Berdamai Dengan Takdir

Confession ni just a random story about me yang i baru hadapi.

Nama i Anis. Umur 31. Memang kat Malaysia ni kalau umur macam ni memang dah kategori andartu dah.

Ringkaskan cerita, i ni kategori serba serbi cukup. Alhamdulillah. Cuma Allah belum rezeki kan jodoh.

I percaya kalau i menjaga, i akan dapat jodoh yang menjaga juga. I tak melayan lelaki sana sini. I jaga maruah diri i.

Sebelum ni ada yang approach cara baik, tapi tak pernah ke tahap serious sebab i rasa tak serasi/sekufu. Senang cerita tak menjadi sebab bukan jodoh.

I jenis yang tak suka bagi harapan, kalau i rasa macam takde feeling tu, i akan berterus terang tak boleh continue. Susah nak cakap soal hati ni.

I selalu mintak Allah buka kan hati i untuk terima orang yang ikhlas dengan i. Penat bila fikir. Kenapa tak jumpa lagi yang sesuai.

I cuba upgrade diri sebab i tahu nak jodoh yang baik, i pun kena baik. I upgrade dari segi agama, i cuba solat awal waktu, jaga solat sunat, sedekah, i mintak mak ayah doakan i. I cantikkan diri.

Dari segi rupa, i rasa i category average looking lah kot tapi ramai juga yang cakap “kau cantik kenapa tak kahwin lagi” so maknanya ada rupa lah juga.

Penampilan pun kemas je. I jaga imej i. Masih lagi dalam usaha tutup aurat dengan sempurna. I perbetulkan karakter i. I cuba ubah semuanya.

Sampai i dah habis idea dah i nak buat apa lagi ni. Kenapa complicated sangat.

Nak kata memilih, i rasa i pilih based on minimum criteria je; i nak yang bujang, solat jaga, ada kerja tetap, setia, tak panas baran, sedap mata memandang, sefahaman.

Itu pun dah cukup tapi wallahi susah nak jumpa. Pernah kena approach dengan suami orang & boyfriend orang yang dah stable, i tolak. I memang tak layan.

Pantang dengar orang nak pergi umrah, i akan selitkan kirim doa untuk doakan i. I beli makanan kucing bagi kat stray cat. I cuba happy kan parents i belanja makan itu ini. I dah cuba. Dah sehabis daya.

I buat kebaikan bukan untuk dapat jodoh semata mata tapi i nak please Allah.

I nak Allah suka dekat i, Allah pandang i so Dia boleh makbulkan doa i. But little did i know, lagi Allah suka hambaNya, lagi Allah uji.

I bangun solat taubat, tahajud, hajat. I dah buat semuanya hari hari. I minta Allah permudahkan. I siap bernazar kalau dipertemukan dengan yang baik i dah pasang niat macam macam.

Pernah cari melalui apps tapi takde satu pun yang sesuai. Banyak yang tak okay kat sana. Nak luaskan circle pun i tak tahu macam mana dah sekarang. Sometimes i rasa ini kot takdir i. I terima.

I remember last year, ada satu malam tu i bangun i sujud lama, i rasa itu sujud paling lama dalam hidup i. I betul betul mintak datangkan lah jodoh seorang lelaki yang baik utk i & buka kan lah hati i.

Nak dijadikan cerita, sebulan selepas tu Allah datang kan seseorang melalui kenalan.

Dan surprisingly semua ciri ciri yang i sebut2 dalam doa semua ada kat dia. Kami berkawan, selepas sebulan dia berani jumpa parents i.

Masa tu i rasa Allah dah jawab doa i. Hari hari i berterima kasih kat Allah. orang nya baik sangat dekat mak ayah i.

Terlalu baik. Solat jaga, kerja pun stable, bujang. I rasa dia lah orang nya. Dia siap pernah kenalkan i dengan kakak dia. Kami bincang nak kawan setahun kemudian kahwin.

Tapi baru 5 bulan kawan, i terjumpa dia ada tinder. Dia kata itu masa zaman dia single. Sekarang dia lupa nak delete. Lepastu dia delete depan mata i.

Dia minta maaf & dia janji dia takde niat cari lain. I maafkan. Lepastu dia baik dengan i ambik hati i semula. And then tak lama lepastu dia buat hal lagi.

Dia berubah. Makin lama kenal makin dah tak sembang pasal future. Kadang kadang dia jadi super busy dari biasa so i dah agak dah ni mungkin ada orang lain. I confront tanya elok elok dah ada someone else ke, dia kata tak ada.

Dia kata dia serious hujung tahun nanti dia nak bawa jumpa parents dia. And we plan kahwin tahun ni. I did istikharah sebab i tak sedap hati, i mimpi i nampak dia dengan perempuan lain. Jelas mimpi tu.

Bila tanya tak mengaku. Tapi lama2 Allah tunjuk siapa dia. Dia play victim, manipulate, abuse emotional i.

Dia janji macam macam tapi takde action pun. Sampai masa, dia mintak putus dia kata dia tak ready.

Hancur hati i rasa macam kena siat siat je. I rasa dia lah jawapan doa i, hari hari i doakan dia, i buat baik dengan dia, tapi tak sangka jadi macam ni.

Masa tu kerja i pun tunggang langgang tak boleh fokus. Sipi sipi i nak pergi counsellor tapi sebab mak i la yang buat i kuat sampai sekarang. I cuba berdamai dengan takdir.

Selepas 5 bulan berpisah i dengar cerita dia kahwin dengan rakan sekerja dia sendiri. Selepas dia senyap tinggalkan i macam tu je. Finally Allah shows me the truth.

Rupanya dia curang dengan i dia bercinta dengan orang lain belakang i masa dia dengan i lagi. Sedangkan dia dah jumpa parents i.

Ramai kawan i cakap i patut bersyukur sebab terlepas dari lelaki macam tu, but deep inside i tahu ada sisi baik dia, i rasa cemburu kenapa perempuan tu yang dia pilih.

Tak bagus sangat ke i ni? I did my best for him. Tapi bila i fikir, i selalu doa permudahkanlah kalau dia yang terbaik, jauhkanlah kalau dia bukan yang terbaik. Dan Allah dah jawab pun doa i. Kenapa i nak pertikaikan lagi. Slowly i cuba terima.

Disaat i diuji soal jodoh, i diuji sekali lagi dengan ujian rezeki. I diuji dengan pekerjaan dengan stress yang melampau dan dikhianati dengan boss sendiri.

Mungkin jugak lately tu performance i tak bagus so i kena aim dengan boss i. I decide berhenti.

I apply sana sini dan after few months i dapat interview di satu company yang i dah lama aim. I study betul betul, i cuba yang terbaik, masa interview semuanya lancar. I rasa i boleh dapat.

Tapi i dapat jawapan i gagal. I terduduk. I dah usaha i dah doa. Dan i yakin mungkin ini bukan terbaik utk i.

I rasa tak adil ex i khianat i tapi dia tengah happy sekarang, sedangkan i macam ni.

I cuba reflect diri. Pernah ke i lukakan hati orang khianat orang sampai i di uji macam ni. I cuba ingat tapi seingat i, i tak pernah buat jahat kat orang secara sengaja.

Kadang kadang i rasa i ni terlalu baik sampai kena pijak kepala macam ni. I tengah cuba berdamai dengan takdir. Mungkin ini ujian. Ye i tahu 31 masih muda. Mesti orang akan bagi nasihat fokus keluarga fokus diri sendiri.

I tahu. Tapi dalam hati ni i rasa penat. Penat sangat. I dah cuba yang terbaik tapi Allah masih belum izinkan. Sepercaya itu Allah percaya dekat i sampai Dia uji macam ni. Dia tahu i mampu.

I sedih tengok kawan kawan yang seumur macam i dah figure out everything dalam hidup tapi i back to square one semula.

Tahun lepas i imagine nak kahwin, start hidup baru dengan lelaki yang pertama kali i sayang, tak sangka Allah terbalikkan sampai macam ni. I fikir apa la hikmah kedepan nanti yang Dia simpan. Hanya Dia yang tahu.

Tak ada niat lain i luahkan dekat sini selain nak minta kata kata pendapat dan doa dari strangers yang terbaca luahan i ni. Itu sahaja.

Assalamualaikum..

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *