Mahasiswa vs Zakat Harta – 10:42 PM

Mahasiswa vs Zakat Harta

Zakat harta!
Ramai antara kita yang sering mengambil ringan berkenaan perkara ini.Tadi waktu tengah tengah scroll FB tiba-tiba ternampak satu perkongsian artikel tentang zakat harta ni.Pelajar pun wajib keluarkan zakat kalau cukup syaratnya.Apa syarat-syarat wajib keluar zakat??

1.Islam:Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam.

2.Merdeka:Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3.Milik Sempurna:Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4.Cukup Nisab:Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

5.Cukup Haul:Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang syarat-syarat ni.Dan ramai juga antara kita yang buat-buat tak tahu pasal syarat ni.Sebab kita jadi tamak dengan harta yang Allah kurniakan kepada kita.Sedangkan dalam rezeki kita tu,ada rezeki orang lain.Siapa golongan yang Al-quran gariskan berhak untuk menerima zakat??

1.fakir miskin
2.amil
3.muallaf
4.riqab
5.fisabilillah
6.gharimin
7.ibn sabil

Rupa-rupanya para ilmuwan yang belajar dan mendapat bantuan kewangan daripada badan penajaan seperti MARA, JPA, YAYASAN NEGERI dan mana-mana sumber kewangan juga diwajibkan membayar zakat seandainya mereka memenuhi syarat seperti yang diterangkan.

Contohnya Nabila merupakan pelajar perubatan tahun 5 di salah sebuah universiti terkemuka Dunia, merupakan seorang penerima wang saku dari tajaan MARA, beliau seorang pelajar yang suka menabung dengan harapan untuk memiliki sebuah klinik sendiri pada masa hadapan. Dalam masa tiga tahun usaha menyimpan, Nabila berjaya memiliki wang simpanan sebanyak RM 28 ribu.

Berdasarkan contoh di atas, segelintir individu menafikan kefarduan membayar zakat kerana melabel wang yang diperolehi adalah pinjaman semata-mata serta tidak memenuhi syarat sah sebagai seorang pembayar zakat. Cuba kita teliti dengan baik, dalam isu MILIK SEMPURNA, penyimpan wang sudah memiliki hak dalam melakukan sebarang transaksi. *Ini bermakna simpanan kepada lebihan wang sara diri telah mencukupi haul dan nisab serta harta berkenaan wajib dizakatkan.

Read More:https://perubatan.org/artikel/339-pada-kekayaan-kita-terselit-hembusan-nafas-mereka

Semoga selepas ini kita lebih berhati-hati berkenaan zakat harta ini.Terima kasih kepada Saudari Nurul Syahida binti Ishak atas penerangan ini.

– Qalam Hazin

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *