Malam ni hujan, dari siang, cuaca sejuk…
Aku nak berjaga bukan untuk qiamullail kerana aku uzur, aku nak mengemas… Aku risau jika banjir.
Banjir hujung tahun ni, dah ada berita mangsa lemas. Anak kecil yang terjatuh dalam kawasan banjir…
Jika tahun sebelum ni ada yang lemas kerana terperangkap dalam rumah, jika dah sampai ajal tak kira tempat dan usia..
Aku macam nak bercerita tentang kematian.. Saat ini, bumi Gaza masih dihujani bom yang meranapkan rumah dan membunuh mereka yang tak bersalah..
Kematian yang dianggap syahid kerana hati mereka sentiasa dalam pengharapan kepada Allah untuk berjuang di bumi sendiri dari dijajah kekufuran..
Mereka berjuang hidup dan mati. Negara Islam lain pula berjuang dijajah pemikiran dan budaya kafir..
Lihatlah bila dunia nak sambut Krismas berapa banyak orang Islam berbangga bergambar dan memakai seperti perayaan itu, tetapi berkata kami muslim.
Iman ni turun naik barangkali, ada masa duduk majlis agama bertudung sopan, duduk majlis hiburan bergelak sakan..
Setiap orang ada alasan atas pendirian tersendiri, selagi tak tersasar harus jelah. Dunia ni kan satu medan permainan, wadah perhitungan. Yang paling benar, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Syahid ni selain mati dalam berjihad peperangan, mati kerana lemas atau bersalin juga boleh dikatakan syahid juga, kerana ada pertarungan nyawa di situ, jika kalam terakhirnya kalimah tauhid, maka rohnya bagaikan burung yang akan terbang ke Syurga tanpa hisap.
Merenung tentang kematian… Anak Gaza terbunuh kerana bom malah kini kebuluran dan kesejukan.. tetapi kita di sini, diuji juga ada anak yang terbunuh kerana lemas air malah ada yang lemas ditinggalkan dalam kereta..
Kita juga terkesan dengan masih adanya kes bunuh kanak-kanak malah ada juga kes buang bayi oleh ibu kandung sendiri.. Dalam memikirkan kekejaman negara luar, kezaliman negara sendiri juga tak kurang ada.
Jadi, kematian ni macam benda yang dekat sangat. Ada masa rasa takut dan seram.. Membayangkan bagaimana nanti di alam kubur dan padang mahsyar. Layakkah untuk masuk Syurga sedangkan terasa diri banyak dosa..
Antaranya rasa berdosa dengan anak… Sebagai ibu tunggal yang memisahkan anak dengan ayahnya benda ni pasti ada memberi kesan kepada diri anak, namun aku percaya mereka mampu berdamai dengan takdir…
Sebagai ibu yang bukan yang terbaik, sangat pasti kurang memberi perhatian dan didikan sewajarnya membuat mereka terkesan juga, pencapaian yang lemah.
Aku sering minta maaf dengan anak.. Seperti dulu aku sering minta maaf dengan keluarga ex, kini dah tak bersua tak ada perkara nak rasa bersalah lagi..
Antara benda yang bersalah… Tak pandai masak.. Sangat kelakar masa mula kahwin dulu nak tolong potong ayam, sedangkan tak pernah buat.. Boleh bayang tak jadi apa..
Nak siang ikan, udang, ketam, pun terkial kial… Nak masak apa tak tahu resepi baru nak google… Teruk betul. Maka, kalau tak diperli dimaki la, aku pula pandai buat muka tembok, kalis kecaman.
Tapi aku ada maruah diri… Keluarga aku tak pernah marah mereka yang lebih, tapi salah aku la, malas belajar.
Semoga anak aku rajin… Aku selalu je puji keluarga ex dekat anak, malah ayah mereka pun.
Aku akan kata anak kena dengar kata ibu bapa, atuk nenek… Tolong doakan ibu rajin, baik, kuat, sihat, pandai, cantik… Ibu pun doakan anak soleh solehah ibu baik, sihat, cantik akhlak dan rupa, bijak..
Kadang tu aku rasa kasihan sebab anak aku kurang didedahkan kepada banyak cabang ilmu dan kemahiran… Tak mampu nak masuk kelas berbayar dan kekangan masa..
Kemudian bila aku fikirkan jika anak aku sihat walafiyat pun satu kesyukuran besar juga..
Mereka selalu juga demam. Pernah sekali tu yang sulung demam balik dari sekolah, pagi tu sihat lagi pergi sekolah… Petang tu dah panas dan muntah… Malam lembik dan pening… Cepat betul kuman menyerang, biasanya kita bagi ubat demam..
Tapi pastinya ibu ni akan risau lebih.. Bawa juga ke klinik kerajaan untuk dinilai doktor, alhamdulillah demam biasa.
Kepala tu dah fikir macam macam kan, maklumlah demam ni takut petanda penyakit lain yang lebih berat malah ada kematian kerana demam panas, jangkitan kuman..
Bila terkenang bab kematian, mesti risau, mesti takut kehilangan mereka yang disayangi, malah jika diri ini sakit berdoa moga ia tak menyusahkan sesiapa dan masih diberkati untuk meningkatkan amal soleh..
Mereka yang diuji dengan anak Syurga pasti lebih besar kesabaran dan keredaan mereka setimpal dengan balasan pahalanya… Allah akan uji mengikut kemampuan hambaNya.
Kemampuan aku setakat ini.. Kadang aku malu jika membanding kehebatan orang lain… Tapi aku sebenarnya kena bersaing dengan diri sendiri saja, ini perjalanan hidup aku, hidup dan matiku kerana Allah.
Jika fikirkan pandangan manusia, mereka mungkin menghina tapi aku cuba memikirkan apa pandangan Allah, keampunan Allah, keredaan Allah…
Dalam hidup ni kalau ditinjau sekeliling… Ramai orang kejar dunia dan hartanya sehingga lupa daratan, hilang maruah… Maruah iman dan malu.
Aku ni pemalu… Atau pemalas… Malas nak buat kerja yang berlebihan untuk dunia tipu tipu.
Terima kasih semua yang rajin baca coretan aku ni… InshaAllah azam aku tahun depan nak fokus kepada lima orang anak kecil ni semoga mereka lebih bahagia berjaya..
Nak kurangkan fokus hal orang lain, mereka nak buat baik ke jahat ke aku serahkan kepada Allah… Maafkan aku, aku doakan kalian menjadi lebih baik dan diberkati..
– Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, rezeki yang tertulis… Haza min fadhli Robbi..
– Rafflesia Hibiscus (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit