Su4mi Yang Baik & P0rn0grafi

Assalamualaikum dan salam Aidiladha.. Alhamdulillah.. terima kasih admin siarkan.

Hai, saya perkenalkan diri sebagai Hana. Seorang isteri kepada seorang suami yang rata2 mengatakan dia baik.

Genap 12 tahun menjadi suami isteri. Saya dan suami sama2 penjawat awam.

Kisah yang akan saya kongsikan bukanlah satu kisah yang luar biasa, tapi kebelakangan ni selalu sangat dah lalu lalang di IIUM Confession ini.

Ketika menaip ini, saya sendiri buntu. Buntu dengan diri sendiri dan rumah tangga ini.

Kami berkahwin atas pilihan keluarga. Dengar macam wow kan? Hahaa.

Tapi begitula.. Bercinta selepas kahwin.. Yang semua orang cakap, alhamdulillah.. Bestnya… huhuhu. Tapi itu yang orang luar nampak.

Hujung tahun lepas, kami berselisih faham. Dan dia mengeluarkan kata2 yang simple tapi cukup2 melukakan hati saya.. Bertahan, bertahan dan pujuk hati sendiri.

Waktu itu, saya masih sangat2 sayangkan dia.. Sangat takut kehilngannya. Tapi, itu dulu.. Macam sekarang ni, entah lah. Makin lama makin hilang rasa takut kehilangan tu.

Oh, ya.. Walaupun dah 12 tahun kawen, tapi kami masih belum punya zuriat di dunia ini. Saya dah tahap redha.

Pernah mengandung beberapa kali, tapi allah lebih sayangkan zuriat kami.. Semua baby2 saya bawah kandungan 7 bulan.. Hampir meroyan n gila jugak lah saya. Hahaha.

Berbalik pada tajuk cerita, beberapa bulan lepas.. Suami kantoi lagi. Kali memang kaw2 punya kantoi. Mungkin dia pun tak sangka saya akan buka galeri fon dia.

Allahu.. Menggeletar tangan. Hancur berkecai rasanya hati ni. Masa tu dia tak ada di rumah. Saya smpat snap gambar dan video yang ada dalam galeri tu. Jijik!

Terus saya wasap dia, suruh delete semua gmbar2 tu atau saya yang akan undur diri. Terus saya diam menyendiri. Kalau tanya, saya tau dah apa jawapannya. Hanya diam!

Malam tu, terus kami tidur bilik berasingan. Bukan saya halau dia. Tapi dia yang menjauh. Sedih memang sedih. Tapi saya dah penat dengan penipuannya.

Patut la selama ini, dia sangat dingin untuk bersama. Ok, saya paham.. Mungkin dia letih. Rupanya… ooo patut laah… yang halal di depan mata, tapi yang haram juga yang dicarinya.

Masuk hari ni, dah 2 bulan kami tidur berasingan. Cakap bila perlu, kadang dalam rumah cuma dengar bunyi kipas atau tv. Begitulah sepinya rumah tangga kami.

Bukan saya tak pernah slow talk. Tapi, macam saya bagitau tadi lah.. Diam. Hmmm mesti dia rasa dia salah la tu. Dah tau salah, perbaikilah.

Saya tak tahu smpai bila perkahwinan kami mampu bertahan. Semoga saya tak putus asa untuk mendokan suami dan diri sendiri. Saya lelah, saya juga ingin bahagia.

Saya tak pernah sesekali menceritakan masalah kami kepada sesiapa, waima ibu saya. Semuanya saya simpan rapi. Nak cerita pun, untuk apa.. Itu aib rumah tangga kami.

Ok lah, macam panjang dan bosan sangat cerita saya..

Selamat bertakbir dan bertahmid semua..

1steri yang sepi,

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *