Maaf andai post ini mengguris hati mana-mana pihak. Dah lama saya ingin meluahkan perkara ini.
Kepada yang tak dapat menyambung pelajaran dalam medic/dentistry/farmasi disebabkan pointer tak cukup, TOLONGlah ambil course lain.
TOLONGlah jangan belanja sendiri dan masuk universiti swasta.
Amat mengejutkan apabila ada yang mempunyai D dan C dalam spm tetapi mengambil jurusan farmasi di luar negara.
Setiap orang punya cita-cita. Setiap ibu bapa impikam kejayaan anak-anak.
Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni, ditambah pula dengan lambakan graduan perubatan/pergigian/farmasi, MAAF CAKAP, bagi kami yang struggle maintain pointer sewaktu matrik dulu ni, ANDA telah mengambil tempat orang yang layak untuk bekerja nanti.
Hal ini disebabkan oleh kewajipan para graduan medik untuk menjadi HO terlebih dahulu untuk mendapatkan lesen. Takde lesen, takdapat la jadi doktor. Ini berbeza dengan jurusan lain yang membolehkan graduan bekerja di mana-mana, termasuklah agensi swasta.
TOLONGlah ambil jurusan lain kalau anda tak layak. Tetapi kalau dah terambik, nak buat macam mana.
Sekali lagi maaf andai post ini mengguris hati anda.
– Yeng
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
bodoh
Maaf cakap lah. Kau nak jadi tuhan penentu rezeki orang? Kalau kau budak jurusan itu, maaf ckp lah jangan berlagak ye. Jgn nnti kau tak dpt kerja sudah. suka hati lah mak bapak dia kaya nk taja anak dia amik course apa pun. Rezeki Allah bg bukan kamu
Hahaha… sabar yee… ada rezki tu… kau yang tak dpat… jgn salahkan orang lain… maybe kurang doa atau kesungguhan berdoa… uuuuu… cek balik niat tu…
#berdasarkanpengalaman
Bukan nak ckp pasal layak ke tak, atau dapat A atau D masa SPM, atau pasal rezeki. Tapi ada part yg nak setuju dgn cerita atas tu. (Sila pilih course lain atau study course ni dlm mlysia) Sistem pendidikan luar negara x sama dgn malaysia. Cara mereka cari pt, disease apa yg common dkt sana, ketidakseimbangan teori n praktikal. Bila balik malaysia kekok. Certain tu x diiktiraf pun bila balik. Tapi apa2 pun mungkin org akan ckp “belajar mana2 pun sama je. X payah nak bangga sgt study dkt ipta” okk….
Tahniah la dapat belajar dalam ipta, akhirnya sama2 cabut gigi n tampal gigi jugak?
IPTS pun best jg. Lagi2 skrg ni macam2 bantuan kewangan /biasiswa diorang bagi. Tak rasa terbeban sangat ☺
sedeyyyy…
Maybe dia maksudkan penagih dadah. Huhuhu.
Saya nak minta maaf jgk..bile sedari/sedare confess cmni..sedari/sedare mcm xpercy dgn rezeki tuhan bg…adkh sbb pointer kamu dpt kerja?bkn sbb tuhan k?
#sorisybknstudentmedicpharmacistetc2
Kelakar la confessor ni… Mana kau tau dia xlayak based on SPM je?? Mana kau tau ko layak based on result matrik ko yg excelant tu?? Kenapa xcompare sekali result upsr @ sapa dulu yg pndai mmbaca msa tadika… Jangan judge orang based on masa silam dia, people change ingt tu… Bodoh x selamanya bodoh.. Pandai xselamanya pndai dik.. Tu semua pinjaman je..Rezeki masing2, jgn sebut2 rezeki org lain…
Sis ni stress x dpt keje lagi kot.. Tapi stress jgn sampai menghalang minat org lain nak keje mcm tu jugak…walau x sepandai spm awak, diorang pon ad cita2…..Saba eh… Ad rezeki ad la tu….
Astaghfirullahalazim…smpai hati ckp mcm tu..aq igtkn nk bg motivasi ke ape..biarlah dyeorng..doa bnyk2..sedekah bnyk2..insyaAllah,nnti ade rzki la tu
Bjaya atas kertas tak sama dgn bjaya mbentuk diri n spirit yg tgi. Allah mberi anda rezeki sama mcm org, jgn jd sombong n dengki sbb rezeki allah tak pnh putus hga awak ninggal nt. Camner nk kja pro n jd pro mcm ni jika hati dah kurang elok??
Maaf ye semua sy agak stuju dgn pendapat confessor ni sbb pengalaman sy dgn dr lulusan ipta yang mmg scorer sgt2 lain ye bbanding Dr lulusan universiti luar negara yg buat pinjaman @ guna duit sendiri.. Dr yg mmg dpt jd Dr melalui merit ni mmg pndai mlayan psakit… Nampak diorg tau ape yg diorg buat… Bile sy ckp sy sakit mmg btl2 check… Dan blh bg opinion and option yg mmg sy blh terima wlaupun sy pergi ke klinik kesihatan je.. Siap rujuk sy lg utk buat scan.. Sedangkan sy pergi ke klinik swasta sy dilayan acuh x acuh je…check pn x.. Option @ opinion pn xbg.. Maybe org akan ckp mcm mne ye sy tau Dr tu grad dri mne.. Sy tgk cop Dr tu grad universiti mne.. Kalau ade adik2 yg msih bljr hrap blh btlkn attitude masing2 ye… Xsmstinya bile kite mampu jln kite mudah kite amik mudah je dgn keje… Ni pengalaman je ye bkn nk kondem sesape…
Rezki yg Allah dah tetapkan…apa hak kita utk mempertikaikan ketentuan qadak dan qadak Allah…bersihkan hati tu….bnyk2 beristighfar….
Bukan kementerian kesihatan dh ckp ke kalau pelajar yg masuk bidang medic luar negara tanpa minimun gred tak diterima? Mmg nampak confessor salah dengki smua. Tpi bila tgok balik , mmg benar apa yg dia cuba ckp. Bukan saja ada lambakan doktor, tapi nak ka dr yg tidak berkualiti rawat anda smua? Yg ambil bidang medic ni semata mata sbb gaji yg tinggi? Bukan bidang ni saja. Bidang lain pon sama ja.
Rezeki masing2 dik. Percaya qada’ dan qadar. Ni bukan pasal tak layak tapi ada duit. X smua doktor or any other medic line punya students tu pergi sbb kaya dan tak struggle. Come on la..science course susah kot. Klau bongok tp kaya pun, ingat dapat msuk ke? Percaya rzki masing2 dik. Semua org pun struggle
Maaf ckap….rezeki masing2 k….
Kerek gile
Assalamualaikum..sy baca post ni siang tadi tp sebab tergesa2 nak pergi kelas tak sempat nk reply. Tp seriuslah.. Cara awk ckp ni..mcm rendah sgt org2 yg masuk ipts semua ni. Fyi lah kan..tak semua yg masuk ipts tu result teruk ke apa..cuma takde rezeki nk masuk ipta..lagi satu..kat ipts nak masuk pun ade saringan, ade interview..kena cukup semua syarat baru dpt masuk. Ingat senang2 ke? And student tajaan mara pun ramai dihantar ke ipts. Salah ke?
One more thing, janganlah duk rendah2kan result org lain. Tak semestinya tak excellent spm, seumur hidup tu tak excellent. Rezeki Allah tu berbeza2, dik. Janganlah nak menjatuhkan orang lain je. Ingatkan mentaliti ni dh takde kat generasi2 baru ni. Rupa2nya wujud lagi. Hmm. Berubahler.
Well said ?
Zuyyin Nabilla hahaah geram sangat tau. Duk dalam kelas fikir pasal menda ni semalam.
Nak jealous pulak orang masuk ipts. Ingat semua yg masuk ipts ni kaya ke? Tak tahu ke cemana students ipts struggle nak maintain result? Ingat bodoh sgt ke sape yg masuk ipts ni? Ingat masuk medic ipts tak belajar mcm students ipta belajar ke? Meh tanya result spm sikit. Dia tu straight A+ sgt ke? Kalau hebat sgt kenapa tak dapat tajaan mara ke jpa pegi oversea? Malu la nak dapat colleagues mcm ni masa kerja nnt. Low class mentality. Tengok je la nnt mcm mana kan.. Hmm
Sorry sis emo plak petang2 ni ?
Liya Dhira takpe sis. Sy faham. Menda2 yg Liya ckp tu pun one of the things yg kita nk ckp tapi tak terletak pulak dlm reply tu hahahahah. Betul2 malu pulak nak dpt colleagues mcm ni.
Maaf cakap………kesian.
Bapak r terasa…er tp ak ambk ekonomi…sori2 ;)
Confessor ni mmg x patut..ish ish mmg x patut…x patut..
Fadzlin Aimi Adiladina Rashid MisZz Sue Iffa Farhana