling helok. Kalau tengok luaran, dengan manis ayu lemah lembut pasti mudah terpesona.

Pujian ni biasa diterima dari kawan kawan ku yang pernah jumpa dia.

Kadang, pergi kenduri kendara atau majlis jamuan, bawak dia sekali. So, orang puji la. Elok lembut tutur katanya. Padahal, underwear berbekas da**h per**d pun biar kering tak reti dental.

Tu belum tengok bilik yang macam reban ayam, kain baju bersepah, makan tak reti kemas terus, plastik pad, kapas muka guna lepas mekap tak reti cuci..

3 4 pagi baru tido, bangun time matahari tegak atas kepala. Pastu bengang sarapan tak disediakan (habis dah ya sebab bangun jam 12. Makanan pun yillek).. Ehhh banyak lagi la..

Bukan tak pernah slowtalk dengan suami aku. Bukan tak pernah bincang, penghujungnya jadi pergaduhan. Bila kerap sangat perbalahan terjadi, aku ambil keputusan berdiam diri

Sampai la satu masa, aku tak mampu nak menahan amarah. Aku buat silent treatment pada suami ku dan anaknya.

Dan dalam masa yang sama aku minta laki ku pesan ke anaknya, ‘sila keluar dari rumah ni’

Aku tak mampu dah bersabar. Aku bagi peluang, Aku maafkan bila dia minta maaf. Terlalu banyak benda yang berlaku yang mengguris hati & perasan ku.

Belum masuk fitnah yang dibuat, entah apa cerita yang disampaikan pada ibu kandungnya (suami ku dan ex nya bercerai hidup)

Yang pasti, aku nampak buruk di kalangan keluar sebelah suami ku dek cerita bawaannya

Lantak la. Aku tak nak ambil tahu dah. Sebab terlalu banyak luka yang ditoreh berkali kali.

Aku terpaksa jadi selfish, sungguh sungguh punya selfish sampai Aku tak nak dengar nama dia apatah lagi khabar tentang dia.

Dia masih punya ibu, biarlah ibunya yang jaga. Lagipun, umur dah lebih 18 tahun. Pandai² la bawak diri, berdikari.

Aku tak izinkan dia jejak kaki ke rumahku (rumah atas namaku sebab aku yang bayar bilangan)

Lagipun maknya yang beria mencari bila anak tu dah besar. Masa kecik, datang jenguk ada la 3 4 kali. Lepastu menghilang terus. Anak dah besar, baru la nak dicari

Lantak la situ. Masalah korang anak beranak.

Now, aku dah mampu tarik nafas lega. Sebab tak perlu sakit hati tengok perangai pemalas anak tiri ku itu.

– Mak Tiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit