Maaf cakap

Maaf andai post ini mengguris hati mana-mana pihak. Dah lama saya ingin meluahkan perkara ini.

Kepada yang tak dapat menyambung pelajaran dalam medic/dentistry/farmasi disebabkan pointer tak cukup, TOLONGlah ambil course lain.

TOLONGlah jangan belanja sendiri dan masuk universiti swasta.

Amat mengejutkan apabila ada yang mempunyai D dan C dalam spm tetapi mengambil jurusan farmasi di luar negara.

Setiap orang punya cita-cita. Setiap ibu bapa impikam kejayaan anak-anak.

Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni, ditambah pula dengan lambakan graduan perubatan/pergigian/farmasi, MAAF CAKAP, bagi kami yang struggle maintain pointer sewaktu matrik dulu ni, ANDA telah mengambil tempat orang yang layak untuk bekerja nanti.

Hal ini disebabkan oleh kewajipan para graduan medik untuk menjadi HO terlebih dahulu untuk mendapatkan lesen. Takde lesen, takdapat la jadi doktor. Ini berbeza dengan jurusan lain yang membolehkan graduan bekerja di mana-mana, termasuklah agensi swasta.

TOLONGlah ambil jurusan lain kalau anda tak layak. Tetapi kalau dah terambik, nak buat macam mana.

Sekali lagi maaf andai post ini mengguris hati anda.

– Yeng

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

95 Comments

  1. Maaf ckp xdek istilah ambil tempat org lain,,kalau dah namanya rezeki dia..tidak salah rasenye kalau mereka mempunyai gred c dan d,jika mereka mampu belajar Dlm bidang tersebut..manly disini,bukan sahaja dr segi pembiayaan,ttp mampu berusaha dgn gigih untuk mdapat apa yg mereka impikan..rrzeki dimana2.

  2. maaf ckp la knape 3org doctor dlm family aq ckp hospital x cukup doctor n equipment??…tp ko bleh wat statement lambakan doctor…kerajaan je yg xdek duit nk bayar gaji doktor…klu betul lambakan doktor aq rase servis hospital kerajaan mesti laju n akak aq x payah pun keje smpai nk cuti pun susah….delete ah confession ni karut!!

  3. Maaf ckp,mmg kmi x layak utk amek course2 itu krn spm kmi tidak sebagus anda..tp,rmai je di Antara kmi spm straight a’s,pointer asasi 4 flat+ muet band 4..tp x de rezeki utk course yg diminta..Jadinya rmai yg mengambil jln utk smbg di universiti swasta di dlm mahupun luar negara..percaya kpd takdir Allah..rezeki Allah yg tetapkn..maaf sgt2 jika kmi mengambil tmpt anda.

  4. dengki x habis, at least org yg dpt C D ni berusaha nk capai cita2 dia, yg kau x puas hati pehal? takut diorg yg dpt rendah dr kau tetiba lg hebat lg kau? diorg xlayak xkan diorg dpt tempat nnti, ambik tempat kau konon, puihhh

  5. Mereka mampu, ada duit biar la mereka blaja… knp plak awk ckp gitu? Adakah mereka gagal spm bermkna mereka gagal selamanya dan xperlu bangkit? Mereka ada cita2 dan harapan keluarga jd apa hak awk untuk halang impian mereka? Rezeki masing2 Allah yg bagi. Statement tu jgn kontrovesi sgt dik…

  6. Maaf cakap tapi hidup ni penuh dengan persaingan. Takkan diorg yg kuat kena bagi laluan kt ko yg lemah mental. Dah keje nnti takkan nak suruh semua org quit supaya ko dapat naik gred.

  7. P hospital/ klinik kerajaan slalu servis lmbt n so on. Sbb ‘pesakit melebihi doktor’. Ptt rmaikn lg la dktr dsbbkn mung kate lambakan doktor semua. Se lg, rezki msg2, kau spa nk hlg impian dn cita2 seseorg? Bersaing secara sht la, bru msg2 nk improve skills msg2 n jd doc y lg better. Xhbs2 dengki, ble la mlysia nk maju -,-“

  8. This post really hurt me.. haha.. hurm aku ada berlambak berderet c.. ingat aku main2 ke belajar kat universiti ni, perabih duit ummi abah aku.. aku bukan kaya pun, tapi minat tu mengatasi faktor lain.. aku pun struggle la nak score every year maintain nak naik tahun ingat senang ke.. spm tu apa? Tak semua orang sedar kepentingan belajar dan ada cita2 sejak kecik.. habis kalau semua yang ada c d ni kerja bidang lain, senang la orang nak pandang rendah kan? Kononnya doktor je pandai.. yang sambung belajar oversea ngan swasta pun result gempak je.. cuma xda rezeki nak masuk universiti awam je..

    Layak atau tak, bergantung pada usaha kita.. kalau dah berusaha, dapat kerja tu namanya rezeki. Bukan kami beli sijil degree tu.. Ingat belajar medic/dentist ni pakai result je? Kalau buat kerja hampeh asyik failure je.. layak sangat la tu. Menyesal baca post ni, ingat nak kata xyah amik kos ni sebab nanti nak kena struggle untuk kerja, takut nanti xda scholar ke apa.. ataupun nak nasihat cari kerja oversea ke.. ni nak downgraded orang.. sedih la.. dah la tgah exam.. maaf jugak la kalau ayat aku kasar.. sebab post ni macam nak hina orang je..

  9. eeee sempitnye pikiran ko..sedih tgok org cmni..bley plak ko label org tu x layak.klau pointer dia truk pastu amek kos tu then dpt kja lps interview mknanya dia layak lah..buka sket pemikiran tu dik.

  10. maaf cakap…awk x patot pon buat confession mcam ni…ape hak awak untuk menidakkan hak org lain yg x cemerlang msa SPM untuk tros b’usaha capai cita2 die…walaupun dieorg x masok IPTA…atleast dieorg x putus asa…n cuba jugak masok IPTS walaupun yurannye mahal berganda2…dan ada juga IPTS yg kredibilitinya diiktiraf setanding IPTA…dan apa hak awak untuk cakap dieorg x layak???x cemerlang waktu SPM bukan penamat segalanya…

  11. Dont worry gais..kalu tahap ni je mentaliti confessor..xkn tahan lama dlm bidang tersebut..sepupu2 hakak yg doktor sume cakap mental nk kena kuat..tp kalu cmni punye org, i dont think u can go on another step in ur life. Xpyh la nk dengki org. Rezeki dh tetap dh masing2. Kau usaha kau dpt. Org lain usaha, dia akn dpt bahagian dia.

  12. This post should not have been approved in the first place. Full of negativities;downgrade others, underestimate the power of rezq, which reflects the confessor’s never ending jealousy and hatred. Who are you to decide the future of others? Not only you,other people also work their ass off just to get a degree, aiming to get a stable career. SPM is not the tool to decide either one’s a failure or otherwise. But its just a phase for every MALAYSIANS to go through in order to take the next step in their undertakings. Got C’s and D’s? No problem, because Allah has always planned the best for His servant. If taking up Medic/Dentistry/Pharmacys is the path that He has planned for you, then that is the way it should be, and the right is equally the same with others too. There is a thing called ‘rezeki’ from Allah, (definitely) and its not up to you. I’m asking again, who are you?
    Everyone wants to help their family,everybody wants to get a good job, everyone wants to have a successful future, and of course everybody struggles to pass each papers in exams!
    Please kindly reflect your action and heart. Do whatever needed to purify your soul. There is no need to envy on others. Strive your best,with your utmost effort,along with baraqah, in shaa Allah, Allah will reward you accordingly.
    May Allah guide us all.

  13. Sbnrnya kecemerlangan dlm pelajaran bukan la aspek penting. Ada ramai yg mndapat kecemrlangan dlm exam dan dpt pointer yg tinggi tp syg nya apabila masuk ke alam pkerjaan, mereka jd confius dan x dpt mengaplikasikn teori yg mereka pelajari dgn baik. Alam pkerjaan dan alam belajar sgt2 bbeza. Contohnya mekanik yg x ada kelulusan ttp mpunyai pgalaman bkerja slama 10thn lebih mahir dr fresh graduate yg mndapat pointer 4 flat. Sbb tu, apabila kita mencari keja, kbykn syrkt lebih melihat kpd pengalaman bkerja. Sya suda bbrp kali jmp staff nurse atau MA yg sgt cekap dan mahir dlm perubatan drpd doktor. Krn pa? Krn pgalaman mereka. Bukan kerana pointer. Jd, kesimpulannya, masing2 matrikulasi dan swasta ada kelebihannya. Kbykn yg smbg bljr d swasta adalh disebabkn minat yg mdalam. Tetapi blm tentu mereka 100% mndpt pekerjaan krn tdpt bbrp prosedur yg perlu dilalui. Apatah lg mdapatkn lesen dlm perubatan yg perlu dperbaharui stiap tahun (maaf jika silap). Apa yg pntg, usaha kita sdri. Jika mmg rezeki kita, Allah akn beri jg. Bsabar lah dan jgn putus asa.

  14. rezeki bkn kt yg tetapkn…Tuhan yg tetapkn…jgn rendahkn org lain…xbaik…xsemestinye kt bagus rezeki kt lebih dr mereka…ade je pnt stadi medic…tetibe dsahkan bipolar…so lesen kedoktorannye kene tarik blk…rupenye rezeki die dlm perniagaan…ade blaja setakat spm tp jd usahawan bjaye skrg…sume org ade rezeki msg2…anda cm perlu teruskn usaha…smoge anda berjaya nanti…

  15. Motif post ni sebab dia nak save place untuk dia jadi doktor. Well hello, you are too selfish. If you can’t survive in your field, then please drop it. Jangan suruh orang yg ada minat jadi doktor, dentist or etc belajar kos lain. You don’t have the right to say that. How arrogant you are. doctor.

  16. Walau result ko bagus sekali pun, tapi time HO ko blur semua benda tak tau ko ingat ko boleh lulus ke dik non?

    Pastu nak tuduh orang belajar kolej swasta pulak amik tempat ko.

    Orang mcm ko ni kalau dah jadi doktor, dapat patient yg banyak songeh ntah macam mana la agaknya.

  17. Jangan persoalkan rezeki orang lain. Kita taktahu macam mana dia punya struggle and berapa banyak benda yg dia dah sacrifice. Just focus on what you’re doing okay. Rezeki orang tu lain lain

  18. Confessor mungkin graduan medic yg tgh tgu placement utk buat housemnship. Skrg nk tgu placement mmg lama, at least 6 bulan lps grad bru dpt kerja, sbb graduan ramai, post yg available sikit. Tp rileks la ye confessor, enjoy cuti dulu. lambt laun pun awak akan dpt jgk placement tu, x lari ke mana pun rzki awak. Grad ipta ke ipts ke luar ngra ke, ms HO beban kerja sama. Org yg awak xsetuju dia amik medic ni la nnt yg mgkin jd rakan sekerja yg sgt membantu ble awak susah, yg tlg cover kerja awak. Grad mn2 pun yg penting attitude, yg penting jd safe doctor

  19. I rasa confessor takde niat nak dengki. He’s got a point here. Cuma ayat dia tu mungkin burn sikit lah. Sebenarnya skrg Medik/Dentistry/Farmasy dah bukan critical courses mcm dulu. So jangan paksa diri sangat nak juga ambik course2 ni. Mahal pulak tu. Nak pi overseas lagi lah.

  20. Maaf cakap konon.. kakaka, Dah la pemikiran kolot, tak habis2 nak dengki pastu nk pertikaikan rezeki orang pulak. Teruk betoi awak nihh. Ehh #maafcakap

  21. Itu namanya rezeki, Allah nak bg. Bukan salah orang kalau kita tak dpt. Adalah hikmahnya. Muhasabah diri kenapa tak dapat. Bukan blame orang lain. Rezeki ada byk jenis, bukan kerjaya sahaja. Fikir dulu sebelum berkata kata.

  22. Dear Yeng, nak tanya skit. Ang Muslim ka? Percaya Allah x? Percaya Qada’ Qadar x?
    Pasai pa pi buat confession lagu ni? Dah jd HO dpt posting nnt harap jaga attitude ye, n somemore sila ada sifat kerjasama dgn mate ko n not the self-fish punya perangai. Klo ang rasa ang ada sifat cenggini dlm diri n rasa xboleh ubah, mohon benam diri dlm laut n muhasabah..
    MOHON BERUBAH

  23. maaf cakap, confessor, sila check balik hati…jgn mudah pandang rendah pada org dan jgn lupa rezeki tu dari Allah…kalau spm straight A’s pon, kalau ade narrow minded mcm ni susah nak g jauh dik…

    just remember….u dont have the right to ask people to stop chasing their dreams..if u cannot help people to chase their dreams, dont be the reason for them to give up on their dreams…

    cuba hidup memberi inspirasi dkt org…bkn menjatuhkan org..insyaallah laluan hidup akan dimudahkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *