Agama Hindu Tapi Hafal Yaasin

Aku perempuan/berkahwin. So aku ada seorang kawan Hindu nie, aku nak cerita macam mana dia masuk Islam.
.
Kisahnya, dia membesar di India dan oleh kerana orang orang Islam di tempat dia duduk tu jenis suka menimbulkan masalah (mcm kat negara kita la jugak, ada baik ada jahat) maka dia dari kecil memang tak suka dengan org Islam. Dia kata tak kisahlah dia akan kahwin dengan siapa bila besar nanti asalkan bukan orang Islam.

Ya macam tu sekali teruknya perangai segelintir umar Islam kita ni. Ambil pengajaran ya, yang perangai tak elok tu bawa bawalah berubah.

Bila dia masuk universiti, ditakdirkan dia dapat belajar di luar negara dan masa tempoh ini dia berkenalan dengan seorang siswa (Indian juga). Dia terpaksa makan balik kata kata dia sebab walaupun lelaki ni Islam, tapi entah lah macam mana dia dah berkenan. Maka jadilah mereka sepasang couple. Oh ya, mereka belajar di sebuah negara barat.

Dia kata, boyfriend dia ni (sekarang suami) bukannya Islam yang mengamalkan Islam pun, solat pun tak buat. Tapi…

Boyfriend dia nie ada satu benda yang dia percaya sangat2 iaitu dia percaya dengan mukjizat Surah Yaseen. Walaupun boyfriend dia ni Muslim hampeh nak solat pun malas, tapi dia ada “soft spot” dengan surah Yaseen. Ada masalah je baca Yaseen, sedih je baca Yaseen

Diorang ni duduk serumah, maklum la couple kan dan lelaki tu tak (belum) amal sangat halal haram segala. Maka oleh kerana lelaki asyik la duk ulang baca surah Yaseen tu, lama lama girlfriend dia yang Hindu ni TERHAFAL tanpa sedar dah surah tu.

Dah kerap sangat dia dengar kan, kdg2 lelaki tu baca kdg2 dengar kat CD so lama lama jadi ingat. Tapi dia tak tahu maksud.

So lama lama dia mula nak tahu apa ke benda la maksud ayat ayat yang dia boleh baca tu. Dia boleh baca ye Yaseen tu sampai habis TAPI dia tak kenal Alif Ba Ta

Dia tak tahu langsung alif ba ta tapi kuasa Allah dia boleh hafal Yaseen. Ya, melalui pendengaran berulang

So lama lama dia mula baca pulak maksud setiap ayat tu. So dia tahu lah maksud tiap ayat tu.

Ditakdirkan satu hari ni diorang nak gi holiday kat salah satu tempat menarik di situ jugak . Kena drive jauh la. Lepas dah drive sampai ke mana entah, boyfriend dia baru perasan yang CD Yaseen tertinggal kat rumah

Punyalah gelabah boyfriend dia ni so bf dia kata eh tak leh jadi ni, kita kena patah balik. Kena ambik jugak CD tue. Tapi kawan aku yang Hindu ni kata

“no no its okay we dont need to turn back, i can recite the Yaseen for you! ”

“?????”

“yes, i can read it out for you, no need to turn back”

“what are you talking about, you can read Yaseen?? You are not even a Muslim but!!

“i know but i sure can! I can even tell you the meaning of each ayat!

“wo wo wo, are you serious?! But you are not a Muslim yet, how can u remember Yaseen? I dont remember Yaseen, and Im a Muslim! ”

Kejadian itu lah yang membuat boyfriend dia rasa sangat tertampar dan dia rasa macam Allah tengah tegur dia. Mula dari haritu lah baru boyfriend dia cari sejadah dan jaga solat 5 waktu. Dia mula pergi masjid dan bergaul dengan ahli2 masjid yang baik.

Dipendekkan cerita kawan Hindu aku tu akhirnya telah mengangkat Shahadah tidak lama selepas itu iaitu selepas boyfriend dia mula sediakan untuk dia buku2 tentang Islam. Sebelum kejadian tu hampeh boyfriend dia takde langsung usaha nak ajar dia ttg Islam hehe tapi lepas kena sindir dengan Allah swt, Alhamdulillah dia slow slow belikan untuk kawan aku tu bahan bacaan (masa semua ni jadi aku belum kenal diorang).

Pengajaran di sini ada beberapa.

1) Sebagai orang Islam, kita buatlah perangai elok elok sikit sebab kalau perangai kita hodoh, orang tengok pun tak terdetik nak kenal agama kita

2) Hebatnya Al Quran itu Allah boleh letak satu surah full dalam dada seorang yang bukan Islam walaupun orang tu langsung tak tahu Alif Ba Ta. Ni antara mukjizat Quran yg pelbagai lagi.

3)Kalau kita berkawan atau berkasih dengan seorang bukan Islam, jauh di sudut hati kita kena ada SEDIKIT niat bahawa kita akan jadi asbab kawan kita ni suka kepada Islam atau datang kepada Islam

Bukan kita nak pung pang pung pang kat telinga kawan kita tu (dia pun muak lama lama) tapi di hati kita kena ada setitis niat dakwah. Niat dakwah tu kita zahirkan melalui akhlak kita yang baik terhadap dia.

Sekian, Alhamdulillah kawan aku tu dah selamat menjadi seorg Islam yang sgt baik. Seminggu selepas shahadah dia dah terus hadir taklim mingguan bersama wanita2 lain dan dengar Hadis nabi tiap2 minggu. Atas sebab ini proses pembelajaran dia sangat konsisten dan cepat. Dia menutup aurat dengan sempurna dan dia mula pakai niqab pada tahun 2013, atas kehendak dia sendiri. Alhamdulillah hingga kini masih bahagia dengan boyfriend/suami dia dan dah ada 2 anak. Skrg ni dia reti dah la alif ba ta tapi masih merangkak untuk baca pada mushaf :)

– Anastasia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit