Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Sebelum ni saya ada berkongsi sedikit pengalaman hidup di https://iiumc.com/madu-atau-hempedu/
Bila buka link fb, terkejut juga ada yang menyangka saya sengaja berniat menggantungkan cerita. Ada juga kata ianya cerpen.
Alahai. Tidak mengapa. Niat saya hanya berkongsi masalah. Pengalaman hidup saya. Mana mungkin lembaran hidup 5 tahun mampu ditulis dalam 1 artikel ni.
Saya hanya ada masa terluang selepas anak2 dan suami tidur. Kebetulan tengah ralit menulis, anak kecil menangis. Terpaksa hentikan semua. Terima kasih juga yang memberi nasihat.
Betul. Tidak mudah berkahwin dengan duda yang mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu. Lebih2 lagi jika anak2 telah remaja.
Bukan mudah menjaga anak tiri. 1, belum tentu kita mampu memberi kehidupan yang mereka perlukan dan ke 2, belum tentu mereka mampu menerima setakat apa yang kita mampu berikan.
Asalnya nak berkongsi satu persatu peristiwa yang membawa saya ke laman IIUM Confession ni, setelah bertahun menanggung sendirian. Dan ianya pasti tidak habis satu hari. Tapi mungkin tidak sesuai agaknya bagi mengelak cerita tergantung kan.
Baiklah. Saya sambung dan cuba habiskan. Kehidupan 4 tahun pertama baik2 sahaja. Hubungan dengan anak2 saya dengan kakak2 mereka pun baik alhamdulillah.
Kesemua anak2 suami duduk asrama. Balik cuti, duduk bersama saya. Balik asrama, saya akan tunaikan kehendak mereka nak makan apa. Saya masak.
Namun sejak setahun kebelakangan ni ex wife AKA mak anak2 ni (saya gelar Betik) mula kembali menghubungi anak2 yang sudah hampir 8 tahun ditinggalkan. Sebab tu dalam artikel pertama saya katakan anak2 duduk dengan keluarga suami.
Untuk pengetahuan pembaca juga, Betik ni ni dah berkahwin. Rumah tangga Betik tengah bergolak sebab suami dia (Rambutan) dapat tahu yang Betik tipu status semasa berkahwin dengan Rambutan.
Rupanya Betik berkahwin semasa dia masih dalam proses cerai dengan Durian (suami saya sekarang).
Betik yakinkan keluarga Rambutan yang Durian dah lafaz cerai jadi Betik nikah dengan Rambutan secara kampung (hukum syarak sahaja) semua ni saya dapat makluman daripada Betik sendiri. Kerana Betik datang berjumpa saya.
Dia memerlukan anak2nya untuk jadi kekuatan. Saya terima kehadiran Betik atas dasar kami sama2 ibu. Tiada sebab untuk bermusuh kerana saya berkahwin dengan Durian beberapa tahun selepas mereka bercerai.
Dalam tempoh setahun kehadiran Betik yang selalu mengunjungi anak2nya, hubungan kami semua baik sehinggalah saya dihubungi salah seorang kenalan saya yang merupakan guru di asrama.
Kenalan lama saya bertanyakan khabar saya. Keadaan saya. Saya pelik lalu bertanya lebih lanjut.
Rupanya setiap kali Betik mengunjungi kami dan ke asrama anak2, Betik akan bercerita kepada warden asrama bahawa anak2 Betik sentiasa mengadu kepada Betik yang saya mendera anak2nya secara mental dan fizikal.
Sebab itulah dia muncul semula dan nak ambil anak2 ke dalam jagaanya.
Kenalan tersebut bertanya kepada saya, dan saya katakan semua tu tak benar. Ada tak anak2 tu sendiri yang mengadu terus kepada warden?
Kenalan saya kata tak ada. Ibu dia yang bercerita. Saya sangat kecewa, terkilan. Tetapi saya sedar posisi seorang mak tiri. Buat sehabis baik pun, akan dilihat buruknya.
Setelah berbincang dengan suami, saya berhadapan dengan Betik dan saya bersetuju sekiranya dia ingin mengambil anak2nya.
Pada awalnya anak2 keberatan sebab dah biasa hidup dengan saya dan suami, tapi atas nasihat suami dan saya sendiri, mereka bersetuju. Cuti sekolah mereka boleh jenguk ayah mereka dan adik2.
Saya tidak mahu panjangkan masalah. Ya. Saya juga ada kerjaya dan ada anak kecil perlu dijaga. Ingatkan selesai, namun, setelah beberapa minggu. Anak saya berumur 4 tahun sukar tidur. Suka bangun malam menjerit. Seakan histeria.
Anak bongsu pula sering menangis tanpa henti menjelang tengah malam. Hanya berhenti ketika azan subuh. Ianya berlanjutan selama lebih seminggu. Saya dan suami jadi buntu. Atas saranan kenalan dan keluarga, saya bawa anak2 jumpa seorang ustaz. Ustaz M.
Hasil rawatan, ustaz M mengatakan anak2 saya kena gangguan. Ustaz M bertanya sama ada pernah orang yang datang ke rumah saya. Saya kata saya ramai kawan dan keluarga sering berkunjung ke rumah.
Ustaz tersebut jawab, dia sering ke rumah. Buat jamuan. Ada tujuan. Ustaz tersenyum dan terus pandang suami. Dia nak ‘kenakan’ kamu.
Tapi kamu suami isteri jaga solat. Jadi anak2 kamu yang dapat. “Benda dah hantar, tak boleh patah balik”. “Dia tak nak kamu dah. Tapi dia saja tak suka tengok kamu bahagia.”
Saya cukup kecewa dan sedih. Kerana dendam, anak2 jadi mangsa. Macam apa yang ustaz M katakan, hasad adalah perkara paling bahaya. Sebab tu Allah berikan kita surah 3 qul untuk diamalkan.
Saya bersyukur kerana Allah melindungi keluarga dan anak2. Saya hanya mampu berdoa semoga akan datang hubungan silaturrahim anak2 Betik dengan suami, dan adik2 mereka akan baik2 saja. Aamiin.
********
Jika ada yang perasan kenapa saya katakan rumah tangga saya dilanda ribut. Ada satu lagi part yang saya tidak tahu. Saya hanya tahu selepas saya berhadapan dengan Betik setelah saya berjumpa ustaz M untuk rawat anak2 saya.
Rupanya saya adalah perkahwinan suami yang ketiga. Betik perkahwinan pertama. Perkahwinan kedua suami ketika tahun kedua Betik tinggalkan Durian. Ya. Maksudnya sekitar 7 tahun lepas. Berkahwin di siam. Kerana kecewa dengan Betik. Maksudnya saya ada madu. Ya madu.
Dimana madu tersebut? Saya konfront suami saya, beliau diam. Setelah lama saya membuat silent treatment, rupanya benar. Bila Durian outstation Durian melawat si dia (Manggis). Rupanya juga Manggis ada 3 orang anak.
Durian dan Manggis berkahwin kerana ‘syorrrrrrrr’ daripada rakan2 apabila kasihan melihat Durian ditinggalkan isteri (Betik). Durian berkahwin dengan Manggis tanpa pengetahuan keluarga Durian.
Setelah berkahwin dengan saya barulah Durian mengesahkan perkahwinan dengan Manggis demi kesahtarafan anak2 mereka.
Kalau ada soalan (Manggis tahu ka kewujudan saya?) jawapannya ya. Apa reaksinya? Dia juga baru dapat tahu. Dan masih sukar menerima saya macam mana saya masih terlalu terkejut dengan kewujudannya.
Kenapa tajuk artikel ni madu atau hempedu? Ya. Madu manis. Sedap berkhasiat. Tapi madu sekarang banyak letak gula tambahan. Bukan jadi ubat, tapi racun kepada pesakit diabetis. Kan? Hempedu pahit. Semua tahu. Tapi rasa ubat pun memang pahit kan?
Lastly, saya jawab (jika mungkin akan ada pertanyaan), kenapa saya tulis artikel ni. Kongsi kisah hidup saya ni. Suami saya baik, jaga solat. Tidak pernah abaikan nafkah saya dan anak2 termasuk anak2 Betik(saya tahu sebab Durian selalu tunjuk saya resit transfer).
Durian seorang suami yang ringan tulang juga. Tak pernah merungut dalam uruskan rumah. Durian juga sering bawa saya dan anak2 bercuti. 2 bulan sekali.
Jadi, apa masalah? Jawapannya, hati. Saya terlalu kecewa. Durian tak jujur dengan saya. Sampaikan saya terlepas cakap dengan Durian, saya menyesal berkahwin dengan dia. Ya Allah, berdosanya rasa.
Saya masih dalam tempoh silet treatment. Saya takut akan bercakap benda tak sepatutnya lagi. Takut berdosa. Saya masih sediakan makan pakai Durian macam biasa. Layan anak2 macam biasa. Tapi saya senyap. Dia senyap.
Sebab dia tahu kalau saya marah memang saya senyap. Ambil masa untuk pulih. Tapi kali ni, saya kecewa. Hancur lumat rasa ditipu.
Perlukah saya meminta cerai? Hanya itukah pilihan yang ada? Jika bercerai, macam mana dengan anak2 yang sangat rapat dengan ayahnya? Wallahu’alam. Saya masih beristikharah.
Mohon pembaca doakan saya juga. Walaupun Durian kata dia sangat sayangkan saya dan anak2. Saya hanya cakap pada Durian, “Daripada beri saya madu, lebih baik hidangkan saya hempedu”.
P/s : Artikel ni dah tamat ya. Tapi kisah hidup saya masih berlangsung selagi ada nyawa. Saya ceritakan seringkas yang boleh. Moga2 semua terjawab.
Mohon maaf jika jalan cerita berterabur. Jika ada nasihat atau saranan, saya sangat alu2kan. Doa kalian juga sangat saya hargai.
– Delima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ambil masa puan untuk sembilan Luka Di hati…jangan bercerai
Ambil masa puan…untuk sembuhkan Luka Di hati tapi…jangan bercerai