Maafkan Saya, Nadia

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau kisah aku ni berjaya dipublish. Tak mau cakap banyak. Ni kisah seorang perempuan yang aku betul betul sayang. Cinta tak semestinya di miliki ye dok?

Aku futher study di Utara beberapa tahun lepas, dalam tempoh sana aku jumpa seorang gadis yang manis, kulit mulus, tinggi lampai cantik orangnya. Anak kedua daripada 4 adikberadik. Berasal dari Borneo. Pertama kali tengok mmg jantung seakan berhenti. Lama juga la aku usha, serious aku jadi suka dia sebab niat aku nk ubah dia.

Aku bukanlah sempurna sangat, sebab aku ingat nasihat mak aku cari isteri biar yang betul betul nak berubah kerana Allah. Walaupun aku tinggal di Bandar tapi nasihat mak tetap aku ingat. Banyak nasihat mak bagi supaya dapat bawa isteri sekali ke syurga. Terima kasih mak, orang sayang kat mak tapi orang tak dapat nak bantu dia mak :(

Short story, bila kami dah rapat. Family dia pun dah kenal aku dan penah sekali ikut family dia bercuti. Mak dan ayah dia amanahkan aku untuk jaga dia. Aku selalu risau kalau dia marah ke memberontak ke. Aku sabar ja dan buat tak endah kadang kadang sebab biasala perempuan kan. Bukan aku tak sayang tapi tu la tu cara aku. Aku selalu tegur tudung dia jangan pendek. Aku tegur dalam whatsapp je. Dari cara pemakaian almost everyday aku nasihat. Mula mula ja okay.

Siapa tak insecure kan kalau makwe korang dahlaa cantik pakaian boleh kata menjolok mata , aku banyak kali tegur sampai satu tahap aku rasa mungkin dia perlu masa. Ya, banyak kali dah gaduh tapi dia tetap tak faham. Serius berapa banyak lelaki dekat kolej aku dulu minat kat dia. Aku jadi give up. Dengan panas baran dia. Dengan ego dia. Aku sampai taknak lansung chat dia.

Satu hal bila dia terlalu expose “couple” dengan follower or friend dekat IG, FB dia. Bukan aku tak suka. Mak pesan jangan bercinta bagai nak rak end up kahwin dengan orang lain. Jenis melayan lelaki lain pulak tu, komen ig dia mak ai, gambar dia upload. Aku kecewa aku sedih. Aku banyak kali nasihat tapi dia tak dengar. Sampai kami habis belajar, aku jumpa dia kt Borneo. Aku sanggup kumpul duit semata mata nak jumpa dia. Aku kerja tetap pun tak da masa tu, aku buat Grab. Ya aku hargai dia sangat tapi tu la dia mungkin xhargai cara aku.

Aku tahu belakang aku dia keluar mana. Jumpa siapa. Aku tahu dia layan lelaki lain. Aku tahu ada lelaki suka dia. Semua benda tu aku tahu. Tapi aku lansung tak marah or tak tanya dia. Then bulan apetahdia masuk Latihan Askar jadi nombor semua dekat aku, aku ada kawan yang boleh track nombor mesej whatsapp yang sebelum ni sebab kawan aku ni Pro IT, so semua benar belaka gais, keluar mana pergi mana, mesej siapa semua terbongkar! Sedih weh, dia latihan tak boleh nak contact aku.

Jadi bila keadaan camtu aku senyap ja buat cam biasa. Masa dia kat Borneo aku pun tak banyak soal sebab LDR kan, keadaan akan jadi teruk bila aku persoal nanti. Lelaki sentiasa salah beb! Haha. Then satu hari tu aku jumpa seorang perempuan ni, lemah lembut ja watak dia. Mohon jangan kecam aku gais. Aku buat camni sebab aku kecewa sampai tak tekeluar air mata. Setiap nasihat aku bagai air ja kat dia. Aku ambik haluan sendiri. Aku senyap. Aku tak contact. Padahal aku rindu.

Ya, aku ada penganti nadia, orangnya lemah lembut sopan santun, pakaian sejuk mata memandang. Selalu nasihat aku tentang agama. Bukan aku nak bezakan tapi aku tahu keputusan aku buat betul. Mak aku hari hari tanya nadia. Aku senyap ja. Aku nak nadia rasa apa yang dia buat kat belakang aku. Sebab aku tahu dia layan lelaki lain. Sebelum ni aku banyak bersabar. Bila aku teringat dia aku cari dia , semua media sosial dia block aku. Masa tu tak tahu rasa nak sedih ke tak.

Wahai kaum perempuan, kalau anda tak buat hal, aku takkan buat apa yang nadia buat! Kami lelaki diam tapi hati kami tak siapa yang tahu. Aku hari hari doa, kalau nadia jodoh aku, dekatkanlah. Masa aku dengan perempuan lain. Aku rasa gembira sebab aku rasa aku dah jumpa perempuan yang betul betul faham apa perasaan seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Hari hari aku ingat Nadia.

Kadang kadang teringat Atok Nenek dia tapi tula mungkin takda jodoh. Awak, saya tahu awak ada penganti saya, awak teruskan kehidupan awak kat sana, saya pernah menyayangi awak tapi mungkin silap awak tak hargai apa makna sebuah hubungan. Awak kena fikir, kalau saya tak sayang awak, sebelum awak curang, saya dah curang dulu dari awak.

Banyak benda aku belajar dari Nadia ni. Terima kasih awak. Saya tahu awak tunggu penjelasan ni. Penat saya simpan kat dada. Saya taknak dah awak nangis sebab saya lagi. Saya tahu awak kuat. Semoga dipermudahkan urusan awak.

– IMPERFECTS MAN

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *