M4k Tolonglah Faham

Aku nak luah perasan dekat korang. Aku tengah stress dengan mak aku.

Aku (Maya, bukan nama betul), umur 30 tahun, dah kahwin, kerja elok, suami baik, dan anak 2 orang.

Aku kerja swasta. Aku suka kerja aku. Aku tak rasa penat sebab memang aku passionate tentang kerja aku.

Selain suka kerja aku, aku juga rasa gaji aku sangat berbaloi & aku dibayar tinggi.

Kakak aku ada 4 orang. Semua kerja kerajaan. Semua guna cable untuk masuk kerja.

Mak aku rapat dengan seorang isteri kepada lelaki yang berpangkat tinggi. Aku tak nak ulas pasal tu.

Aku stress sebab sekarang mak aku paksa2 aku kerja kerajaan juga. Point nak aku cuma tiga; pencen, interest murah, secure.

Aku dah 30 tahun. Aku dah built kerjaya aku selama 7 tahun, sejak umur 23 tahun. Memang aku sayang kerjaya aku sekarang.

Tapi mak aku tak suka!

Kalau aku start balik pangkat gred 41 memang gaji aku bawah RM2500 la. Campur elaun itu ini dapat la RM3000 mungkin.

Komitmen aku memang tak lepas la. Memang husband aku bayar A-Z tapi aku ada kemahuan lain.

Gaji sekarang aku stay-cation setiap bulan. Anak2 pun happy. Husband pun happy.

KWSP aku pun banyak sebab tiap2 bulan aku topup sendiri dalam Voluntary Contribution. Dekat 200k sudah selama aku berkerja 7 tahun.

Mak aku duduk sibuk duit pencen. Kalau aku dah tua nanti, InshaAllah duit kwsp aku lagi banyak dari duit pencen bulanan tu.

Mak aku ada kata kang aku kena pecat dan susah cari kerja lain. Tapi aku tak rasa macam tu.

Aku tengah kerja full time ni pun ada company call aku, approach aku untuk kerja dengan syarikat mereka. Client2 aku pun ada tawar aku untuk kerja dengan mereka.

Aku bukan kufur nikmat ke apa. Aku cuma nak point out yang aku tak perlu kerja kerajaan untuk happy dan mewah. Loan interest murah?

Tak perlu pun, sebab aku mampu. Pencen? Tak perlu juga sebab kwsp aku banyak. Sakit? Medical card aku ada 3 + company medical card.

Emergency? Duit simpanan aku pun banyak, 2 tahun gaji aku dah simpan.

Husband aku pun kerja elok. Swasta juga. Kalau boleh kami nak bersara sebelum umur 40 tahun. Nak travel. Nak beribadah bila dah tua.

Tak nak kerja sampai 60 tahun. Nak rehat dengan cucu2. Tinggi angan2 aku.

Tapi mak tak faham hidup aku. Aku stress. Sampai aku pernah rasa tak nak balik kampung dah. Tapi aku tak pernah buat la. Tiap bulan balik juga. Terpaksa hadap mak paksa kerja kerajaan.

Mak aku juga lupa yang duit aku kerja swasta yang tambah 2 bilik tetamu di rumah mak, duit aku kerja swasta yang besarkan dapur mak, duit tu juga mak pergi haji first class 250k aku sponsor.

Aku atau mak yang kufur nikmat ni? Mak ingat aku dapat buat semua tu dengan gaji RM2500 sebulan ke??

Walaupun aku stress dengan mak aku tapi aku tak tunjuk pun. Depan mak masih boleh gelak2 macam biasa.

Aku banyak kali reject offer nak secara lembut, keras, sindir, tegas. Semua dah tapi tak jalan.

Sorry korang terpaksa dengar luahan hati aku. Maaf kalau aku nampak mcm sombong kerja swasta. Aku cuma nak point out yg aku selesa tak kerja bawah kerajaan.

Aku harap sangat dapat berhenti kerja sebelum 40 tahun. Doakan aku terus kuat.

Sayang mak.

Thank you sudi baca walaupun point ke laut.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *