Maafkan kami kaum hawa

Assalamualaikum, sejak kebelakangan ni ramai confessor buat pengakuan mereka dicabul atau dalam keadaan hampir. Maafkan kami wahai hawa, saya sebagai lelaki malu untuk mengatakan lelaki sekarang sebenarnya tak guna. Bukan semua, tapi mostly. Pilu hati, bila banyak keadaan berlaku dalam keluarga sendiri, ayah cabul anak, sepupu, malah adik beradik. Maafkan kami hawa, lelaki yang kalian harapkan melindungi kalian itu duri dalam daging. Lindungilah diri anda sebolehnya, bawalah teman atau apa2 yang boleh melindungi kalian di mana sahaja.

Maafkan kami hawa, dalam keadaan dunia yang gila ini, bahaya untuk kalian. Lindungilah diri kalian sebaiknya. Jika ingin lihat bagaimana lelaki sekarang, bukak sahaja di gambar2 instagram gambar wanita, komen2 di youtube yang adanya wanita, lihat bagaimana komen2 mereka yang berbaur lucah. Ya, itulah lelaki sekarang. Maafkan jika kami lelaki berkelakuan begitu. Pada kaum hawa yang pernah mengalaminya, mana mungkin dengan maaf sahaja dapat menghilangkan masa silam kalian. Sukar untuk kalian terima bagaimana lelaki2 yang lain akan melindungi kaum hawa.

Tapi percayalah, masih ada lelaki yang berguna pada zaman ini. Masih ada lelaki yang akan melindungi kalian kelak. Masih ada lelaki yang menundukkan pandangan mereka. Percayalah, masih ada lelaki yang menerima kisah silam kalian, dan masih ada lelaki yang kalian harapkan. Maafkan kami hawa, percayalah setiap suratan dalam hidup kalian pasti ada percaturannya. Allah itu adil. Janganlah hilang arah dalam dendam pada setiap lelaki yang kalian jumpa. Berdoalah, setiap jalan yang gelap itu pasti ada sinar di hujungnya.

– Tautan Hati

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Ada. Syaratnya serahkan diri sepenuhnya pada Allah. Mohon ciri lelaki yg diingini kepadaNYA. Inshaa Allah, jumpa jika tidak di dunia pasti di akhirat sana.

  2. ya lindungi diri2 anda seboleh2nya. hati2 di alam nyata..dan hati2 juga di alam maya. gambar2 selfi kamu kaum hawa yg melambak kat wechat ig fb twitter bila nk buang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *