Mahalnya Sebuah Hidayah

assalamualaikum. terima kaseh admin sudi siarkan.

aku cik gadis. berusia 20-an. aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang faham agama. ayah aku bukan ustaz. tapi dari kecik lagi dia ajar aku alquran. ingat lagi. malam malam balik dari surau dia sendiri akan ajar aku mengaji alquran.

umur aku 5 tahun aku dah start baca muqaddam. masuk je tahun 1 aku dah mula baca alquran. jejak umur 10 tahun. aku dah khatam alquran. alhamdulillah

masa aku sekolah rendah. aku selalu masuk pertandingan hafazan alquran. pernah dapat johan. masuk sekolah menengah ayah aku hantar aku masuk sekolah agama.

alhamdulillah. semua berjalan lancar. sampailah bila aku mula masuk universiti. itu pertama kali aku berjauhan dengan keluarga.

sebulan bulan pertama semuanya baik baik je. bangun awal tahajud. sebelum kuliah baca alquran. solat maghrib dan isyak disurau kolej. sebelum tido baca almulk. petang lepas asar baca mathurat.

masuk bulan ke 2 aku mula culture shock. aku mula dapat kawan baru. aku start keluar malam. habis kuliah lepak dengan kawan kawan. kadang kadang pukul 2 3 pagi baru balik. hujung minggu lagi lah. kadang kadang subuh baru kenal jalan pulang.

tapi study aku tetap padu. aku dapat dekan untuk semester pertama. masuk semester kedua. aku mula kenal cinta. bercinta dengan senior. fuhhh. masyuk. rasa bahagia. dunia tuh aku yang punya.

mula dating. start ponteng kelas. alquran dah lama aku tak baca. surau dah lama aku tak jejak. lagi teruk. aku dah berani bertepuk tampar dengan pakwe aku.

pakaian aku pun dah up to date. tudung labuh aku makin singkat. stokin dan sarung tangan hilang entah ke mana. tapi study aku tetap cemerlang.

masuk tahun ke dua aku couple. pakwe aku makin berani. dia dah habis study. dia selalu video call. mula mula aku pastikan aku pakai tudung setiap kali nak bervideo call dengan dia.

lama lama dia request nak tengok rambut aku. cantik katenya. tak lama lepas tuh dia suruh aku bukak baju. sampailah tahap yang paling teruk sekali. dia dah tengok semua body aku.

masa tuh aku rasa bangga sebab dia selalu puji body aku. aku tak rasa bersalah langsung tunjukkan body aku pada dia. walaupun hanya dalam telefon. sebab aku yakin nanti dia yang akan jadi imam aku.

masuk tahun akhir. aku makin jauh. aku dah start tinggal solat. tudung aku menampakkan aset berharga aku. baju semakin ketat. aku bangga bila semua mata pandang aku.

mak ayah aku dekat kampung tak tahu. sebab aku jarang balik. bila cuti sem. aku balik sekejap je. alasan nak bekerja cari duit lebih.

mak ayah aku tak risau. sebab dia dah bagi cukup bekal agama untuk aku. lagipun aku kalau dekat rumah memang tak keluar rumah. study aku baik je. setiap sem dapat dekan.

bila aku grad. aku dapat anugerah diraja. mak ayah aku bangga. sebulan lepas grad aku terus dapat kerja. jauh dari keluarga.

aku masih kapel dengan si dia. tempat aku kerja berjiran negeri dengan dia. setiap hujung minggu kami akan jumpa.

setiap kali jumpa ada adegan manis. semua body aku dia pernah sentuh. aku tak menghalang sebab yakin dia akan jadi imam aku.

sampailah awal tahun hari tuh. dia mintak putus. katanya dah bosan berkapel. dia nak fokus bekerja. banyak kali aku merayu untuk sambung balik. tapi dia tak nak.

sejak tuh. kerjaya aku makin teruk. aku dah tak dapat fokus. aku selalu punch kad dan ponteng kerja. gaji setiap bulan selalu tak cukup. mungkin sebab tak ada berkat.

aku buat dua tiga kerja. secara logiknya lebih dari cukup untuk tamping belanja aku. tapi yang hairannya. belum sampai gaji duit dah habis. aku buntu

kawan kawan aku yang dulu semua dah menjauh diri dari aku. bila jumpa kawan kawan sekolah menengah aku. aku malu. diaorang masih istiqamah dengan tudung labuh dan pakaian yang menutup aurat.

aku dah lama tak balik kampung. aku malu dengan keluarga aku. aku rasa hidup aku kosong. sampailah suatu hari. masa aku tengah drive balik ke rumah.

minggu lepas aku terbuka radio ikim. salah seorang penceramah jemputan sebut. “kalau sesat jalan. kembali pada tuhan”. tak semena mena air mata aku jatuh laju. aku malu dengan Allah. aku dah lama tak solat dah lama tak mengaji.

kebetulan azan maghrib berkumandang. aku tak tahu macam mana aku boleh pusingkan stereng masuk dalam kawasan masjid. aku malu nak keluar kereta. rasa malu dengan Allah. dah dua tahun aku tak solat.

aku nampak ada satu pasangan suami isteri parking sebelah kereta aku. sweet je nampak diaorang pimpin tangan anak jalan ke masjid. aku gagahkan kaki follow dari belakang.

aku dah lupa cara berwudhuk. aku ikot akak kat sebelah wudhuk. pertama kalinya aku menangis sambil wudhuk. aku rasa diri aku kotor gila.

masa solat. aku duduk belakang. sebab nak tengok cara orang solat. aku takut aku lupa cara untuk solat. mula dari angkat takbit sampai lah salam. aku tak berhenti menangis. satu perasaan yang tak mampu aku nak ceritakan

dan alhamdulillah. sekarang aku slow slow untuk berhijrah. tujuan aku ceritakan kisah aku bukan untuk bukak aib semata mata. tapi untuk sama sama kongsi iktibar.

1. nikmat iman dan islam itu nikmat paling besar atas dunia. hargailah

2. nikmat taufik dan hidayah milik Allah. bila bila masa Allah boleh tarik. sementara Allah bagi hidayah. perbanyakkan buat kebaikan. dan mintak Allah sentiasa pelihara taufik dan hidayah pada kita

3. bila nampak orang berubah bukan ke arah kebaikan. jangan dikecam ibu ayah mereka. kadang kadang bukan salah ibu yang mengandung apatah lagi bapa yang membesarkan. tapi salah diri sendiri yang belum kuat imannya.

4. dunia adalah tempat ujian. setiap ujian pasti ada hikmahnya. dulu sebelun masuk universiti. aku rasa aku dah cukup kuat untuk tempuh cabaran dunia luar dengan berbekalkan ilmu agama yang diberikan keluarga dan ustaz ustazah. tapi siapa sangka aku lalai.

5. tak ada istilah terlambat dalam berhijrah. selagi nyawa belum sampai kerongkong. selagi itu pintu taubat akan terbukak.

6. apa apa yang jadi. jangan pernah tinggal solat. bila aku fikir fikir balik. aku start berhijrah bukan ke arah kebaikan bila aku mula solat lambat. kadang kadang nak habis waktu baru solat. dan lama lama aku dah tak rasa solat tuh penting. sampaikan aku sanggup tinggalkan solat selama dua tahun.

7. berada dalan suasana ‘jahiliah’ bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. luaran orang nampak happy. tetapi dalaman dia terseksa. sungguh aku rasa tak tenang langsung

8. orang tengok aku hampir sempurna. keluarga yang bahgia. mengamalkan agama. pelajaran cemerlang. tapi Allah uji dengan tarik bikmat hidayah seketika. dan sungguh hidayah itu sangat mahal. jagalah elok elok

9. dalam hidup nih. bukan kuantiti yang dicari. tapi kualiti. bukab soal banyak atau sikit gaji. tapi soal berkat. sikit kalau berkat pasti cukup. tapi banyak kalau tak berkat pasti tak cukup.

10. hidayah tuh datang dari pelbagai caram siapa sangka. dengan hanya sebaris kata dari corong radio. menyedarkan aku kembali ke pangkal jalan. siapa sangka dengan hanya melihat sepasang suami isteri dan anak anak berjalan ke masjid bagi aku kekuatan untuk ikot sama. jangan pernah penat untuk bercakap yang baik baik. fikir yang baik baik. buat yang baik baik. sebab kita tak tahu usaha kecil kita yang mana yang boleh menyentuh hati orang

maaf. aku terpakse tulis panjang dekat sini. aku tak tahu nak cerita pada siapa. aku malu. doakan aku istiqamah yer. jangan kecam aku. aku cuma mohon kata kata yang baik baik dari kalian semua

moga dalan redha Allah selalu

– Cik Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit