Bap4ku Jahat, dan Aku Bukanlah An4k Baik

Aku ingin meluah. Cerita ini aku singkatkan sebab cerita ini sangat panjang.

Aku membesar dalam keluarga yang sangat broken home. Senang cerita, mama dan papa ku bercerai sejak kami kecil, keluarga papa dan mama tidak menerima kami (kami dibuang keluarga).

Sebelah papa dibuang kerana papa masuk islam, sebelah mama pula dibuang disebabkan adik beradik mama tidak suka mamaku berjaya dan berani.

Jadi, aku hanya ada mama dan adikku yang lelaki (beza setahun ja dengan aku).

Papa aku bukanlah bapa yang baik. Dia dera mama, dia dera adik, tidak pernah bagi nafkah dan paling teruk ialah dia keluar dari islam dan balik ke agama asal sebab takut dengan family dia.

Dia abaikan kami sampai adik aku pada waktu umut 7 tahun di diagnose depression yang sangat teruk. Padahal masih budak.

Mak aku memang banyak dugaan sehingga sekarang dan aku salute mama sebab orangnya kuat.

Waktu aku umur 13 tahun, papa meninggal disebabkan oleh serangan strok. Hanya hidup beberapa hari selepas di diagnose dan meninggal.

Tapi mama bukanlah orang yang pendendam, waktu tu kami sedang bercuti di pulau dan selepas dapat berita papa masuk hospital, mama bergegas bawa kami ke hospital.

Waktu tu kami ada bergaduh sikit dengan papa sebab nafkah (papa tak pernah bagi kami nafkah, adapun sekali dua lepas tu lenyap tiba-tiba).

Jadi kami adik beradik cakap dekat mama ‘baru tahu, tulah siapa suruh jahat’.

Tapi sesampai kami di hospital dan nampak badan papa yang terbaring kaku, dengan wayar-wayar yang disambung ke badan, kami menangis teresak-esak. Tak sanggup kami tengok.

Sejak tu, aku (waktu tu aku baru tingkatan 1) bagitahu kat mama yang aku nak jaga papa (dr bagitahu papa 50/50 untuk hidup, kalau hidup pun akan cacat, kalau tak akan meninggal).

Dan mama pun benarkan. Dia faham, dia mahu kami berbakti pada papa sebelum dia meninggal. Esoknya, kami dapat call dari adik papa yang papa sudah tidak bernyawa.

Kami bergegas pergi ke rumah (kampung papa) untuk beri penghormatan terakhir. Papa dikuburkan ikut cara agama asal dia disebabkan keluarganya yang memaksa.

Sebelum papa meninggal, aku dan adikku ada mengucapkan kalimat syahadat di telinga

(Even sebelum papa kena stroke pun dia ada cakap dengan mak tiri, if papa meninggal dan dikuburkan di kuburan islam, dia kata biarkan saja sebab itu agama yang dia anuti)

Kami sudah meminta pihak yang berkuasa untuk bertindak tapi pihak berkuasa ambil mudah. So kami tiada cara lagi, kami ikuti sahaja kehendak family papa dan kamipun sudah berusaha pelbagai cara.

Selepas papa meninggal, family papa tuntut harta papa (padahal ada kami lagi dan sebenarnya harta semua nama aku dan adikku).

Tapi tak berjaya dan mereka memburukkan kami. Yang paling teruk, mama yang dihina. Tapi mama sabar.

Beberapa tahun berlalu sampailah aku sekarang umur 24 tahun. Aku baru sahaja habiskan degree.

Aku dan mama selalu juga cerita benda ni. Sampai one day mama tanya, ‘kakak, kakak tak rindu papa ka?’ dan aku jawab ‘aku tidak pernah rasa rindu dekat papa’.

Mama pun diam. Dia faham, dia tahu yang aku tidak pernah ada memori indah bersama arwah papa. Aku try very hard untuk ada perasan rindu dan sayang tapi tak dapat jugak.

Aku cemburu tengok orang lain, even dah meninggal, still rasa rindu. Aku tidak tahu nak buat apa so aku teruskan juga hidup ini bersama ibuku dan adikku.

So aku harap kepada bapa-bapa diluar sana, tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Jangan jadi macam aku.

By the way jangan pelik ya bahasa kasar sikit, sebab aku asal dari kota kinabalu, sabah. So faham-faham lah. Hehehe.

– Iqa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *